Thursday, November 10, 2011

Gulai Lemak Siput Belitong


Ini adalah kali pertama cheq sue masak siput belitong. Makan tu jangan cakap la, pantang nampak. Selalu masak siput sawah aje, kali ni kena 'titik' dan buat sendiri. Xde la susah mana pun sebab dah biasa tapi siput belitong ni nampaknya banyak makan tangan sebab cebisan kulit2nya tu bak pisau pada kulit. Tambah pulak siput ni x sempat nak dipelihara semalaman untuk membersihkan lumpur di dalamnya. Sebab tu la kena ulang basuh berkali-kali.

Alkisahnya dah lama oder siput ni. Kebetulan member balik dari Pantai Remis, banyak jugak yang dibawaknya. Dapatlah cheq sue melepaskan kempunan. Sekilo yang dibeli semuanya sudah selamat digulai. As usual la, masak malam dan pagi ni dibawa ke sekolah. Pernah jugak cheq sue melihat ada yang memasaknya secara goreng pedas, tapi secara jujurnya pada cheq sue, gulai macam ni adalah yang terbaik. Tapi suka cheq sue nyatakan di sini bahawa ini adalah cara cheq sue, mungkin berbeza dengan teman2 mengikut citarasa masing2. Apapun memang membuka selera, ditambah pulak dengan aroma daun kesum yang menusuk hidung. Siput ni pun memang sedap jugak dimasak cili api, tapi sebab cheq sue ni tak suka pedas, dan stok cili pun xde di rumah, maka ini ajelah hasilnya.
 
Satu petua yang cheq sue selalu amalkan bila masak apa2 aje siput, didihkan terlebih dahulu santan dan rempah2nya (kuah) barulah dimasukkan siput untuk mengelakkan daripada penutup mulutnya susah dikeluarkan @ tidak lekang. Maksudnya xde la korang sampai sesak napas time nak menyedut isi siput tu ye.. Dari segi penggunaan daun tu pula, boleh digunakan samada pucuk kadok atau daun kesum. Untuk gulai siput ni cheq sue masukkan sebatang serai sebab takut ada bau hanyir. Kalau selalu tak masukkan pun, cukup dengan aroma daun yang digunakan.
 
Satu lagi petua dalam menyediakan siput ni adalah penggunaan hampas kelapa dan pelepah pisang untuk membersihkannya. Memang agak berkesan dan x mengambil masa yang lama.

 
Mmmmm bila nengok ke gambar2 ni, agak terkesima sedikit rasanya. Bila bergambar di malam hari, memang kualiti gambar tak berapa bagus. Tertonggeng tergolek pun memang x puas hati. Kadang2 naik segan jugak dengan kawan2 yang menampilkan gambar yang cukup memikat. Kalau nak dibandingkan dengan presentation sendiri memang kalah habis. Tapi itulah dunia blog. Cheq sue ni ibarat anak kecil yang ingin menggapai bintang2 di langit. Penuh dengan angan2, harapan dan impian yang entah bila dapat dicapai. Cuma harapnya, kalaupun x dapat memuaskan hati orang lain, cukuplah untuk memberi senyuman pada diri sendiri.
Eh.... EMO??? *Sekadar luahan perasaan (*_*)
Wassalam...

GULAI LEMAK SIPUT BELITONG
 Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 kg siput belitong yang telah dibersihkan - titik (potong bahagian ekornya)
4 cwn santan sedang2  - dalam 1 biji setengah. Kalau x suka kuah pekat boleh cairkan sedikit
*5 biji bwg merah 
 *1 biji bwg putih  
*1 cm kunyit hidup & lengkuas  
*2 sk ketumbar  
*2 sb cili boh / cili kering  - boleh ganti dengan cili padi
*3 sb serbuk kari  
* 1 batang serai - ketuk
Daun kesum @ pucuk kadok
Gula, garam secukupnya 
 Cili merah (opt) - cheq sue masukkan sekadar nak bagi rasa pedas sikit

Cara-cara :
  Tumbuk lumat bahan *  

Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan yang telah ditumbuk dan serai. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak

Seterusnya masukkan siput dan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan juga cili merah yang telah dihiris. Masak 10 - 15 minit dan bolehlah diangkat.
  

