Thursday, May 10, 2012

7 Petala Cinta

 
Malam Jumaat... Suasana yang paling santai dan sesuai untuk publishkan n3 yang bertajuk jiwang ni. Kebetulan masa upload gambar2 ni sambil dok menengok filem 7 Petala Cinta. Agak related jugaklah dengan gambar awan  di kala senja tu... Dan kat dalamnya turut cheq sue masukkan beberapa dialog indah di dalam filem tersebut.
 
Gambar2 ni di ambil dalam perjalanan balik ke CH baru2 ni... senja yang menginjak ke malam memang menyajikan satu suasana yang cukup syahdu lagi indah. Cheq sue cukup suka melakarkan fanomena alam, ataupun sekadar bayangan awan, sebab ianya sangat menyenangkan. Tenang je melihat kuasa Allah Yang Maha Besar. Allahuakbar...

Mmmmmm, jemput la nengok gambar2 ni ya. Cheq sue nak keluar sekejap. Balik nanti insyaAllah kalau ada kesempatan baru boleh BW. Wassalam...


(i)

 

(ii)

 

(iii)

 
Lokasi : Jalan Gua Musang - Lojing
Date : 7 Mei 2012

Puding Mangga Lemak Manis

 
Kebelakangan ni, cheq sue memang tak berkesempatan nak BW mahupun meninggalkan komen di n3 teman-teman. Masa begitu cemburu. Di sekolah memang tak sempat nak bukak, kalau bukak pun sekadar baca aje. Ye lah, segan jugak nak hadap blog lama2 kat sekolah kan. Dah kebanyakan n3 dibuat secara autopost, jarang sangat nak dapat online lama-lama. Pada kawan2 yang x jemu bertandang, tak segan2 meninggalkan komen cheq sue ucapkan terima kasih banyak-banyak, terharu sangat dengan sokongan korang semua.
 
Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi yang dibuat petang semalam. Tengok la gambar tu, blur semacam, memang tak puas hati sungguh. Nak buat camana, gitulah kalau ambil gambar malam2, dalam rumah pulak tu. Mmmmm sabar ajelah.
 
Kebetulan minggu lepas nampak Kak Zila post puding ni kat blognya, cantik sungguh susunan hirisan mangga menjadi bunga ros, tak mampu cheq sue nak buat sepertinya, sekadar meletakkan hirisan mangga aje di dalamnya.
 




 
 Puding mangga ni memang sesuai sangatlah dijamu time panas2...memang laju aje kat tekak. Kalau xde ketul2 mangga kat dalam tu memang xyah gigit pun, nenek yang xde gigi pun leh makan ni... ^^
Cheq sue kalau bab puding yang lembik2 lembut ni agak kurang jugak tapi sebekas SM dekat bawah ni dah selamat cheq sue makan...

Pada sape yang belum terbuat tu sila2 la skodeng resepi ya, kalau xde mangga leh jugak tukar dengan buah2 yang lain. Sesuai di makan seisi keluarga. TQ penyumbang resepi... Wassalam...





 
PUDING MANGGA LEMAK MANIS
Resepi : Che Mat @ DTS
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan...

Wednesday, May 9, 2012

La Hotspring, Besut

Balik kampung aritu, mek mengajak cheq sue ke Air Panas La di Besut, nak rendam2 kaki katanya. Maklumlah sekarang ni dia tak berapa nak sihat, asyik dok demam dan batuk2 aje. Kami ke sana dua kereta, bersama-sama dengan emak saudara.
 
Cheq sue sebenarnya baru 1st time ke sana, memang sesatlah sebab masuk ke simpang Lata Tembakah, rupa2nya di simpang yang bertentangan. 
 


 
Masa pi ni cheq sue x la beriya-iya mengambil gambar, bukan ape, takot jugak kamera cap ayam tu disonglap orang, kang merana pulak. Pastu dengan orang2 dok mandi manda bimbang pulak mendedahkan aurat orang lain. Kang tak pepasal la aku dok menanggung dosa deme...
 


 
Gambaran biasa di tempat perkelahan di entrance. Tapi tempat mandi tu pun xde la dalam sangat, sesuai untuk anak-anak. Takat orang tua ni buku lali pun tak lepas. Whatever, memang seronok dapat bersantai-santai di sana... ^^
Wassalam...