Wednesday, July 25, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Merapi Tour

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aktiviti hari ke 3 (saya rasa) bermula dengan tour ke Gunung Merapi. Rasanya kita dah sedia maklum yang negara Indonesia berada dalam jajaran gunung berapi, dan sehingga sekarang ada beberapa gunung yang masih aktif.  Saya ni tak berapa pandai nak cerita, tambah-tambah ada maklumat yang diberitahu tu dah pun lupa ditelan masa. Ha ha ha... Tengokkan gambar ajelah. Apa yang saya ingat, kami dibawa ke tempat tempat tertentu menaiki jip, antaranya ke rumah mangsa letupan gunung berapi tersebut, dan juga ke puncak gunung yang membolehkan kami melihat gunung yang lain. Tapi sayangnya pada ketika itu kabus tebal jadi terhalang segala pandangan.


Wajah kanak-kanak riang. Saya perasan masa di atas jip ni lagi elok berdiri, sebab dapat kawal hentakan pada pinggang (sebab saya ada backpain). Berbanding duduk yang menyebabkan kita rasa macam kena lambung. Lagi pulak boleh feeling feeling lebih gitu.





Barang-barang yang dipamerkan di kawasan kampung / rumah penduduk adalah di kedudukan asal dan tidak dialihkan atau dibaik pulih. Jadi di sini boleh nampak kesan lahar dan juga abu gunung berapi yang melanda pada ketika itu. Bila tengok gambar ni teringat mesin jahit di rumah.


Lagi barangan yang ada di samping gambar-gambar yang dicetak semasa kejadian. Ngeri bila memikirkan macam manalah keadaan semasa ianya berlaku.


Gambar-gambar letusan. Teringat semasa saya melihat Gunung Berapi Sinabung yang baru-baru mengeluarkan asap dan ada sedikit lahar yang keluar dari mulutnya.


Al Quran dan terjemahan semasa kejadian yang tidak hangus dimakan api. Subhanallah.


Ini apa ke namanya entah. Batu Raung ke apa. Kalau perhatikan macam bentuk wajah manusia yang di dalam kesedihan.


Tengah dalam pembinaan. Rasanya nak buat jalan raya, or maybe sekarang dah jadi tempat wisata. Tanah tu merupakan lahar gunung yang telah beku dan kawasan tu adalah tempat aliran larva gunung berapi.


Pandangan di kejauhan. Sepatutnya boleh nampak gunung di sepan tu tapi berkabus. Cuaca pun sejuk je masa ni walau dah tengah hari.


Bunga edelweis dan apa entah namanya dijual sebagai cenderahati. Di bahagian puncak ni juga sebenarnya ada kedai makan dan juga kedai menjual cenderamata. Kalau agak-agak nak beli bolehlah. Kita tengok-tengok aje. Trip bajet la katakannnn...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]