Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Semasa nak ke Pantai Timang, kami nampak ada beberapa papan tanda yang tertulis LOBSTER. JAdi, alang-alang dah lalu tu kami sepakat menempah lobster di salah sebuah rumah akan makan tengah hari semasa balik nanti. Saya ni memang bersetuju sangat sebab dah lama saya nak makan. Kalau kata saya jumpa dekat Malaysia, RM 100 seekor pun saya sanggup lagi nak bayar.
Di dalam rumah yang kami book lobster tu, ada kolah yang menempatkan lobster hidup dengan pelbagai saiz yang ditangkap dari laut. Bila nak makan pelanggan akan memilih saiz lobster mana yang dikehendaki dan tuan rumah tu akan masak. Saya tak ingat pulak yang kami pilih ni saiz apa, rasa-rasa macam saiz besar.
Yang ni bukanlah yang kami pilih, tapi tuan rumah saja angkat untuk ditunjukkan kepada kami. Maklumlah yang dipilih tu dah dalam proses masak. Kurang kurang bila dia tunjuk ni dapat jugak saya tengok rupa parasnya yang jelita tu...
Bersungguh Izza nengokkan lobster tu. Abang yang berbaju kuning tu tuan rumah, tak ingatlah pulak apa ke namanya. Rumah diorang ni ala kadar aje, tak la mewah sangat tapi senang dan tenang je duduk kat situ, sejuk dan nyaman.
Nah, inilah rupa hidangan untuk kami. Tak tahulah dimasak gaya apa lobster tu tapi tak banyak beza pun dengan gaya masakan kita. Cuma bagi saya nak kuah lebih sikit. Siapa yang suka pedas sambal tu memang win tapi yang paling menggoda adalah tempe goreng. Nampak macam togel aje tapi rasa dia super duper sedap sampai nak berebut rasanya.
Zoom sikit. Puashati dapat makan lobster!!
Siapa boleh tahan? Walaupun a bit pricey tapi kita just nikmati kehidupan. Nak makan seda takleh berkira sangat kan... He he he...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]