Thursday, April 12, 2012

Garlic Finger Bread, Bake Garlic Butter Spread and Mushroom Soup


 
Mak aiiiiii... panjangnya tajuk
Panjangnya cerita ceriti n3 kat dalam ni pun
Ni la kuasa sesebuah blog ya
Kadang kita tak rasa apa, tapi bila tengok apa yang orang tu buat
Kita pun tak semena-mena gatal nak buat jugak
So sape yang nak dipersalahkan dalam hal ni? 
He he he...
Ni dak Ika Bangkok nu la nye pasal
Dah banyak kali masuk blog tu, asyik tergoda nak buat aje
Ni projek cuti sehari
Dek kerana tergoda tu, sampai dua kali BM i bekerja
Haishhhh...
Kita rangkumlanlah 3 resepi ni dalam 1 n3
Untuk garlic finger roll, memang xde bentuk finger langsung
Garlic butter spread tu pulak cheq sue guna bawang putih yang dibakar dalam oven
Mushroom tu pulak cheq sue ikut kepala sendiri, tapi di CnP jugak dari blog Ika
Kot2 nak cuba buat versi Minami
Btw tq pada Ika kerana menterjemah semula resepi ni





 
Tengok la cheq sue punya garlic roll
Satu adunan tu cheq sue canai dulu, kemudian sapu garlic spread
Pastu digulung dan di potong, dan dicanai semula sebelum di penaikkan
 Dalam garlic spread tu cheq sue gunakan parsley segar
 
Yang kat bawah tu pulak versi pizza, sebab nak habiskan daging burger
Simple filling aje
Daging burger + sos tomato + sos cili + garam
Kat atasnya pulak diletak capsicum dan cheddar
 
Errr...korang yang lain tak teringin ke nak cuba?
He he he
Sampai jumpa lagi
Wassalam...

Note :
Garlic roll dengan mushroom soup tu cheq sue bagi pada Adik Naim, makan dia sorang aje sampai tak cukup, kena pulak bagi kali kedua






 
GARLIC FINGER BREAD
Idea : IZAH
Dough Recipe : DAILYDELICIOUS
Boleh g SINI

Dough (utk Doh)
270 g Bread flour (270g Tepung Roti)
30g Cake flour (30g Tepung Kek)
5g Salt ( 5g Garam)
2tsp Instant yeast (2 tsp Serbuk Yis)
50g Sugar (50g Gula)
30g Unsalted butter (30g Mentega Unsalted)
100g Milk>>Fresh Milk (100g Susu Segar shuhu bilik)
1 Egg (1 biji Telor)
80g Water (80g Air suhu bilik)

