Tuesday, August 6, 2013

Biskut Nestum Crunchy

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Alhamdulillah... di penghujung Ramadhan kali ini kita masih diberi peluang untuk beribadah hingga ke akhirnya. Syawal yang semakin menjelang nampaknya menuntut pelbagai persiapan. Tentu ada banyak yang perlu dilakukan untuk meraikan hari mulia tanda kemenangan kita berpuasa.

Sejak balik kg 2 Ogos lalu, memang tidak berkesempatan untuk update blog. Nak online memang jauh sekali. Dengan line yang agak ada tak ada dan kekangan masa, tentunya tak mengizinkan saya untuk berjimba2 melihat apa yang teman2 postkan. Masa saya balik tu jalan tak la sesak sangat. Dalam lengang tu ada jugak la 2 3 kemalangan yang berlaku. Pada yang baru nak balik kg tu tolong lah berhati2 semasa memandu.


Saya kongsikan dalam n3 ini tentang biskut raya yang kedua iaitu biskut nestum crunchy yang saya ambil dari Dapur Tanpa Sempadan. Tak tahulah kenapa, skodeng punya skodeng banyak betul resepi yang saya nak cuba di sana. Uniknya biskut ni kan susah nak discribe. Rasa macam biskut yang saya pernah makan sebelum ni tapi tak ingat biskut apa. Kawan serumah saya pun kata macam tu. Biskutnya pun sedap. Untuk hiasannya pula saya hanya sapu telur kuning dan tabur dengan nestum.

Rasanya untuk n3 biskut raya 2013 ni, saya akan sambung semula selepas raya lah. Minta maaf semua ya, hajat nak kongsikan semua tu memang tak kesampaian. Hanya dua yang termampu. Huuuuu...

Terima kasih pada che mat atas perkongsian resepi yang mudah dan sedap ni.




BISKUT NESTUM CRUNCHY
Resepi : Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
260 gram mentega, mat guna jenama Anchor
120 gram gula aising
250 gram tepung halus (atau tepung gandum)
130 gram tepung jagung
60 gram badam serbuk
40 gram nestum biasa, dikisar
1 camca teh esen vanilla
Kuning telur, untuk disapu
Gula hiasan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. 
Masukkan tepung, tepung jagung, serbuk badam dan uga nestum. 
Uli hingga jadi doh. Canai 1/2 cm ketebalannya dan terap guna acuan kegemaran. 
Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. 
 Sapu kuning telur dan tabur gula hiasan, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. 
Biar suam sekejap atas dulang pembakar, alih atas jaringan dan bila betul2 sejuk, simpan dalam bekas kedap udara..

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]