Showing posts with label Indonesia : Banda Acheh (Mei 2013). Show all posts
Showing posts with label Indonesia : Banda Acheh (Mei 2013). Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Banda Acheh Day 4 : Sampai Ketemu Lagi Banda Acheh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari terakhir di Hotel Goldcourse. InyaAllah saya akan kembali semula ke CH tengah hari nanti. Dan saya ingin mengakhiri cerita pengembaraan ke Banda Acheh dengan n3 hari ke 4, iaitu hari terakhir.

Setelah 3 hari menghirup udara Banda Acheh, kami akhirnya kembali ke Malaysia dengan penerbangan AK1306. Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 10.45 pagi telah delay ke pukul 12 tengahari. Alhamdulillah kami selamat mendarat di LCCT pada jam 2.20 petang. Dan pada jam 2.55 petang segala urusan selesai dan kami bergerak keluar dari situ.

Yang tinggal hanya kenangan. Ya, begitulah yang saya rasa. Sesungguhnya pengalaman berada di Acheh sangat menyeronokkan. Jika dibandingkan dengan trip sebelum ini, pastinya trip kali ini lebih mendatangkan kesan di hati. Ianya banyak mengajar saya erti kehidupan keluarga dan susah senang bersama.


Terima kasih buat semua yang sudi menumpangkan kasih kami di sana. Keluarga Ibu Elly, keluarga Ibu Etie, keluarga Ibu Dewi, keluarga Om Yan, Keluarga Augustina, Nek Munah, Nek Saadiah, Keluarga Bulek, Keluarga Abang Arman, Icha, Helan Dhani, Syukran dan mana-mana yang saya tidak sebutkan namanya di sini. Sesungguhnya teramat besar budi kalian semasa kami di sana.

Buat Kak Nor, Nyai, Mak Long, Mak Ngah, Mok Ja, Hafizan, Azian, Alia dan Farah, terima kasih kerana suka duka yang telah kita ciptakan.

Selain dari gelak ketawa, yang tak akan dilupa sudah tentunya tentang ceritera tsunami. Bila mereka bercerita mengingat kisah lalu, boleh lihat airmata bergenang. Bulek sendiri (dalam gambar) mengatakan dia berpegang pada tiang rumah (tingkat 2) dan sempat melihat bagaimana ombak meluru ke arah mereka. Dan kita yang mendengar sudah tentulah tidak merasa seperti mereka yang melaluinya. Innalillah...

Nek Saadiah pula mengalir air mata di saat kami berpelukan untuk ke lapangan terbang. Aduhai hati, alangkah sayunya dengan kasih yang tercipta dalam sekelip mata.


Ini pula cebisan kenangan dengan abang supir kami sepanjang di sana. Selesa dipanggil Din, lulusan IAIN Al Raniri. Orangnya sangat baik, mesra, bahasanya halus dan merendah diri. Kalau ada yang nak ke Acheh boleh hubungi dia untuk pengangkutan. Kalau ada nombor telefonnya saya akan kongsikan di sini nanti.

Antara tips yang nak saya kongsikan jika ke sana (atau ke Indonesia)
  1. Selalulah tengok Air Asia promo. Saya pergi balik ni harga tiket RM88 sahaja (tak ada bagasi)
  2. Simpan duit untuk airport tax (Rp100,000) dan derma wajib (Rp10,000), jangan habiskan terus untuk shopping
  3. Jaga2 dengan makan, pastikan halal dan kebersihan
  4. Kalau nak membeli belah, jangan segan nak tawar menawar
  5. Seeloknya berjalanlah dalam kumpulan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan selama berkelana ke Banda Acheh. Semoga korang semua mendapat sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan. Maaf jika n3 agak berjela-jela.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, June 12, 2013

Banda Acheh Day 3 : Pasar Atjeh - Jelingkir - Jantho - Padang Tiji

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Entry terakhir hari ke 3 di Acheh. Sesampainya dari Pulau Sabang, kami dibawa ke Muzium Tsunami dan membeli-beli di sekitar Pasar Acheh (Atjeh). Memang rambang mata dekat sini. Ada banyak baju siap seperti jubah dan juga kain pasang. Kain-kain dengan lace juga banyak dengan harga yang agak memuaskan. Saya tak tahu nak beli apa hanya dapat batik lepas je.