Method: (Cara-cara)
Mix together egg, water and milk. (Satukan telor, air dan susu segar, kacau sehingga sebati)
Put the flour, the sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. (Masukkan tepung, gula dan serbuk yis ke dalam mangkuk, dgn menggunakan whisk satukan sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan sebatikan kembali dgn whisk)
Pour the egg and milk mixture into the bowl.(Tuangkan campuran telur, air dan susu tadi kedalam mangkuk yang berisi bahan2 kering yg telah sebati tadi)
Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together. ( Dgn menggunakan pastry scraper atau menggunakan tgn pun ok dan uli sehingga semua bhn2 tadi sebati)
Take the dough out of the bowl and knead, you will see the dough will be elastic after about 2 minutes. (Keluarkan doh dr mangkuk dan menguli seperti biasa di atas papan pencanai atau meja yg bersih, dlm masa 2 minit menguli doh akan menjadi elastik)
Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough. Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. But this dough is a bit sticky, use a bit of flour will help (1-2 tbsp) (Tambahkan pula mentega, dgn menggunakan bhgn tapak tgn, teruskan menguli dgn menekan ke hadapan dan balikkan kembali, ulang cara menguli yg sama selama 10-15 minit atau sehingga doh betul-betul lembut dan sedikit berkilat. Doh ini agak melekit, jika itu terjadi tambahkan tepung lebih kurang 1-2sb tepung)
See how to knead bread, here.(Boleh lihat cara2 menguli bergambar di blog dailydelicious)
Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature) (Letakkan doh yg siap di uli tadi ke dalam mangkuk yg telah digriskan dgn sedikit mentega, tutup dgn menggunakan cling wrap atau tuala lembap dan penaikkan doh 2 kali ganda lebih kurang 45 minit atau 1 jam. Seelok eloknya, doh diletakkan ditempat yang suhunya agak2 warm)
Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Tumbukkan perlahan doh tadi untuk mengeluarkan angin dan keluarkan doh dr dlm mangkuk)
Cut the dough into 10 pieces roll into a ball and let them rest for 10 minutes.(bahagikan doh beberapa bahagian dan bulat2 kan, buat sehingga habis dan rehatkan doh selama 10 minit dlm keadaan bertutup dgn tuala lembap, kemudian bolehlah dibentukkan mengikut citarasa masing2 atau boleh di letakkan inti atau sosej, Buat sehingga habis, dan naikkan doh kembali selama lebih kurang 45minit atau 1 jam. Sapukan bhgn atas doh yang telah naik tadi dgn bancuhan telur+sedikit susu segar, sapu di atas doh yg telah naik tadi sehingga habis, untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat boleh menggunakan 2 cara, pertama, 5 minit baki waktu membakar utk habis, boleh sapukan kembali sapuan egg wash tadi sehingga rata, buat samapi habis dan sambung membakar sehingga roti masak. Keduanyer, selepas roti dikeluarkan dari oven, dgn segera bolehlah di sapukan dgn mentega utk kelihatan berkilat, selamat mencuba!)>>untuk buat garlic bread boleh sapukan garlic butter spread tadi di atas roti yg telah naik tadi.

MUSHROOM SOUP
Resepi Asal : MINAMI SAN MyR

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)>>cuma letak300ml susu segar dan 200ml whipping cream
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum>>yg ni kita tak masukkan semua

Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti. 

VERSI CHEQ SUE

Bahan -bahan :
Cendawan dalam tin (straw) - dadu + bawang besar - dadu + butter ~ tumis layu
Kemudian + susu segar, oregano, lada hitam
Bila mendidih, tutup api dan biar sejuk
Kemudian blend hingga hancur pastu masakkan semula dalam periuk
Bila hampir mendidih, masukkan daging burger hancur, garam, oregano dan kiub ayam
Bila mendidih, tuang air bancuhan tepung gandum dan masak hingga pekat

Note : Bahan2 tu diagak2 aje ikut kepakaran *_*


GARLIC BUTTER SPREAD
Resepi Asal : STEVE >>jamie oliver forum>>linknyer hilang nanti kita letakkan balik klu jumpa

Ingredients :
4 tablespoons of butter/marg
1 tablespoon of garlic (make yourself from crushing lots of garlic or buy some in a jar)
2 tsp dried oregano
1 tsp salt, 1 tsp pepper

Method : (cara-cara)
Mix the above ingredients into a paste. (Satukan semua bhn2 di atas sehingga sebati dan boleh digunakan utk sapuan atas roti, lebihannya boleh di simpan dlm peti ais dan boleh digunakan kembali)
Get a french stick or similar and cut slices down into it almost all the way through but not quite. Put a big spoon of the butter mix into each cut pushing well in, rub any thats left on the top.
Place the french stick (cut in half to fit in oven ) into silver foil and seal up leaving the package loose around the bread.
Put in a medium oven for about 10 mins, then open packet and turn oven up to max heat for about 5 mins.

Wednesday, April 11, 2012

Ayam Dinasour & Tepung Salut Serbaguna


Petang tadi, terdapat gegaran kuat di Acheh sehingga dikeluarkan amaran tsunami
Gegaran kuat itu dirasai di kebanyak negara termasuklah kawan2 rumah flat di kuarters cheq sue ni
Gegaran tu terasa 2 kali, kelihatan air dalam gelas bergoncang
Beliau dan keluarga turun ke bawah mengelak sebarang kemungkinan
Na'uzubillah, semoga segalanya dalam keadaan baik

