Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Untuk n3 ini dan seterusnya, saya akan berkongsi dengan anda semua biskut2 raya saya tahun ini. Semoga apa yang dah saya buat dapat memberi sedikit idea pada kawan2 yang nak menambah koleksi biskut raya. Mana la tahu, kot2 juga ada yang nak buat sama. Kebanyakan rakan blogger juga yang memberi inspirasi pada saya. Selain 2 resepi yang memang saya buat dengan resepi sama iaitu tat gulung dan almond london, ada dua tiga jenis jugak biskut yang baru tahun ni saya cuba. Takkan tiap2 tahun buat biskut itu aje ye dak??
Yang pertama sekali tentulah tat rose ni. Dah ada dalam list semenjak tahun lepas, tapi tak ada kerajinan nak mencuba. Masa dok search biskut raya tu, memang jatuh hati betul dengan bentuknya yang menarik dan unik. Jadi tahun ni saya gagahkan diri membuatnya. Pada pendapat saya, buat tat rose ni tak lah sesukar mana bila kita dah dapat rentaknya. Rasanya juga penyediannya tak serumit tat gulung. Pada saya buat tat rose ni lagi cepat siap.

Sekali tengok memanglah tak berapa nampak ke'rose'sannya tu. Pertama kali buat la katakan. Nak dapatkan bentuk yang sempurna, dekat 5 acuan penerap juga yang saya cuba. Kalau guna acuan tart tekan tu jadi besar sangat saiznya. Untuk langkah2 penyediaannya tu boleh tengok di blog DTS seperti yang saya dah linkkan di bawah ini. Saya sengaja juga meletakkan warna pink bagi memberi sedikit warna pada koleksi biskut raya. Idokle semuanya warna plain atau kuning gitu aje... Jemnya pula saya gunakan raspberry yang rasanya agak masam sedikit jika dibandingkan dengan jem nenas. Walaupun zahirnya tat ni nampak macam keras, tapi sebenarnya ia lembut dan peroi seperti juga tat gulung.
Jadi pada siapa yang rasa nak cuba tu, bolehlah buat kelainan dengan membuat tat rose ni, yang pastinya menjadi penarik di meja di hari raya nanti. TQ che mat yang berkongsikan resepi ni.
ROSE TART
Resepi : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan mentega berkualiti tinggi (mat guna "golden churn")
1/2 cawan majerin (planta)
3/4 cawan gula aising, ayak
1 kuning telur
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 1 3/4 cawan)
1/2 camca teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya (mat guna jem raspberry, lagi sedap)
Paper cup saiz kecil secukupnya

CARA
MEMBUATNYA:-)
Pukul mentega, margerine
dan gula aising hingga bersatu, masukkan kuning telur dan esen vanilla, pukul
hingga berkrim. Masukkan tepung jagung dan gaul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum
sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Canai doh kurang
lebih 1/2 cm tebal. Terap dengan acuan bulat berbiku.
Sapu dengan sedikit jam
strawberry/raspberry pada permukaan doh yang diterap tadi. Lipat dua setiap doh
dan buat macam huruf "U", setiap doh tadi dan cantum, kemaskan dan
alihkan ke paper cup. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven pada
suhu 170C selama 10 - 15 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap
udara. Menghasilkan kurang lebih 40 kuntum rose tart.
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
~ Wassalam ~
Assalam sue, cantik nampak tat rose tu, akk tak boleh nak bygkanb mcm mana nak buat jadi rose tu, cantik n menarik tu
ReplyDeleteWaaa...cantiknyaa... angkut resepi yer...
ReplyDeletewah cantik nih...rasa pun mesti sedap...nanti nak salin resepi juga ye hehe
ReplyDelete