Kalau ada bajet lebih atau plan nak buat kenduri kahwin, elok juga kalau dapatkan kain sutera dan lace di sini. Selain dari sutera Indonesia, ada juga kain sutera Thai. Tapi saya tak beli pun, kot nak buat raya kebaboom sangat, kan?


Di sini juga boleh dapatkan barangan cenderahati terutamanya frame 'rencong' iaitu kenang-kenangan dari Acheh. Saya pun tak beli sebab dulu adik saya belajar di sini, jadi dah ada la benda tu di rumah. Saya hanya membeli 5 helai baju lelaki buat keluarga sahaja. Cenderahati seperti keychain dan FM agak tak berapa cantik di mata saya, tapi menyesal jugak sebab tak beli. Gosh!


Dari Pasar Acheh kami ke Jelingkir (Lingkir) untuk makan tengah hari. Dengar katanya ada beberapa tempat yang dah menyediakan makan tengahari buat kami. Agak terharu jugak dengan perhatian diorang ni. Cuma kami lah, dengan masa yang mencemburui masakan boleh berada di semua tempat itu.

Di Lingkir ni sebenarnya adalah rumah Bulek. Ingat tak budak yang saya ceritakan dalam n3 hari pertama. Apa hubungan keluarga mereka dengan keluarga Kak Nor saya tak berapa pasti lah pula. Kami dihidangkan dengan gulai Acheh, sayur asem, dan ikan kering. Ada jugak air melon. Sebelum tu emaknya ada menyediakan pisang rebus yang sangat sedap, hilang rindu pada masakan Malaysia. Kami makan ni kira2 macam satu keluarga je...seronok dengan keadaan rumahnya yang sejuk dan nyaman.


Rumah tipikal Indonesia. Patternnya lebih kurang sama saja. Satu yang saya perhatikan, di setiap rumah yang dikunjungi, wajib ada aqua, iaitu air mineral dalam gelas plastik dan ianya diletakkan dalam bekas yang khas. Terliur jugak nak beli bekas tu tapi tak pulak saya ternampak di mana-mana. Bila ditanya kenapa mereka gunakan air tu, katanya ini lebih praktikal. Saya agak ianya lebih murah daripada menyediakan air masak seperti di tempat kita.


Di dalam setiap rumah juga harus ada corong angin, yang mana ianya berfungsi untuk menyejukkan. Tikar mengkuang di ruang makan tu saya ingatkan alas pinggan, rupa2nya itu adalah alas duduk sebagai salah satu penghormatan kepada tetamu. Owhhh...


Selesai makan tengah hari dan sembahyang Zohor kami meneruskan perjalanan ke Jantho untuk meneruskan pencarian salasilah keluarga Kak Nor. Sebelum tu kami sambung shopping lagi di Pasar Acheh kerana ada kawan yang mahu mendapatkan beberapa barangan. Alkisahnya pencarian salasilah keluarga Kak Nor ni disebabkan oleh permintaan ibunya (Nyai) yang belum pernah mengenali mana2 saudara sebelah suami semenjak mereka berkahwin sehingga kini. Alkisahnya jugak, arwah ayahnya dulu membawa diri dari Acheh ke Tanah Melayu (mendarat di Pantai Remis). Kira2 mereka ni banyak la saudara di Indonesia memandangkan Nyai sendiri pun berasal dari Jawa. Mmmmm...tak boleh nak cerita banyak, tak faham, takut salah maklumat pulak.


Untuk ke Jantho, kami melalui jalan Acheh - Medan. Dah lupa bertolak pukul berapa tetapi perjalanan mengambil masa dalam 2 jam jugak sebelum sampai ke destinasi. Dalam perjalanan, memang tenang je walaupun dihimpit kesesakan. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan sawah padi yang terbentang dan gunung ganang yang menyejukkan pandangan.  Daerah Jantho ni merupakan Kabupaten Acheh Besar (ibu negeri la kot kan...) yang mana kawasannya agak dingin dan sejuk, mungkin berada di kawasan pergunungan. Di dalam perjalanan tu jugak boleh nampak Gunung Selawah iaitu salah satu gunung berapi yang terdapat di Acheh.

