Sunday, January 5, 2014

C@AC 12 : Blueberry Cheese Cake




Ahmad Fareez mengambil cuti 2 hari seperti yang dijanjikan dengan mama. Selain majlis merisik yang ingin dihadiri di Bentong, dia juga ingin berjumpa dengan Kartina. Sebagai ole-ole, dia menempah 2 biji blueberry cheesecake dengan Aloyah. Ahmad Faqihi sepertinya memang hantu cheesecake. Mama tersenyum menyambutnya tiba. Abah tiada di rumah, tentu saja sibuk di kolam patin dan talapianya. Setelah bersara dari perkhidmatan kerajaan dua tahun lepas, abah tidak betah duduk-duduk saja. Mama pula mengajar budak-budak mengaji. Adiknya berkerja di Melaka dan dia sendiri ditugaskan di Cameron Highlands yang berjarak 5 jam perjalanan.  Semasa melahirkan Ahmad Faqihi, mama mengalami tumpah darah yang teruk sehingga rahimnya terpaksa dibuang. Jadi mama dah tak ada peluang untuk melahirkan anak lagi. Sebab itulah Ahmad Fareez agak kekok untuk bergaul dengan kanak-kanak.
‘Adik ke mana ma?’
‘Katanya tadi nak ke rumah mak long. Nak ambil pahar. Along nak makan?’
‘Tak nak lagi ma, along nak makan kek ni.’
Sedap sungguh rasanya kek Aloyah ni, berbeza dengan kek yang biasa dimakannya sebelum ini.
‘Amboi, mat salleh sungguh anak mama ni. Orang makan nasi dia makan cheesecake.’
‘Malam nanti mama masakkan along carbonara ya.’
Perghhh, carbonara yang dimintanya. Puan Makalsom teringat semasa dia mengandungkan Ahmad Fareez dulu. Memang menu western la yang menjadi pilihannya. Menu Melayu ni memang tak boleh langsung masuk ke tekaknya, memang dia akan muntah. Agaknya sebab itulah menurun kepada Ahmad Fareez pula.
‘Dah lama sampai long?’
Abah tiba-tiba muncul dari dapur. Ahmad Fareez menyalami dan menarik kerusi kepada Encik Fauzi.
‘Baru je bah. Macam mana ikan bah, dah boleh angkat ke?’
Ahmad Fareez sekadar bertanya. Seumur hidup dia tidak pernah dekat dengan kolam ikan abahnya apatah lagi ingin memegang atau menguruskan ikan tersebut. Geli katanya. Dia memang tak makan ikan sungai atau ikan darat. Silap haribulan seminggu dia tak dapat makan.
‘Tengok la lepas majlis adik ni. Dah ada orang yang nak beli. Lama along cuti?’
‘Dua hari je bah. Tak boleh cuti lama sekarang ni, ada banyak kerja kat pejabat. Nanti majlis kahwin ni Fareez cuti lama sikit.’
Encik Fauzi merenung anak sulungnya. Sejak kecil hingga sekarang Ahmad Fareez sentiasa menyenangkan hatinya walaupun riak muka agak serius tetapi hatinya baik. Cuma sejak kebelakangan ini dia selalu mendengar bebelan isterinya yang tidak bersetuju dengan pilihan hati Ahmad Fareez. Dia sebagai ayah tidak menetapkan syarat apa-apa. Cukup anaknya bahagia tetapi hati isteri perlu juga dijaga.
‘Air bang...’
Mama datang sambil menatang dulang. Hot chocolate untuknya dan kopi Radix untuk abah.
‘Barang-barang yang nak dibawa dah siap ke ma?’
‘Daaah. Semua dah siap, mama buat dengan mak usu. Tinggal nak beli cincin aje.. Tengoklah petang nanti kita pergi sama-sama dengan adik.’
Adik...adik... rasanya semalam saja di hantarkan adik berkerja ke Melaka. Sekarang dah nak kahwin. Perbezaan umur selama 4 tahun tidak merenggangkan perhubungan mereka. Walaupun jauh, mereka selalu berhubung.
‘Mama tengok Jameela tu macam mana?’
Ahmad Fareez saja bertanya. Dia mahu mengetahui apa pandangan mama terhadap bakal adik iparnya.
‘Adik suka, mama suka aje.’
Adik suka? Mama suka? Apa maksudnya? Kenapa pula mama tak boleh suka apa yang dia suka?
Mama datang menunjukkan beberapa keping gambar. Mmmm, boleh tahan. Bertudung, tubuh tinggi lampai. Manis senyumnya. Patutlah Ahmad Faqihi tak sabar menanti.
Petang itu mereka 3 beranak ke Kedai Emas Anggun di bandar Kuantan. Ahmad Fareez sekadar menjadi pemandu. Urusan pilih memilih diserahkan kepada mama dan Ahmad Faqihi. Dia punya pandangan berbeza tentang barang kemas, jadi dia bimbang pilihannya tidak kena.
‘Ma, yang ni camana? Ok tak?’
‘Cari la yang ada permata dik, yang ni plain sangat la.’
‘Kan baru nak bertunang ma, boleh ke beli cincin ada permata?’
‘Eh... boleh je. Cuba tengok yang sana tu.’
Sebentuk cincin bertatah permata nilam ditunjukkan. Citarasa mama memang ada kelas tapi Ahmad Faqihi tidak mahu. Jameela sudah memaklumkan kepadanya dia ingin yang simple saja. Cukup cincin belah rotan tanpa permata.
Ahmad Fareez agak terkejut dengan pilihan Ahmad Faqihi. Baginya cincin itu terlalu biasa. Kalau dia inginkan cincin emas putih untuk pasangannya. Tunggulah detik itu tiba J. Balik dari kedai emas, Ahmad Fareez menghantar mama dan Ahmad Faqihi ke rumah. Kemudian dia patah balik semula ke bandar menghala ke Hotel Astana. Dua kali panggilan telefonnya tidak berangkat. Sakit sungguh hatinya. Bukan kali ni saja, dan banyak kali dia bermain tarik tali dengan Kartina. Kali ini dia mahu membuat kejutan kepada gadis itu.
‘Yus, Tina kerja tak hari ni?’
Yusri, rakan sekolahnya dulu berkerja di kaunter hari ini.
‘Eh, dia off la harini. Dah dua hari dah dia cuti. Kau tak call dulu ke?’
‘Aku ada call tapi tak dapat. Takpelah, aku cari dia kat rumah.’
Yusri menggelengkan kepala. Rakannya ni memang tak mudah jatuh cinta tapi akhirnya terperangkap dengan kasih Kartina. Dia yang saban hari melihat perilaku Kartina memang menyakitkan. Dia ingin memberitahu Ahmad Fareez tetapi biarlah lelaki itu mengetahuinya sendiri.
Ahmad Fareez sampai di perumahan Taman Melati 15 minit kemudian. Rumah sewa Kartina kelihatan sepi tetapi kereta Vivanya ada. Dia memberi salam. Tiga kali juga baru salamnya disambut. Wati menunjukkan muka di balik pintu.
‘Hah Fareez. Ada apa?’
‘Tina ada tak? Kau tolong panggil dia sekejap.’
Wati menuju ke bilik Kartina. Gadis itu sedang bermekap. Nak keluar lagi la tu.
‘Fareez datang, ada kat luar.’
Fareez datang? Alamak...
Wati hanya bercakap sepatah dua. Sejak sebulan lalu, hubungannya dengan Kartina agak kurang baik. Ini disebabkan  dia menegur kelakuan Kartina yang selalu keluar malam. Bukan dengan Fareez, dia dah ada lelaki lain sekarang. Wati bercadang mahu berpindah dari rumah itu. Dia tidak sanggup lagi bersubahat dengan Kartina.

