Tuesday, September 15, 2015

Mee Rebus Muar - Perencah ADAMI

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk makan seorang, kadang2 memang sangat malas nak masak. Sebab itulah saya suka nak beli perencah segera yang banyak terdapat di pasaran. Begitu juga dengan Perencah ADAMI ni, saya beli semasa bermesyuarat di Melaka, sepeket RM5, dapat buat 4 kali. Yang saya beli ni adalah perencah mee rebus Muar.


Saya tak pasti pulak setakat mana glemernya jenama ini di Johor. Tapi pada saya ianya secukup rasa. Yang sebenarnya saya pun tak tahu nak describe macam mana rasa mee rebus sebab jarang2 makan. mungkin berbeza bagi setiap negeri. Kalau nak bandingkan mee rebus ni dengan mee rebus Kelantan memang jauh la bezanya.




Untungnya bila guna perencah segera ni kita hanya perlu mencampurkan dengan lauk2 sahaja. Korek2 dalam peti sejuk ada pulak bahagian tulang2 ayam yang dah saya asingkan, jadi saya masukkan sekali. Malas pulak nak keluarkan yang isi. Kata orang bahagian2 tulang ni rasanya lebih manis. Nampak tak tu... kaki ayam tebongkang dalam pinggan.


Alhamdulillah, dah habis di makan pun. Alasan malas nak masak tu dah takleh pakai ya... Yang penting kehendak mengatasi segalanya..


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. jimat tu, sepeket masak 4 kali.. tun pon bila duk sorg2 mmg malas betul nk ke dapur.. masak bekal harith je, diri sendiri just mkn apa yg ada.

    ReplyDelete
  2. dana biasa pakai jenama nih kak... tp kalu akak dpt jumpa yg perencah jenama apa ek lupe lak... itu pun sedap gk, asal balik johor mmg wajib cari stok tuh... mee rebus ngn mee bandung

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]