Tuesday, September 4, 2018

Chocolate Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek ni sebenarnya saya bikin sebagai alternatif untuk RVC, disebabkan oleh adanya lebihan aising masa buat RVC di kampung. Sebenarnya plan nak buat mini RVC sebagai my proper birthday cake, tapi bila fikir fikir loyang yang suitable pun tak ada, saya godek godeklah buku resepi dan mencari kek yang bersesuaian untuk digandingkan dengan cheese frosting tu. Paling sesuai rasanya macam brownies la kan, tapi saja saya buat jenis coklat ni sebab nak test resepi baru (dah lama salin tapi tak buat buat lagi)


Nak dijadikan cerita, masa membuatnya tu takde masalah, memang penuh konfidenlah katanya. Saya menggunakan loyang rendah 10x10 untuk brownies ni. Biasa pun memang saya guna loyang itulah kalau nak buat brownies, lagi pula hanya itu saja loyang yang saya tinggalkan di CH ni. Sekali bila dah masak terkejut berok weh bila tengok brownies ni menggebu sampai penuh dalam loyang tu, memang takde can nak letak frosting.Brownies ni pulak teksturnya lebih cakey gitew berbanding yang biasa agak padat sedikit.Kiranya bila dah siap rasa macam makan sliced cake pulak.

Tapi saya sukalah, puas hati dengan kejadiannya tu.





Gigih tau ukur dengan pembaris untuk potong kek ni. Dapat dalam 36 ketul  aje 6x6. Di bahagian atas tu saya sapukan dengan blueberry jam dulu sebelum dipaipkan dengan CC frosting. Pastu saya lorekkan pula dengan blueberry filling, kasi tergoda sikit. Ehhh ke tergoda banyak?


Lihat keratan rentasnya, tapi jangan dok tengung jari jemari gebu saya tu. Memang sedap digandingkan dengan frosting manis manis masam. Saya makan banyak jugaklah, dan selebihnya saya bawa ke sekolah. Alhamdulillah kalau ada kesempatan dan keinginan saya akan mencubanya semula..

Resepi : Kak Rinchan FP
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan Brownies :

250g butter

1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonate*
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau sebati.
Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
* Bergantung pd oven masing2...saya tambah 10 minit lagi..

Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
Pukul cream cheese hingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong. 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. geram nengok cheese sektui atas tu kak, mcm terasa2 kt tekak nih

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]