Saya sempat la jugak bersembang dengan tuan rumah, katanya memang enak tinggal di Jantho walaupun agak jauh. Semasa tsunami, beliau kehilangan seorang anak, dan agak trauma untuk ke Banda Acheh. Mesra sungguh, bercakap tak henti bagaikan dah lama kenal.


Dari Jantho, kami meneruskan perjalanan ke Grong Grong dan singgah ke Padang Tiji. Masa ni saya agak dah pukul 9-10 malam, jadi pandangan mata agak terhad dengan keletihan yang melanda. Di dalam kereta pun masing2 menyepi. Saya pun dah tak tahu nak gambarkan tempat ni di mana dan macam mana. Dah pening-pening lalat katanya ^^

Sesampainya di Padang Tiji, kami dibawa ke sebuah rumah yang saya tak pasti kepunyaan siapa. Tetapi di situ ada seorang nenek yang mana beliau mengingati sejarah keluarga Kak Nor serta menyimpan kertas salasilah keluarga. Yang ni pun saya tak pasti nak cerita tapi boleh la tengok dalam gambar tu. Kertasnya sudah rosak kerana tsunami dan banyak maklumat yang tak boleh dibaca. Di dalamnya terkandung maklumat adik beradik, anak cucu, yang meninggal dan yang masih hidup gitulah.

Selesai di Padang Tiji, kami bergerak balik ke Lamdingin meredah kepekatan malam. Terima kasih kepada Mak Long yang meneman pak supir. Sampai dalam pukul 3 pagi, terus je bersiap mengemas barang untuk balik ke Malaysia.

Perghhh... senak mata sekejap tulis n3 ni!

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, June 11, 2013

Banda Acheh Day 3 : Muzium Tsunami

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sambungkan semula kisah Banda Acheh. Muzium tsunami, antara yang wajib dikunjungi di Acheh. Terletak berdekatan Masjid Baitrrahman, di sini dikumpulkan segala maklumat berkaitan tsunami yang melanda dan ianya diceritakan secara teratur untuk memudahkan kefahaman. Tiada bayaran masuk dikenakan. Hanya kamera yang boleh manakala beg harus disimpan diluar.

Berderau bulu roma jugaklah masuk ke sini. Bila masuk je pengunjung disambut dengan bacaan ayat suci al Quran yang sangat menyentuh hati... Jom tengok antara gambar yang dapat dikongsi.

Helikopter polis yang musnah dalam kejadian. Di sebelahnya ada ruangan yang diletakkan nama mangsu tsunami yang meninggal. Mungkin tidak semuanya barangkali. Banyak, teramat banyak! Innalillah..


Gambaran semasa tsunami melanda. Tengoklah betapa tingginya ombak yang digambarkan.





Antara maklumat berkaitan mangsa tsunami, termasuklah dari Malaysia



Muzium tsunami, salah satu tempat yang wajib dikunjungi...

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, June 8, 2013

Banda Acheh Day 3 : Sunrise di Pantai Iboih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana akhirnya dapat juga saya merakamkan sedikit sebanyak panorama matahari terbit semasa berada di Pulau Sabang. Sejak memiliki DSLR kesayangan, memang menjadi impian saya untuk menitip sekeping dua gambar yang cantik dan penuh makna ini. Saya pernah menyaksikan matahari terbit semasa di Pulau Perhentian tetapi nampaknya gambar di sini lebih cantik.

Petang 27 Mei tu saya dah siap tanyakan pada penduduk di situ. Katanya matahari terbit antara pukul 6.00 - 6.30 pagi. Daripada bilik penginapan langsung tak nampak, dah nyaris2 terlepas, bila bergerak ke pantai Alhamdulillah masa sedang elok. Jadi, takmo cakap banyak, saya kongsikan beberapa gambar ni dengan korang semua.


