Tuesday, July 3, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Timang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Serius, bagi saya Pantai Timang ni adalah pantai tercantik saya pernah tengok. Cantik dia tu tak boleh digambar dengan kata-kata. Bentuk muka bumi, pokok-pokok, batu-batu, karang, air yang membiru, ombak yang membadai, memang sangat cantik. Sampai sekarang ni saya masih terbayang-bayang akan pantai, deru umbak dan asyik bayunya.

Dari tempat parking, kami naik ojek untuk ke pantai. Seram weh, seram sangat sebab jalannya macam menurun gitu. Jenuh juga saya nak pegang dekat besi belakang seat agar tak terlalu ke depan. Bila sampai, tensen sekali lagi menengokkan ada je kereta yang masuk sampai ke sana. Haishhh...

Nak cerita banyak-banyak pun banyak yang dah lupa. Layankan gambar ajelah ya... Mungkin sedikit berbeza dengan Pantai Timang sekarang sebab saya tengok gambar gambar baru ni macam ada yang diorang dah buat baru.


Cantik. Kreatif depa ni. Yang penting nak naik bergambar kat situ kena bayar okeh.





Gondola, buat yang berani. Saya berani tengok aje. Nak buat-buat berani dok terbayang-bayang wajah mak ayah yang ditinggalkan. Maybe kalau macam yang dibuat sekarang dengan faktor faktor keselematan yang lebih baik boleh dipertimbangkan.


Tangga pun ikat dengan tali aje weh.. 




Air laut yang cantik. Biru kehijauan. Memang sangat cantik. Ombak Lautan Hindi pun ganas tak kasi can.


Selipar pun nak interprem sekali. Yang saya bawa ke mana-mana. Apa de kisah pakai selipar jepun di luar negara...


Stesen ojek.


Subhanallah. Memang cantik sangat.


Ingat tu...jangan nyampah okeh


Seketul saya..





Superb view






Perjalanan ke Pantai Timang ni walaupun penuh cabaran, tetap memberikan kepuasan 500% kepada saya. Memang tak menyesal.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]