Thursday, June 16, 2016

SUMUT : 8 : Taman Eden 100 / Air Terjun Taman Eden

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dari Huta Ginjang, kami meneruskan semula perjalanan SUMUT menuju ke Taman Eden 100. Masa ni dah tengah hari, tahu2 sajalah bila matahari tegak di atas kepala. Pada fikiran saya Taman Eden ni gamaknya macam hutan lipur la, ada air terjun, pertanian dan juga kawasan perkhemahan. Tujuan kami pada hari ni adalah untuk menjejak ke air terjun. Jadi kena menapak sikitlah ya...


Quot yang ohsem..
"Travel To The Deep Forest"




Pada pokok2 di sini digantung nama2 penyumbang (ataupun pihak2 yang terlibat dengan taman ni) sebagai penghargaan. Yang sebenarnya tak berapa pasti, agak2 aje ni.


Antara kemudahan yang disediakan. Tinggal sedia duit aje..


Haaaa, mana satu tempat nak tuju?


Singgah di sini tapi sayangnya buah strawberinya dah habis. Kalau tak boleh try rasa strawberi organik yang di tanam di atas tanah


Inilah yang kami cari!


Air terjun ni walaupun tak berapa tinggi, tapi cukup untuk melegakan diri yang kepanasan. Airnya sangat sejuk dengan batuan yang mengurut kaki. Pada ketika ni tak la ramai sangat orang, nak bergambar pun tak la segan.


Dari sisi lain. Serius rasa nak terjun je.


Kemain syok kalau dapat berendam dalam kolam ni. Al maklumlah dek cuaca panas memang syok la kalau dok dalam ni. Tapi, telan liur ajelah.... Bila hujan renyai mula turun, kami pun meninggalkan air terjun ni menuju ke kereta...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]