Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Secara jujurnya saya mengaku di sini yang saya tak pernah makan famous amous cookies yang harganya RM10 bagi 100g... ataupun yang dijual di kiosk2 di pasaraya terkemuka... yang dihebahkan sangat sedap rasanya. Yang saya tahu famous amos yang saya buat sendiri menggunakan resepi yang diskodeng dari tenet. Jadi memang tak dapat la nak membandingkan rasanya, apatah lagi untuk mengatakan yang ini atau yang itu lebih sedap. Bagi saya harga yang saya nyatakan di atas sangat mahal jika dibandingkan sekiranya kita beli bahan dan membuatnya sendiri. Ini bukan mengeluh ke apa, cuma sekadar realiti kerana hasil yang saya buat ini pun memang sedap dan tak puas makan, dengan hanya menggunakan bajet tak lebih RM20... itu pun boleh buat dua kali. Jadi moh la buat sendiri.... he he he...
Nah saya kongsikan di sini... Biskut famous amos yang saya buat menggunakan resepi dari blog Sis Azie, yang mana resepi asalnya dari Syari (MyR). Dengan resepi asal tu pun saya dah pernah cuba sebenarnya. Cuma kali ni guna resepi ubahan Sis Azie sebab sukatannya yang tak banyak. Padahal sedikit menyesal buat satu adunan sebab biskut ni memang sedap dan abis tak sampai 5 hari. Teruk kan... hari2 makan famous amos kau... Dari raya sebenarnya nak makan biskut yang ada CC tapi yang saya buat masa raya tu hanya gunakan coklat urai jadi tak berapa tak puas hati sebab tak menepati piawaian biskut sebenarnya.
Yang saya buat ni ada la sesikit saya ubah atau kata lain saya kurangkan kuantiti bahan2nya. Memang menjadi kebiasaan saya buat FA ni lebih suka sekiranya tidak menggunakan serbuk koko. Bagi saya takpa serbuk koko rasanya pun dah sedap. Pastu CC pulak saya letak kurang sikit sebab nak ngelak sakit gigi. Saiznya pulak saya buat agak besar, boleh pulak dibulat2kan atas tapak tangan dan dipenyekkan dalam dulang pembakar. Kalau ikutkan Sis Azie, atau tengok di blog beliau adunannya agak lembik, boleh disudukan sahaja, tapi almaklumlah saya ni duduknya di negara 4 musim, gamakya dingin2 cuasa membuatkan mentega tu agak keras. Apapun yang penting ianya menjadi...
Sape2 yang agak tergoda melihat gambar ni boleh la cuba buat sendiri ya... Senang amat kekdahnya. Untung pun untung... Saya memang dah plan nak buat lagi ni.....
BISKUT
FAMOUS AMOS
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A
1/4 cawan
gula kaster
1/2 cawan
gula perang
1/2 cawan
mentega (~+75 gm)
1/2 cawan
minyak jagung
1 biji telur
gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu
segar @ susu tepung
1/2 sk
vanilla extract
Bahan B
2 cawan
tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk
koko (di ayak) saya tak masukkan
1 sb tepung
jagung (di ayak)
1/2 sk cream
of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon) saya tak masukkan
1/2 sk soda
bikarbonat
1/2 cawan
walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari) saya masukkan almond flakes dengan gajus
1 cawan semi
sweet chocolate chips
Cara cara:
Satukan
kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan
menggunakan whisk.
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko,
tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung
sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula.
Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat
bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak
perlu dilenser mentega pun.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit.
Angkat dan sejukkan di atas jaring.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
heheheh famous amos tuh takdelah sedap sgt2 kak... tp sbb kalu lalu tuh bau dia tgh di bakar tuh sgt2 memangil2 huhuhu...
ReplyDeletesekut akak nih pun compom sedap jgk kan