ร˜  You jangan datang dulu. Bapak I ada kat sini. Nanti i call you balik.

Sms dihantar kepada Amran, teman barunya. Amran berkerja di syarikat pengangkutan berhadapan Hotel Astana. Sejak berjauhan dengan Ahmad Fareez, dia sering kesunyian. Sebab itulah dia mencari spare part baru.
‘Fareez...’
Kartina sebolehnya melembutkan suara dengan penuh manja. Dia mempelawa Ahmad Fareez masuk ke dalam tetapi lelaki itu menolak. Dia menunggu bersebelah MPVnya.
‘Kenapa you tak angkat call I?’
‘Phone I ada problem la sayang. Bila you balik sini?’
‘I balik pagi tadi. Jom kita keluar, I rindu la kat you.’
‘Ok. Kejap I ambil handbag.’
Ahmad Fareez menunggu di dalam kereta. Fuhhhh, dengan legging merah dan t-shirt putih, daring sungguh Kartina ni. Kalau la mama lihat, boleh pengsan dibuatnya.
‘You ni seksi sangat la Tina. Tak ada baju lain ke?’
‘Ini fesyen la sayang. Apa kolot sangat you ni?’
‘Fesyen apa macam ni. Macam barut nangka je I tengok.’
‘Ada pulak you kata I barut nangka. Sampai hati you Fareez.’
‘You nak keluar tak ni? Kalau tak I nak masuk.’
Kartina berpura-pura merajuk.
‘Jom-jom. I gurau sikit pun tak boleh you ni.’


 
Aloyah memandang sepi ke skrin komputer. Update blog dengan tajuk BLUEBERRY CHEESECAKE UNTUK BOSS telah dimasukkan malam tadi. Hendak pula dia menempah kek dengan Aloyah yang tak berapa pandai tu. Nasib baik juga Aloyah pernah membuatnya sebelum ini dengan berpandukan resepi dari As (Asmara Life) yang berada di Jepun. Kemain jauh lagi sumber resepi tu datang.
Apa agaknya yang sedang Encik Paris buat sekarang? Dia bercuti kerana mahu merisik bakal adik ipar. Tiada yang meminta report ‘akan datang’ atau meminta kopi pekat tanpa gula. Kucing tiada, anak tikus bebas bergerak ke mana sahaja. Bukan main lagi geng Cik Kiah kat pejabat tu. Masa KJ ada bukan main tekun kerja. Bila KJ tak ada, Abang Isa tu sampai tertidur di dalam stor. Tetapi tidak dia, yang tiba-tiba dia teringatkan muka masam Encik Parisnya...

2 comments:

  1. wah blueberry cheesecake sedapppp dari jauh udah nampak dan tau kesedapan nya cheqsu

    ReplyDelete
  2. mebaca novel online sudahhh..hehe.. tgok donut dibawah.. eh mimpi jumpa ek. insyaAllah one day. haha

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]