Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup nyamannya udara hari ini. Harapannya semoga hari ini lebih baik daripada semalam di dalam semua perkara. In Sha Allah. Apa yang istimewanya 1.1.2014 ni? Selain hari ini merupakan hari ulang tahun sahabat karib saya Mok Ja dan 'si dia' yang telah saya lepaskan pergi (selamat ulang tahun, semoga berbahagia selalu!)... pada tarikh ini juga merupakan cukupnya 10 tahun saya mengajar di Cameron Highlands. 10 tahun? Bukan jangka masa yang sekejap. Terlalu banyak perubahan yang berlaku... Meh saya nak imbas kembali...
Selepas tamat pengajian di Maktab Perguruan Batu Pahat pada 2003, saya sebenarnya sudah dapat menjangka di mana saya akan ditempatkan kerana bagi opsyen yang saya ambil, hanya ada beberapa sekolah yang baru dibuka. Tetapi sebelum sampai surat penempatan, saya tidak mahu berfikir kerana tempat yang ada dalam fikiran saya tu seboleh-bolehnya saya tidak mahu.
Tahun 2005, mewah dengan bunga...
Saya masih ingat, semasa menerima surat tersebut, di rumah baru sahaja selesai mengadakan kenduri arwah (40 hari) datuk saya. Dia tiada untuk menyaksikan saya mendapat kerja. Di sepanjang hayatnya... dia mengimpikan saya untuk menjadi 'pegawai' paling tidak pun menjadi misi atau staffnurse. Al-Fatihah... Dan seperti yang saya jangka, memang tempat saya untuk berkhidmat di CH. Saya menerimanya dengan redha. Di mana saya diletakkan di situlah saya akan berbakti.
Tahun 2006, sambutan Hari Guru.
Jadi pada pagi 1.1.2004, berangkatlah saya bersama mek dan cek dengan menaiki kereta Kancil dipandu bapa saudara saya menuju ke CH... melalui Jalan Tapah dan kami menginap di Hotel Iris, Brinchang. Masa tu cuacanya sangat sejuk sehingga tidur pun terganggu... Saya ingat pada tahun 1999 saya mengikuti lawatan ke CH, betapa sukanya dapat menikmati cuaca sejuk rupa-rupanya saya akan berkerja di situ suatu masa nanti... *_*
Tahun 2007 di KOT..tahun ni rumah Beta jadi juara. Sekarang padang ni dah tak ada, dah didirikan sekolah rendah di kawasan ni.
Pagi 2.1.2004, berangkat pula saya menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja dan terlebih dahulu singgah sarapan di Kedai Pak Hassan. Sempat berbual-bual seketika sebelum melapor diri. Semasa sampai, saya disambut oleh kerani sekolah, Cik Chong. Pengetuanya pada masa itu adalah En Yong Leong Meng. Dari apa yang dinyatakan, sekolah ini majoriti pelajarnya adalah Cina sementelah pula kawasan berkenaan memang ramai penduduk bangsa itu.
Tahun 2008, antara yang cemerlang. Dua calon MPV mendapat A
Selesai melapor diri, saya masuk ke kuarters. Nasib baik juga pada ketika itu ada rumah kosong. Maka operasi pembersihan bermula. Dengan kereta Kancil tak banyak barang yang dapat dibawa, hanya yang asas sahaja. Saya masih ingat, hanya ada sehelai tikar buluh, sebiji bantal dan sehelai selimut nipis (berjalur Singapura). Pakcik saya membeli teh dan dapat hadiah percuma set cawan 4 biji. Semasa mek dan cek tinggalkan saya, hanya ada sebungkus biskut kering dan sebotol air masak sahaja.
Tahun 2009, KOT di Tanah Rata. Tahun ni dah mula tudung segera @ awning...