Cerita tentang ayam dinasour @ ayam rangka ni pulak memang glemer sangat masa belajar dulu
Kalau dapat makan ni macam dapat makan KFC
Beli seekor dan makan ramai2 memang best
Kebetulan member cheq sue kata ada rangka ayam di rumahnya
Suaminya tu berkawan dengan tokey kedai makan, so daripada buang dibagi pada suaminya
Mula2 dok plan nak buat soto, tapi terfikir nak goreng tepung
Cheq sue memang dah selalu guna bancuhan tepung goreng berempah Kak Besah ni
Biasanya buat setengah adunan, bila nak guna dah ready mix
Simpan dalam peti sejuk supaya tepungnya tak masuk angin
Nak goreng udang ke, sotong ke, ayam ke, celup aje dalam telur dan salutkan dengan tepung tu
Cheq sue jarang sangat beli tepung segera tu
Bila dah goreng, xde beza pun dengan yang beli kat pasar malam tu
Malah yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan kehalalannya
Nak makan pun tak segan
Pada sape yang suka makan2 bende bercelup tepung ni bolehlah bancuh tepung ni
Memang berbaloi
Tq Kak Besah
Wassalam...





 TEPUNG SALUT SERBAGUNA
Adaptasi : Sotong Rangup Berempah Kak Besah
 
Bahan-bahan
1 kg sotong besar - cuci,potong bulat 1cm tebal & tos kan atas penapis.
7 ulas bawang putih - ditumbuk*, 2 sudu mkn rempah kari ikan* & 1/2 sudu mkn garam*
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
4 sudu makan rempah kari ikan cheq sue masukkan serbuk cili
1 sudu teh garam
*semua dimasukkan dlm bekas bertutup lalu digoncang2 supaya bercampur rata. 
Cheq sue tambahkan sedikit serbuk cajun
2 biji telur dikacau ringan & minyak utk mnggoreng terendam.

Cara-cara
gaul sotong yg tlh dihiris bulat bersama bahan2bertanda* - ketepikan.
pastu, celup sotong satu persatu dlm telur & terus golekkan dgn tepung campuran tadi.paling senang, goncang je bekas bertutup tu supaya tepung menyaluti sotong dgn rata.cheq sue golekkan aje dalam tepung tu
seterusnya goreng lah sehingga keperangan. jangan goreng terlalu garing nanti sotong akan jadi liat.


Super Moist Caremeled Banana Cake


 
Dah lama berangan nak masak sesuatu berasaskan pisang
Bukan hape, ada sedikit stok pisang lecek dalam peti ais
Dari tempat freezer masuk ke ruangan bawah
Dah agak lama jugak, bawak masa balik cuti sekolah dulu
Sampai bila buat karamel tu bukan jadi warna perang, tapi lebih kepada dark green
Nasib baik masih boleh dimakan dan tak berubah rasanya
Cuma bila dah keluar masuk peti pisang lenyek tu jadi agak berair 





Resepi ni memang sedap sungguh, lembut dan lembap aje
Tapi secara jujurnya cheq sue tak berapa suka dengan apa-apa aje yang guna ovelett
Memang kita tahu tahu fungsinya untuk membuat masakan jadi gebu
Tapi teksturnya tu macam ada yang tak kena aje
* Tapi masih jugak makan pun, bukan tak makan langsung! ^_^
 Pendapat peribadi kan, nak buat camana
Makan time panas2 tu, sedap sungguh dengan bahagian atas yang garing2 gitu
Pada sape yang belum cuba tu bolehlah buat
Kalau xde oven, boleh jugak dikukus
Yang penting kena ada pisang
T_T
Oklah, tq pada semua2 yang sudi berkongsi
Wassalam...





 
SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE
Versi kukus: masduniaku
Olahan sumber : FnF Simple Life
Sumber : Izahdaut

Bahan A
1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar

2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak - FnF guna 190g tepung kek Jepun + 1 sk baking powder
1sk ovalet (resepi asal tiada)

Cara2
Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .

*nota izah* 
'hingga berkaremel' maksudnya bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaremel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warne perang.

Pukul telur dan ovalet hingga gebu.
Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.
Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.
Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
Adunan boleh juga dikukus...