 
 





Saya balik ke CH pagi ini, insyaAllah jumpa di sana nanti.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, June 7, 2013

Banda Acheh Day 2 : Nol KM - Pantai Iboih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas selesai makan tengah hari, kami bersepakat untuk ke tugu Nol Km, iaitu kilometer 0 di mana di situlah bermulanya perkiraan kilometer dalam Indonesia. Perjalanannya tak ingat, mungkin dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Keadaan jalan tak usah cakap, berbukit dan bengkang bengkok, kalau tak tahan memang boleh uwekk uwekk. Seriau jugak dalam kereta...





Di sini tak banyak yang dibuat, sekadar test lensa kamera dan melihat saujana pemandangan laut yang terbentang. Memang cantik...Sayup mata memandang. Dari sini boleh nampak penorama matahari terbenam.


Selain daripada tugu 0 Km tu, ada juga beberapa gerai menjual cenderahati dan gerai makan. Toilet pun ada disediakan.


Inilah Kak Nor, rakan sekolah yang bertanggungjawab membawa saya ke Acheh dan ke Sabang. Yang baju merah tu salah seorang driver sepanjang kami di Sabang. Namanya Hairul.


Daripada tugu 0 Km, kami menuju pula ke Pantai Iboih, tempat penginapan. Errr...tak banyak cerita kat sini. Badan dah penat, otak dah jem, kepala dah pusing. Nanti jumpa di next n3 ya.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, June 6, 2013

Banda Acheh Day 2 : Pulau Weh (Pulau Sabang)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Acara pada hari kedua adalah perjalanan ke Pulau Weh atau Pulau Sabang. Sejak di Malaysia lagi Kak Nor (rakan saya tu...) dah rancang nak ke Sabang untuk melihat matahari naik / terbenam. Bila dah sampai di Acheh, dengan masa yang padat dan aktiviti yang penuh, trip ke Sabang dah jadi on dan off. Mula2 tak jadi pergi, tapi last2 jadi jugak. Memandangkan kami dah alang2 sampai ke Acheh, jadi Sabang menjadi destinasi seterusnya untuk di kunjungi.


Daripada Lamdingin, kami bertolak Pelabuhan Ulee Lheue (sebutannya Uley Ley) untuk ke Pulau Sabang pada jam 9.30 dan sampai lebih kurang 10.45 dengan menaiki kapal cepat (kapal ekspres [tetibe je saya blur camana nak eja, kalau tak betul halal la ya...]). Tambangnya sebanyak Rp120,000. Rasanya lebih kurang naik feri ke Langkawi aje. Tak sempat nak tengok panorama, badan dah letih, naik je terus tidur bila sedar dah sampai di Pelabuhan Sabang.


Di pelabuhan, saya suka dengan persekitarannya yang bersih dan penuh dengan maklumat. Di sana ada dipaparkan peta Pulau Sabang dan apa speciality di sana. Jadi para pengunjung tak perlu tercari2 apa yang mereka mahukan. Keadaan lautnya juga bersih, tak ada sampah seperti di laut kita. Serius!


Antara yang sempat saya rakamkan. Beberapa kapal menunggu untuk belayar. Di dalam bot ada juga para penjual yang naik sementara menanti bot bergerak. Macam keretapi kita la, kan ada makcik yang naik jual telur puyuh atau kekacang dalam tu. Ingat tak? Jadi dalam gambar atas tu adalah buah salak Sabang yang sempat dibeli. Sekilo dalam Rp10,000. Rasanya manis2 kelas, macam salak yang dibuat jeruk.


Pekan Sabang agak sibuk jugak. Ada banyak kereta dan motorsikal penduduk. Ada juga becak dan labi-labi. Di sini kami berhenti sekejap untuk makan tengah hari dan membeli beberapa keperluan.  Ada juga orang jual air cendol kat sana ^^


Semasa di sini, kami awal2 sudah dipesan supaya membuat penawaran semasa membeli. Sekiranya penjual mendapati kita orang asing, mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi. Begitulah yang berlaku semasa membeli buah di dalam gambar di atas. Mula2 dah dapat harga yang agak murah, tapi bila dia dengar je kami bercakap, terus harga jadi naik. Sampai si Bulek pun dah geram dengan budak penjual tu. Bulek? Nanti saya ceritakan siapa...


