Thursday, June 23, 2016

SUMUT : 15 : Wrapped!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mengingat kembali trip ni saya suka nak berkongsi. Ini merupakan trip pertama saya bergerak sendirian. Atas beberapa faktor saya nak mencabar diri sendiri samada mampu atau tidak. Banyak sangat pengalaman yang saya peroleh, yang sudah tentunya akan membuat saya lebih bersedia selepas ini. Apa bendanya?



1. Percaya pada diri sendiri, jangan mengharap orang tolong atau sesekali menyusahkan orang. Yang sebenarnya apa saja kita nak buat kalau ada kesungguhan dan keberanian, boleh saja asalkan sanggup menghadapi risiko. Masa menunggu paling seksa. Rasa nak terguling2 di KLIA sebelum dapat fly



2. Lambat mengenali kengkawan setrip. Kami hanya berhubung melalui email jadi saya rasa itu agak terbatas sebab saya tak mengenali sesiapa sehinggalah waktu nak depart. Cuma pada ketika itu saya merasa agak kenal dengan Anne sebab pernah go through dekat blog diorang. Zilla pun saya tak dapat nak gambarkan camana orangnya. Yang lain apatah lagi. Kira2 macam ambil masa sikitlah nak sesuaikan diri dengan kawan2 baharu.

3. Segalanya tentang trip ini adalah JARAK. Dari satu tempat ke satu tempat banyak masa dihabiskan di jalanan. Saya langsung tak study apa2. Cuma nasib baik saya tak mabuk sangat masa dalam kereta.

4. Tak bersedia untuk trekking. Perjalanan ke tempat perkhemahan di Gunung Meriah dan ke Air Terjun Siparis membuatkan belakang saya, lutut dan paha saya sakit. Disepanjang trip ni jugak saya banyak makan ubat, maksudnya agak seksa jugaklah badan ni. Walaupun saya dah bersedia dengan pelbagai jenis ubat makan dan sapu, hakikatnya saya memang perlu untuk mengelakkan badan jadi lebih menderita. Hu hu hu... Nampak sangat badan tak fit, kurang cargas dah

5. Pengalaman tidur dalam khemah setelah sekian lama sangat mengimbau waktu muda2 dulu. 

6. Saya terlepas flight balik ke KB (dari KL) kerana tiada tiket balik ke KL. Padahal boleh je kalau saya beli tiket petang dari Medan sebab flight saya ke KB tu malam. Rupa2nya masih tak ada keluatan nak fly sensorang.

7. Buat pertama kali merasa tidur tak tidur di TBS. Sampai dari Medan, dah hampir tengah malam dan saya tak tahu ke mana nak tuju. Anne ajak bermalam di rumahnya tapi saya segan nak menyusahkan beliau keesokan hari. Lalu saya ambik ERL ke TBS dengan harapan nak tidur di Ampang rumah kawan. Rupa2nya pada ketika itu train sudah tamat tempoh perjalanan. Terdiam seketika saya di depan lif, berfikir nak ke mana seterusnya. Kalau nak ambil teksi tobat saya tak berani. Bukan kata kisahkan tambang mahal tapi saya mudah berfikir yang bukan2. Lalu langkah saya atur ke TBS menuju ke polis bantuan yang bertugas. Macam bodoh je bila tanya... 

SELAMAT TAK KALAU SAYA TIDUR KAT SINI?

Polis tu tanya saya nak ke mana, kot dia ingat saya lari dari rumah barangkali. Setelah bercakap sepatah dua, barulah saya yakin untuk lepak di situ. Carik surau, tutup. Carik hotel hanya untuk tidur saja. Dalam jam 2 pagi, saya makan mee di atas, selepas sejam baru turun balik. Cari tempat ramai orang. Nampak ramai jugak yang tidur di sini. Saya parking di kerusi depan kaunter. Mata mengantuk sangat tapi bila saja nak lelap, sekejap saja dah terjaga. Orang mop lantai, orang bersembang, orang ketawa... macam mana la nak tidur tambah2 risau kot apa2... Dekat pukul 5, saya beli tiket balik ke Pasir Puteh dan masuk ke surau. Tunggu Subuh dan lepas tu baru saya tidur sekejap. Pukul 8.30 ambil bas balik kampung. Sampai sekarang saya tak cerita benda ni dekat My Mek. Kala tak mesti dia tak bagi saya fly lagi..

8. Segala kenangan ni tak membuatkan saya serik. Elok2 aje ikut trip lagi lepas tu. He he he..


Terima kasih semua (Zilla, Anne, Chah, Hana, Dyl dan Shaza) yang sama ikut trip SUMUT ni. Kenangan yang korang semua bagi akan saya ingat dan kenang selamanya.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]