Wednesday, September 5, 2018

Fluffy Pankek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kata omputeh pankek, kata kita tak berapa nak putih ni macam lempeng la ya. He he he. Pada saya setiap orang mempunyai versi pankek yang berbeza, dan tidak salah untuk mencuba sebarang resepi yang dijumpai. Kata pun suka masak, suka nak mencuba.


Resepi ni saya jumpa masa stalk IQ Surianti Ramli. Macam biasalah screen shot aje dan simpan dulu till masa yang sesuai nak cuba. Oleh kerana saya ni seorang yang membawa bekal ke sekolah, everyday, maka resepi ni pilihan yang tepat untuk memulakan hari. Pertama kali saya buat (gambar atas) saya buat plain aje tak bubuh garam dan gula, manakala yang kedua tu saya masukkan semuanya includes choc chip. Yang plain ni rupanya sedap jugak dimakan dengan sambal hitam.




Memasak ni tak rigid, resepi sebagai panduan saja dan ubahlah mengikut selera. Cuma saya perasan pankek yang saya buat ni tak berapa nak fluffy sangat, maybe sebab saya buat pagi dan terus bakar, patutnya kena rehatkan dulu sebentar. Pankek ni sangat sesuai sebagai sarapan atau snek, tambah tambah kalau nak cepat. Kadang kadang saya buat malam supaya tak kelam kabut keesokan harinya.


Yang ni saya buat agak besar, sebab satu adunan tu hanya 2 kali bakar. Kenapa? Kes malas nak tunggu lama-lama. Yang ni saya buat malam dan makan esoknya. Bila dah sejuk memanglah rasa agak lemau dan padat sikit, tapi tak mengapalah kita yang buat dia kan....

Fluffy Pancakes
Oleh : IG Surianti Ramli


Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum

3/4 cawan susu segar
1 biji telur gred A
1 sk garam
1 sk baking powder
1 sb gula
2 sb minyak jagung (atau mentega cair)



Cara penyediaan :

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk.

2. Gunakan whisker dan whisk rata hingga sebati. Biarkan 15 minit sebelum dimasak.
3. Sendukkan adunan ke dalam kuali non stick. Biar hingga bahagian atas naik seperti berbuih sedikit. Terbalikkan pancake dan biar hingga kuning keperangan. Boleh diangkat. Ulangi proses yang sama hingga habis adunan.
4. Sedap dimakan dengan aiskrim, jem, madu atau butter.



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. dh ala2 mcm apam balik lak yek... cuma takde inti jagung tu je

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]