Kisah makanan jangan lupa. Sepanjang di Acheh, rombongan kami tak menyempat nak berJJCM atau makan di kedai kerana setiap hari waktu makan, ada sahaja rumah saudara Kak Nor yang mahu menjamu. Macam kita jugaklah. Kalau ada yang datang, semuanya pakat nak raikan. Tetapi pada hari kami di Sabang sempatlah menjamu selera di Rumah Makan Murah Raya. Di sana meghidangkan menu tradisional Indonesia yang dibawakan dalam pinggan kecil. Kalau kata tak mahu makan jangan usik sebab nanti mereka akan kira semuanya. Jadi, yang tak hendak tu awal2 kami dah tolak ke tepi. Saya tak pasti pulak apa ke nama menu yang dibawakan tetapi kelihatannya ada gulai ayam, udang, urap pucuk ubi, sambal dengan tempe, ikan kerapu goreng, udang celup tepung dan beberapa yang saya tak ingat. Harganya pun saya tak pasti sebab lupa nak catat. Yang kelakarnya di atas meja makan tersedia satu jag air kosong, saya ingatkan air masak untuk pelanggan rupa2nya air itu digunakan untuk membasuh tangan.... tertipu Tipah!


Di Sabang, perahu nelayannya cukup unik. Ianya ada dalam pelbagai warna dan saiznya agak besar. Saya andaikan perahu itu digunakan untuk perikanan makan sendiri sahaja. Di sana kami menginap di Pak Har Bungalow dengan kadar sewaan sebanyak Rp300,000 satu malam. Kira ok jugaklah sebab kami sewa 3 rumah yang mana satu rumah boleh muat 4 orang, jadi tak sampai pun Rp100,000. Walau bagai mana pun, ada juga rumah tumpangan atau chalet yang berharga dalam lingkungan Rp100,000 - Rp150,000 cuma kena pandai la cari. Rumahnya pun ok, selesa dan memuaskan. Siap ada aircond lagi. TV pulak memanjang siaran Indonesia. Pak Har tu bermaksud cikgu ya... yang mana tuan punya rumah sewaan kami ni merupakan kepala sekolah (guru besar) di sana.



Semasa di Sabang, tak banyak yang dapat dilakukan. Sebenarnya di sana tu sangat terkenal dengan aktiviti snorkeling kerana pantainya yang landai dan banyak karang yang cantik. Saya tak berkesempatan nak bersnorkeling, tak ada geng sebab semuanya dah penat. Melihat sahaja di gigi air, boleh nampak batu karang, gamat dan landak laut (di sana dipanggil bulu babi). Untuk yang berminat, peralatan snorkeling boleh disewa dengan kadar Rp 40,000 satu set manakala jika disewa satu atau dua dicas sebanyak Rp15,000 per item. Untuk sewa bot ke Pulau Rubiah (hantar dan ambil) bayaran satu bot sebanyak Rp150,000 manakala untuk aktiviti pusing pulak dikenakan bayaran sebanyak Rp300,000.

Hala baliknya kami menaiki kapal lambat @ kapal ferry. Kata pemunya Pak Har Bungalow, kalau datang dengan kapal cepat, baliknya harus dengan kapal lambat supaya dapat merasai pengalaman keduanya. Untung2 dapat lihatin ikan lumba-lumba. *_* Iyalah pak har oii... masyuk jugak layan kapal lambat tu. Harga tiket hanya Rp80,000 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Dalam kapal ni tak sempat nak tidur, bising dan tak ada tempat duduk. Saya melepak je tepi pagar sambil ambil gambar. Dok tunggu dolfin tapi tak ada pulak yang tunjuk muka. Apapun, pengalaman di Sabang adalah sesuatu yang sangat berharga...

