Wednesday, February 4, 2015

Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Menu ni walaupun ringkas tetapi sangat memuaskan hati. Dua tahun di Johor, menu ni banyak dihidangkan semasa makan tengah hari atau makan malam. Saya secara jujurnya memang menggemari masakan sebegini jika dibandingkan dengan masak kicap biasa. Aroma rempah 3 beradik yang digunakan serta tumisan cili giling menambahkan lagi kick masakan ni.


Bila beli ayam, saya memang dah set untuk buat masakan ni. Cuma versi saya mestilah berkuah sedikit sebab nak panaskan banyak kali... Lagi pula saya dah tak perlu masak lauk lain dah... Cili kering yang sya guna tu jenis besar yang dibeli di Kelantan, maksudnya tak berapa pedas serta warna yang lebih gelap. Sebab tu la kalau tengok hasil kejadian ayam masak kicap pedas saya tu lebih kehitaman. Jangan terpedaya okeh, ianya langsung tak pedas! Pedas2 manja saja..


Tuesday, February 3, 2015

Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau tengok n3 awal2 semua pasal lauk ayam. Nak buat macam mana, beli ayam sekor, pastu takde ikan atau daging thats why la semua berasaskan ayam. Jemu tak jemu belakang kira, sebab itulah kena masak versi lain2...kan bosan lak makan yang rope itu aje.


Saya kalau buat sup tak berapa suka yang biasa2 ni dan saya lebih prefer sup yang masam2 sikit, yang ada jus limau atau asam keping... yang bubuh lengkuas.


Monday, February 2, 2015

Tuhan, Damaikan Resahku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Surya merenung bintang-bintang yang indah berkelipan di dada langit. Cahaya kemilaunya ada di mana-mana. Bulan pula berselindung di balik awan. Malu barangkali hendak bertemankan bintang berjuta. Memandang bintang-bintang adalah kegemaran Surya sejak remaja. Dan kini walaupun umurnya sudah melewati 25 tahun, dia tidak jemu-jemu meneruskan kegemarannya itu. Damai jiwanya begitu. Walaupun bintang tidak mampu menyapa kesunyian malamnya, tetapi jiwanya bersinar melihatkan bintik-bintik cahaya yang kelihatan bagai permata yang bergantungan di satu hamparan yang luas terbentang.
Dalam keheningan matanya berbicara pada bintang-bintang di langit, terlintas satu bayangan di tubir mata. Ah… lelaki itu datang lagi. Tersenyum kepadanya. Puas di cuba menyingkirkan ingatan itu tetapi makin dicuba makin kerap bayangan itu mengganggunya. Rindukan Surya pada lelaki itu? Kalaulah ada yang mampu menelah hatinya, pasti mereka akan tahu setakat mana ingatan dan kerinduan yang telah tersimpan untuk lelaki yang baru dikenalinya 2 bulan yang lalu.