Sunday, January 19, 2014

C@AC 15 : Makaroni Bakar



Aloyah sudah siap mengemas pakaiannya. Pagi esok dia, Fiza dan jiran sebelah akan menghadiri majlis perkahwinan Badariah di Manir, Terengganu. Mustaza bagaimana pun tak dapat ikut serta kerana ada majlis keluarga di Ipoh. Bada awal-awal lagi sudah berpesan, tak boleh tak datang. Boleh juga Aloyah menjejakkan kaki ke Terengganu, belum pernah sampai lagi dia ke sana. Fiza di dalam bilik sedang bersembang. Online dengan Mail la tu kalau dengar butir percakapan. 


Aloyah kemudiannya ke dapur. Dia mahu membuat makaroni bakar. Dah lama dia rasa nak makan ala-ala western gittew. Resepi tak menyempat dia nak tengok dalam internet. Sejak tertangkap dengan Encik Paris beberapa hari lepas, dia malu betul. Itu baru lepas pada KJ, kalau lepas ke jabatan lain atau lepas ke pejabat Dato’ Pengarah macam mana? Haishhh, seram dia memikirkan kejadian itu. Tambah-tambah bila mengingat kembali wajah sinis Encik Paris.
Makaroni di rebus dalam air mendidih yang dicampurkan sedikit garam serta minyak. Aloyah turut mencampurkan makaroni dengan kentang yang di dadu.  Sambil-sambil menunggu makaroni dan kentang empuk, dia menumis  bawang  besar, serbuk cili dan lada hitam hingga layu. Isi ayam, sos segera Kimball, susu segar dan keju slice cheddar dimasukkan. Garam dan gula dia tak lupa sebagai perasa. Makaroni yang telah lembut ditos dan dibilas sekali lalu dengan air. Kaserol dilenser dengan sedikit marjerin. Makaroni dimasukkan dan parutkan mozarella ke atasnya. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit @ sehingga kekuningan.  Tak la susah kan? Aloyah agak-agak aje ni harap-harap menjadi.
Dia kemudiannya menghadap tv. Channelnya tentulah 703 atau AFC yang banyak menunjukkan rancangan memasak. Selain mendapat pengetahuan, banyak juga tip-tip berkaitan memasak diberikan.

‘Loyah, cuba kau tengok ni.’
Syafiza menunjukkan Aloyah sesuatu di laptopnya.
‘Tadi kat sekolah Kak Jun tunjukkan aku, cuba kau tengok gambar kat dalam album, ada mixer yang kau berkenan tu.’
Laptop bertukar tangan. Aloyah mengklik beberapa album sehingga berjumpa dengan gajet idaman.  KENWOOD KitchenMachine Prospero Compact 4.3L. Perghhh, sampai empat angka. Boleh tahan juga harganya. Aloyah berkira-kira. Gaji belum lagi, belen bulan lepas masih ada tapi banyak pulak perkara yang membutuhkan kewangannya. Nak menunggu gaji bulan depan, masak jugak dia kalau beli benda ni.
‘Kak Jun ada beli apa-apa tak?’
‘Dia beli blender tangan. Kau berkenan ke?’
‘Berkenan memang la aku berkenan tapi takut jugak tak sempat nak tunggu gaji bulan depan.’
‘Apa susahnya. Kita nak ke Terengganu esok, hala balik boleh singgah ambil duit di Tabung Haji Gua Musang.’
Ewahhh... pandai pulak dia memberi cadangan. Ingatkan nak bagi pinjam duit dia tadi. L
‘Kau tolong keluarkan bekas dalam oven tu, dah masak dah agaknya.’
Aloyah tak lupa dengan kaserol makaroni bakar. Semerbak baunya menusuk ke hidung.
Nak beli ke idak ni? Aloyah menimbang cadangan yang diberikan Fiza. Memang ada duit dalam TH tapi sayang pulak dia nak keluarkan untuk belanja. Ish, camana ni? Dia masuk ke bilik. Bekas wang tempahan dibuka. Ada jugak dalam lima ratus. Bolehlah, guna duit ni dulu nanti. Kemudian baru topap balik. Aloyah sudah berniat pun sebenarnya untuk membeli sesuatu dengan duit tempahan tu, biar nampak sikit hasilnya.
‘Kau tolong bagitahu Kak Jun aku nak tumpang order ya.’
Fuhhh...pejam sebelah mata masa buat keputusan tu. Takpelah, sekali ni aje.
‘Jadi ke weh, tak mahal?’
‘On aje lah. Aku ada tengok dalam internet harganya dekat seribu lima. Kira murah sikit la yang ni.’
‘Tak menyesal ke?’
‘Aku memang dah lama hendak, apa nak dikesalkan.’
Fiza mencedok makaroni bakar yang masih berasap. Sepiring untuknya, sepiring untuk Aloyah. Tak boleh makan banyak-banyak, tinggal untuk sarapan esok pulak. J
‘Esok dengan kereta siapa?’
‘Kereta Mail la. Dia kata Fareez tak tahu jalan. Lagipun dia penat nak drive.’
Encik Paris pun ikut sama?