Note : Berkaitan dengan aktiviti di Sabang ni, ada dua lagi n3 yang akan saya susulkan kemudian. Ini adalah secara keseluruhannya sahaja.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, June 5, 2013

Banda Acheh Day 1 : Pantai Lampuuk (Tebing) - Lamprit

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Daripada Kapal Apung, kami dibawa ke Pantai Lampuuk. Saya tak pasti di daerah mana, hanya menurut sambil memandang keliling kiri dan kanan jalan. Hanya sesekali mendengar perbicaraan supir, yang saya dengar hanya Lampuuk, tebing, dan beberapa yang saya tak ingat. Jika mereka berbahasa Acheh (berdasarkan suku) agak susah juga nak faham. Jika tidak, pertuturannya agak senang difahami kerana ada sesetangahnya tidak jauh beza dengan bahasa Melayu.


Tujuan asal ke Pantai Lampuuk ni adalah untuk melihat matahari terbenam (sunset) tetapi sayangnya matahari terbenam di sebalik bukit, kira macam salah tempat lah.


Pantai ni agak landai, tetapi anginnya sangat kuat dan hempasan ombaknya agak laju. Semasa kami sampai tak berapa ramai orang kerana masanya sudah hampir waktu Maghrib. Di kawasan ini ada juga disediakan kedai makan dan chelet buat yang ingin menginap.


Sepanjang di pantai ini, rasa sangat tenang. Tak ada apa nak fikir dah selain dari keletihan. Dengan deru ombak dan angin pantai menampar ke wajah, memang seronok berlepak-lepak sambil mengambil gambar. Jadi, layanlah ya...





Selepas selesai di Pantai Lampuuk, kami bergerak ke Masjid Baiturrahman (Masjid Raya) untuk solat Maghrib tetapi tidak dapat masuk kerana tak ada parking. Dan perjalanan diteruskan pula ke Lamprit, iaitu ke rumah Ibu Etie. Semasa berjumpa di pantai, beliau berkali-kali meminta kepada kami untuk singgah di rumahnya.

Semasa di Lamprit, saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar, tetapi kami dihidangkan dengan satu juadah yang berupa karipap, yang dipanggil pastel. InsyaAllah kalau ada resepi saya akan kirimkan di sini nanti. Kita stop dulu untuk hari pertama. Nak ingat cerita untuk hari kedua pulak... ^^

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, June 4, 2013

Banda Acheh Day 1 : Kapal Apung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selepas berehat seketika, kami dibawa melawat KAPAL APUNG dalam daerah Pungee iaitu tempat dimana kapal dihanyutkan sejauh +5 km semasa kejadian tsunami 2004. Subhanallah...siapa yang tahu kan, bagaimana kapal seberat 3 tan ni dibawa dengan kuasa ombak. Jadi dapatlah kita gambarkan dengan pandangan kasar betapa tinggi dan ganasnya ombak semasa kejadian tersebut.


Kawasan ini dibangunkan sepenuhnya pada 2008, di mana ruangan tempat naik diperbaiki dan diletakkan laluan yang lebih selesa serta di sediakan juga Taman Edukasi Tsunami di bersebelahan yang menempatkan gambar2 semasa kejadian tsunami. Bila melihatkan gambar2 tersebut, memang sangat sayu terlihat mayat2 yang bergelimpangan di pukul badai.


Lihatlah betapa besarnya kapal ini. Saya tak dapat naik hingga ke atas, gayat sebab tangganya agak curam. Melepak saja di tingkat bawah.


Kalau sampai ke atas boleh la tengok pemandangan laut yang terbentang.


Di sini juga merupakan kawasan wajib dikunjungi sekiranya ke Acheh. Kiranya tempat tumpuan pelancong lah. Bukan sahaja ada pelancong asing, tetapi ramai juga warga tempatan yang datang melawat. Semasa waktu azan, pintu masuk utama di tutup (rehat) dan keseluruhan tempat ditutup jam 5 petang (kalau tak silap).


Di luarnya ada tersedia beberapa gerai untuk pengunjung. Di sini test membeli guna duit ribu-ribu. Aiskrim ni berharga Rp2000. Nak gelak je tengok abang tu bagi balance...


Ada juga disediakan kedai cenderahati dan kedai makan. Jadi sementara menunggu tu boleh la melihat mana yang berkenan....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~