Saturday, March 8, 2025

Fruit Pastry Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Ramadhan 7. Dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Dari seminggu jadi dua, tiga dan empat, tahu tahu dah raya dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... -_- Dan kita pun akan berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan seterusnya. InshaAllah..

Kek ni pun dah lama kena sidai dalam draft. Pernah tular juga satu ketika dulu. Rasanya masam manis memang tak muak di makan. Cuma itulah, bila buat kek sebiji ni lambat nak habis. Selalu buat dan bawa ke tempat keje. Sekarang ni banyak enzim M, mampu tengok ajelah...


Tengoklah taburan buah di atasnya. Masa ni masih di CH, memang mudah nak dapat strawberi, petik belakang rumah aje. Ehhh... tipu je, kita beli jugak wak. He he he.. Saya letak jugak blueberry dan hirisan buah pear. Cuma tak bedakkan dengan gula ising sebab tak ada. Menjadi jugak cuma rupa paras lah tak berapa jelita.

Wednesday, February 26, 2025

Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nahhh...rupa rupanya tahun ni pun sama sibuknya juga, malah berlebih lagi. Jarak tempat kerja yang jauh, dengan nak melayan anak seorang yang tengah memerlukan 200% perhatian, memang tak mampu nak bersenang-senang meluahkan perasaan. Tapi saya cuba okay, cuba! Ada niat tu pun dah ok kan? Walaupun niat tak menghalalkan cara. He he he...

Bila je cerita pasal kek keju hangit ni, memang viral sangat satu ketika dulu. Bila dah viral ni mula lah kita pun nak cuba jugak. Tengoklah kejadiannya, memang hangit betul!


Nak kata jadi tu memang la jadi, cuma terlebih bakar agaknya + guna oven kecil. Saya dah buang sikit lapisan atas tu kalau tak takleh nak makan. Rasa dia lebih kurang je dengan cheesecake yang biasa jual kat kedai tu, tapi saya lebih suka cheesecake yang ala ala gebu sikit. Cuma itulah, kalau cakap dengan kengkawan boleh la kata kita pun dah cuba...

Sunday, February 16, 2025

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2025/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

16 Febuari 2025 adalah hari pertama sesi persekolahan bagi negeri Kelantan. Agak lemau selepas sebulan bercuti tidur bangun melayan budak kecik di rumah. Sekarang Subuh agak lewat, jadi kena atur masa elok elok supaya tak kelam kabut nak hantar anak dan nak ke sekolah. Jarak sekolah tak la jauh, lebih kurang 27 km aje merentas dua daerah, cuma bila kena lalu jalan besar dan traffic light kena pandai pandai laaaa...


Alkisahnya hari ni dah siap agak awal. Lepas hantar anak baru perasan tak ambil kunci rumah dan juga blazer. Lagi haru lupa nak salam peluk cium encik suami. So patah balik ke rumah. Bila keluar jalan besar, berderet pulak lori tanah atas jalan. Entah la kadang kadang geram betul dengan drebar lori ni tak boleh ke keluar lewat lewat sikit bagi can dekat sis yang nak punch card awal nih? Tiberrr...

Saturday, February 15, 2025

Apam Bakar Original Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lagi post di dalam draft. Cuma yang ni tak ada ceritanya lagi. Ada sedikit masa sebelum menyiapkan itu ini untuk persekolahan esok, saya goreng goreng la sikit sebanyak.

Apam ni memang menjadi feveret saya. Makan dengan kelapa putih, letak banyak banyak aduhai sedapnya.... Masa kecik kecik dulu kalau ada sambutan 40 hari kematian, memang buat apam ni tau. Kita yang budak budak ni bawak la kuali kecik sendiri pergi ke rumah orang tu sebab nak tolong membakar apam. Bakar pulak guna dapur kayu, dan takleh guna api marak. Sampai berair mata nak menyiapkan sekeping. Sekarang ni semua dah senang. Kalau tahu ada sesiapa yang buat, kita hello hello je tempah seberapa yang dikehendaki. Pastu nak membuatnya pun tenggekkan aje di atas dapur gas. Sebab itulah kalau sesiapa yang sempat merasa apam ni zaman zaman dulu memang lejen, masih terbau bau aromanya tuu. Serupa macam sis yang dah purba ni... ^_^


Adunan yang telah siap diperam dan sedia dibakar. Yang nampak hitam hitam tu bukan semut atau kotoran yer...itu lada hitam 

Thursday, February 13, 2025

Kaya Ball

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai semuaaaaa... Lama kan? Since 2018 kau! Bukan lupa. Tidak sama sekali. Atau dua kali. Saya sentiasa mencuba tetapi itulah terlalu banyak halangannya. Minat yang satu ini, iaitu menulis memang sentiasa ada cuma kesempatan yang tidak pernah menjengah. InshaAllah slow slow lah saya aktifkan semula lama curhat ni. Nak sign in rupa rupanya dah lupa password diknon oiii... Nasib baik berjaya khobek sana sini. Selongkar dalam draf ada dua tiga post yang tersadai kita upkan lah ... 

Ini merupakan kali ke 2 saya membuat kaya ball, sebabnya dah lama sangat rasa nak makan. Terus search resepi dan berkenan dengan yang ini. Pertama kali dulu saya menggunakan resepi Sis Gert tapi hasilnya tak berapa nak memuaskan. Barangkali sebab resepinya dalam Bahasa Inggeris gittew. He he he... Selalu kalau beli dekat pasar malam tu memang tak puas makan sebab boleh tahan pricey jugak benda alah ni. Kan..


Ini adalah bater dia, yang saya dah perap lebih 1 jam. Bukan apa jadi ke lama tu, sebab dok sibukkan keje lain sampai tak sempat nak bakar on time. Satu lagi sebab saya menggunakan yis yang dah agak lama, trauma jugak takut dia tak hidup, kang tak pasal pasal dapat kaya ball jenis penyek like before... Adunan ni sedikit pekat macam nak buat cucur gitulah.