Berlinang air mata... menangis kerana tinggal sendiri. Pada umur 24 tahun akhirnya saya memulakan hidup berdikari sendiri di tempat orang. Malamnya bayangkan bila tidur berselimutkan kain nipis...lagilah laju air mata bercucuran. Dari situlah kehidupan sebenar bermula. Saya ingat lagi keesokannya Mok Ja dan Naim (masa tu baru je boleh jalan) datang ke rumah, mengajak saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Selepas itu beliau memberikan saya tilam dan selimut tebal. Dan dari situ jugalah persahabatan bermula... TQ Allah... TQ dear...
Tahun 2010, bawa budak ke perkhemahan di Maran
Tahun pertama mengajar memang terlalu banyak pengalaman. Saya menjadi guru kelas tingkatan 4MPV. Dengan suasana yang agak asing, di mana di dalam kelasnya hanya pelajar Cina dan India, agak susah juga nak sesuaikan diri. Masuk 3 hari persekolahan, tombol pintu tercabut. Bayangkan... Pernah sekali semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, satu raga dibawanya limau ke sekolah, bukan nak bagi pada cikgu-cikgu, tetapi di makan di dalam kelas. Pernah juga membawa dapur stimboat dan memasaknya di dalam kelas. Begitulah cabarannya... Selain itu terpaksa juga mengajar Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani untuk mencukupkan waktu P&P.
Tahun 2011... tahun boleh tahan!
Saya ingat pada tahun berkenaan tak putus air mata bila keluar dari kelas berkenaan. Setiap hari masuk ke kelas dengan peruntukan 12 waktu terasa sangat menyiksakan. Saya masih ingat kata seorang guru pakar Matematik pada ketika itu Cikgu Tan... dia banyak memberi nasihat pada saya... begitu... begini... Sekuat mana pun saya menyorokkan perasaan sedih saya, tetap nampak di muka katanya...
Dinner di EQ... meriah. Tengok badan membesar dengan jayanya!
Kini... setahun demi setahun... saya belajar dari pengalaman. Sedikit demi sedikit saya dapat sesuaikan diri dengan persekitaran, budaya dan pelajar di sini. Alhamdulillah...tiada lagi air mata. Harapnya selepas ini dapat berkhidmat di negeri sendiri pula... Doa-doakanlah!
Tahun 2013, tahun kedua calon perempuan MPV. Antara pelajar yang terbaik pernah dimiliki!
Dan esok, 2.1.2014, bermulanya sesi persekolahan pada tahun ke 11 saya di sini. Semoga segalanya dipermudahkan....
Buat semua kawan blogger, selamat tahun baru 2014, semoga tahun ini mejadi lebih baik dari tahun sebelumnya... semoga dirahmati Allah selalu dan semoga gembira sentiasa...
Buat semua kawan blogger, selamat tahun baru 2014, semoga tahun ini mejadi lebih baik dari tahun sebelumnya... semoga dirahmati Allah selalu dan semoga gembira sentiasa...
wah lama dah akk mengjar.. mengjar kelas MPV lg.. nty boleh share lg penglman.. sgt seronok cerita tntg sek nie kdng2..
ReplyDeleteselamat thn baru cheq sue...semoga thn baru ni mmberikan kita kejayaan dlm hidup dunia n akhirat...Aamiin
ReplyDeletehapi birthday to mok ja..sukanya tgk gambar2 lama..kurus plak 2..huhu sekarang ni badan pun dah naik..banyak plak gambar cheq da..tq sue..nampaknya rezeki kita masih di semekar..
ReplyDeletepenuh warna-warni ... MPV tu apa? semoga 2014 ni lagi meriah :-)
ReplyDeleteselamat tahun baru 2014..
ReplyDeleteamiinn.. tun doakan cheq sue dpt berkhidmat di kampung halaman lps ni..
ReplyDeleteSalam 2014 cheq sue :)
ReplyDeleteTak sangka sempat kenal dgn cikgu Azlin.... kami mengajar sekali masa di KTB seblum Lin sambung ambil KPLI :)
Lin orang Pasir Mas, saya orang Pasir Tumboh :)