Wednesday, November 9, 2011

WW : Nagka

GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE

 
Oleh sebab xde n3 masak-masak, cheq sue nak join satu GA ni yang dianjurkan oleh Kak Nennie. Beliau akan menganjurkan GA ni bermula 9 November sehingga 17 November. Pada sape2 yang rasa xde mood nak masak tu jom la join GA ni sebab Kak Nennie menyediakan hadiah berupa piring melamin, cawan penyukat dan papan pemotong. Kot2 la dengan hadiah tu akan meningkatkan semangat kita semua untuk memasak.. Amboiiiii tukang promot lak aihhh.... he he he
 
Inilah antara 4 hadiah yang ditawarkan...

Jangan lupa tau sama meriahkan GA Kak Nennie ni. Mana tahu kot2 ada rezeki... Klik aje kat gambar tu ye..
Wassalam...

Kena Tag, Tapi Xmo Mengetag...Boleh Tak Gie?


 
Dah 2 3 hari tgk tag cik gie ni, tapi x berkesempatan nak jawab. Tapi dek kesudian gie, atas ingatannya terhadap cheq sue, maka cheq sue jawab jugak ye....tapi rasanya untuk mengetag tu x sempat dah nak buat... mintak ampun ye... Sebenarnya dah banyak jugak maklumat tentang cheq sue ni dibongkarkan (aishhhh), boleh lihat di sini,dan sini


Rules:
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post . And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOUARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY , TRUST, WITH ALL HONESTY) HAVE TO TAG 11 PEOPLE.

******************************************************
 Fuhhhhhh...tengok dia punya rules.... maaf gie, tak daya cheq sue nak penuhi semua. Cuma cheq sue akan post 11 thinga about me dan jawab soalan gie tu aje... Jangan marah ye....


1. Umur 31 dah...selesa dipanggil cheq sue je
2. Pernah bercinta beberapa kali, 2 kali terkena suami orang... Ohhhh lelaki
3. Zaman sekolah dulu tersangatlah suka dengan Azmi Ibrahim (atlit olahraga), siap ada gambar dalam photo album (kerat dari paper aje..... *_*)
4. Memiliki kereta Wira SE, dan penjual kereta tersebut membelikan nombor pendaftaran 1121 tapi ditolak oleh cheq sue sebab ada udang di sebalik mee
5. Paling jauh pernah memandu sendiri sehingga ke Jeti Kuala Perlis
6. Sifat2 peribadi banyak diwarisi daripada belah ayah
7. Nasi ayam lover, & nasi lover. Sehari x makan nasi ketaq lutut wehhh
8. Teringin nak ke Pulau Tioman, insyaAllah one day
9. Suka tgk CSI
10. Pernah eksiden masa bawak kereta member, bawa kereta sendiri pernah terbabas
11. Pernah keje kilang Beryl's lepas habis study UPM. Pernah seludup keluar coklat... he he he... sambil keje pun boleh makan-makan...

******************************************************
11 soalan ditanya...

1. Apa surah yg selalu korang baca dalam sembahyang.?
 Surah pendek2 aje dalam Muqaddam... An-Nas, Al-Ikhlas, Al-Falaq (nampak sgt nak cepat siap!)

2. Antara mc'd dan kfc, yg mana korang paling suka, kenapa?
 Dua-dua pun x suka...sesekali boleh la layan. Lagi suka PIZZA HUT

3. Huruf jawi ada brp huruf semuanye?
 36 / 37 (errrr....kena tgk Google nih)

4. Brp bijik handphone yg korang dah penah pakai?
6 bijik aje.....

5. Siapa perdana menteri malaysia yg ke 2?
Allahyarham Tun Abdul Razak

6. Cerita hantu apa yang korang penah tengok yang paling seram?
Tak pernah tengok sebab penakot

7. Apa jenis kereta idaman korang?
LANCER

8. Apa yang korang suka buat kalau waktu cuti?
Jalan-jalan perabih duit @ masak

9. Kuih tradisional pe yang korang paling tak suka
 Dodol

10. Lelaki atau perempuan idaman korang?
Yang soleh & menerima cheq sue + keluarga seadanya

11. Pe komen korang pasal blog aku? (puji boleh, kutuk pun xpe) 
Suka header sbb suka kunang-kunang, cuma tang tulisan dalam blog tu kadang2 kecik sgt, kalau boleh gie setting la lawo2 sikit...biar seragam, nak tengok pun clear aje