Monday, September 14, 2015

Ceritera Pertama Kali Guna NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agak lama jugak cik periuk NOXXA saya dok bertapa di dalam kotak sebelum dapat dirasmikan. Bukan tak nak guna, memang jeles sangat dengan kawan2 yang dah guna, tapi nak buat macam mana, dengan 1 mulut yang nak di isi saya tak tahu nak masak apa, kang masak bebanyak hari2 kena makan benda sama aje. Hi hi hi...

Jadi masa saya balik kampung sempena cuti Merdeka, maka saya angkutlah periuk ni sekali. Memang dah target nak balik cuba di rumah sebab ahli jemaahnya lebih ramai.


Maka berpandukan tips yang telah diberikan oleh seorang kawan pengguna tegar NOXXA, maka saya pun buat jugaklah, setelah dibasuh innernya dengan air suam. 




Dah ikut segala step yang dinyatakan tetapi apabila saya on, masanya tidak berubah, atau berkurang tetapi periuknya suam-suam. Faham2 sajalah kali pertama, macam2 dok bermain dalam kepala, risau pun ada, check sana, check sini semua dah betul. Last2 minta bantuan talian hayat. Telefon member di Perak, gitu gini dia cerita, alih2 bila saya check balik rupa2nya tutup tak betul. Ha ha ha...

Masuk kali kedua setting semula sekali lagi, tutup dah rapat, tapi kali ni tak jadi jugak. Saya dah cuak, beli mahal2 kan takleh guna. Tarik nafas dalam2 dan check. Rupa2nya tombol atas tidak berada pada titik PRESSURE jadi periuk tak berfungsi walaupun sudah di ON. Rasa macam nak hantuk kepala sendiri di dinding....

Kali yang ketiga tu saya biar periuk suam sikit dan setting semula. Dan Alhamdulillah kali ni menjadi. Kursemangat bila release steam. Aduhai periuk mahal....


Inilah yang keluar selepas penggunaan kali kedua. Boleh bayangkan tak macam mana kekotoran yang ada pada periuk berkenaan? Untuk saya dah buat sebelum guna...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]