Jam 7.30 pagi. Angin sejuk betul. Kabus kelihatan masih memutih di langit. Bila mengembus nafas, nampak macam ada asap keluar. Macam duduk tempat ada salji gitu. Aloyah dan Fiza menunggu di luar rumah setelah memastikan segala pintu dikunci. Mereka terus memakai baju kurung, terus melawa.
‘Mari, mari.’
Panggil Mail. Dia membuka but kereta dan mengisi barang-barang.
Bersih jugak kereta Mail ni, tak la semacam kereta lelaki lain. Sempat jugak Aloyah memerhati.
Mereka berempat memulakan perjalanan. Dari Taman Lavender mereka akan melalui Jalan Lojing untuk ke Gua Musang seterusnya mengambil jalan Aring untuk ke Kuala Berang. Lepas pada tu Aloyah dan tak tahu. Setakat itu saja Fiza memberitahunya. Dia serahkan segalanya kepada Mail.
Sampai di Gua Musang, Mail singgah minum dan pekena roti canai. Encik Paris pula hanya minum manakala Aloyah dan Fiza menjadi peneman. Dah pekena belen makaroni bakar malam tadi, dah kenyang la mereka.
‘Loyah, Kak Jun kata dia dah order, nanti kena masukkan duit.’
‘Balik nanti la aku transfer. Cakap terima kasih tau kat dia.’
‘Demo ado ko peto nok gi moh Bada ni?’
Mail bersuara sambil memandang Encik Paris.
‘Ada.’

ร˜  Beku betul bos kau, smpi tmpt pns ni pn x cair lg
o   Nk buat cmn. Dh pesen dia
ร˜  Dlm beku2 pun ttp hensem & owsem
o   Hish..

J dalam dok berdepan tu boleh lagi mengutuk. Aloyah dan Fiza tersenyum macam kerang busuk. Dia selalu tertanya-tanya bila nak melihat Encik Paris tersenyum...mesti cute.
‘Kau selalu ke ikut jalan ni Mail?’
Aloyah memecahkan kesepian.
‘Ado la sekali duo. Kade-kade demo sekoloh ajok gi ngail di Tasik Kenye lalu kukni lah.’
Tasik Kenyir? Dia selalu tengok dalam tv je.
‘Nanti kau boleh la bawa kami ke sana pulak.’
Kami? Bukan kami tu sebenarnya, kita. Rasa macam nak cakap je camtu pada Syafiza.
Setelah hampir 3 jam, mereka akhirnya sampai di rumah Badariah.
‘Selamat pengantin baru Bada, semoga berkekalan selamanya.’
‘Tahniah.’

Bada dan suaminya Tuan Al-Badri kelihatan berseri-seri dengan persalinan putih dan merah. Mereka mengambil kesempatan untuk bergambar kenang kenangan. Kemudian mereka menjamu selera. Lapar wehhh, tambah dengan aroma gulai pengantin bagai memanggil-manggil.
Setelah berjumpa mata dengan keluarga Bada, Aloyah and the gang meminta diri untuk pulang. Perjalanan masih jauh. Mail menawarkan untuk berehat di rumahnya pula.
Perjalanan ke Pasir Puteh melalui jalan pantai. Aloyah dan Syafiza cukup suka. Dua tiga kali juga mereka berhenti mengambil gambar dan makan keropok lekor. Dekat Cameron mana nak dapat keropok lekor fresh. Panas-panas lagi keluar dari periuk. Kesian sungguh Encik Paris, di majlis Bada tadi dia hanya makan nasi dan acar mentah sahaja. Nak buat camana, tekak pasta! Mail juga yang makan tak hengat, dibantainya sampai menambah.
Sampai di bandar Pasir Puteh, Aloyah sengaja meminta Mail singgah di KFC. Dia tahu Encik Paris kelaparan, mungkin ada sesuatu yang boleh dibelinya. Aloyah pula membeli chicken bucket sebagai buah tangan kepada adik-adik Mail. Dua insan bercinta tu pula sedang berbual di luar kereta.
‘Thanks.’
Ucapan ringkas Encik Paris tetapi sangat bermakna. Aloyah membalasnya dengan senyuman. Seketika dia melihat, Encik Paris membalas senyumannya. Ouchh...betul ke ni? Encik Paris senyum? Senyum? Omo! Akhirnya Aloyah dapat melihat betapa berbezanya wajah Encik Paris yang tersenyum di depannya. Hensem! OMG!

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]