Showing posts with label 2026. Show all posts
Showing posts with label 2026. Show all posts

Monday, July 27, 2026

Maxillaria Tenuifolia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya beli sebab suka namanya yang pelik dan kedengaran canggih! Iya...begitulah tarikan seorang pencinta orkid yang sentiasa ingin menambah tanaman dalam koleksinya. Sebab apa? Sebabnya orkid ni adalah jenis orkid tanah tinggi, yang menginginkan suasana sejuk dingin menggigil macam di CH tu...dia juga sejenis yang slow grow dengan pertumbuhan yang agak perlahan. Dikenali juga dengan orkid lalang kerana bentuk daunnya yang panjang tirus. Disebut juga dengan nama orkid kelapa kerana baunya seakan-akan kelapa. Saya tak ingat tahun bila saya beli orkid ni, tapi awal Julai lalu baru saya perasan yang dia dah berbunga.


Sekuntum bunga sahaja tak ada teman. Nampak menarik dengan warna terang dan bau yang tak berapa menusuk. Sumpah saya tak perasan, cuma saya ada menangkap 'bau' yang tiada dari kebiasaan, bila tertengok memang suka betul saya.

Sunday, July 19, 2026

Rumah Kenangan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Rumah kenangan. Ini sebenarnya rumah arwah atok nenek saya, letaknya cuma di tepi rumah arwah ibu bapa. Di rumah inilah tempat saya membesar, melalui zaman-zaman remaja saya dengan pelbagai suka duka yang terakam di dalamnya.

Di rumah inilah arwah atok saya pertama kali membeli radio, siang dia dengar Kelantan FM dan pada malamnya pula saya mendengar corat coret Ismahalil Hamzah. Di sinilah juga adik saya menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa ada sesiapa. Begitulah, seiring dengan peredaran masa, yang tinggal hanyalah kenangan. Sedih, namun kehidupan mesti diteruskan. Rumah ini akan mendapat pemiliknya yang baharu. Tapaknya akan menjadi baiti jannati adik saya dan keluarganya. 



Wednesday, July 15, 2026

Cymbidium Chen's Ruby

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Orkid ni dah agak lama jugak saya bela. Bila berbunga Tuhan aje yang tahu betapa gembiranya hati. Tambahan pula bila tengok warnanya yang terang dan saiznya agak besar. Kalau nak cerita pasal orkid ni dah banyak yang lupa padahal masa di UPM dulu siap belajar 1 kursus lagi. Cymbidium ni kalau tengok sekali pandang macam anak-beranak lalang. Ada yang boleh tanam di tanah, ada yang gantung di pokok dan ada jugak menempel di mana-mana dahan.


Warna kuning terang dengan percikan merah ditengahnya. Bunga jenis ni tak ada bau walau ada sesetengah yang berbau. Saiz bunga pulak agak besar bila dah kembang sepenuhnya. Memang cantik tau, tapi sayang kembangnya tak lama.

Monday, July 6, 2026

2018 - 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa yang berlaku? Ke mana saya menghilang?


2018
Antara titik terendah dalam hidup. Saya rasa keseorangan, tak ada sesiapa dan memilih untuk bersendirian acah-acah introvert. Malas nak jumpa atau cakap dengan orang sebab saya rasa kalau cakap pun orang tak faham. Tekanan kerja, keluarga dan perhubungan yang tak pasti betul betul membuatkan saya mengasingkan diri. Pada ketika tu, bukan berdua lebih baik, sendiri lebih baik.
Tahun ni jugak saya dah mula menduduki rumah sendiri. Jadi kebanyakan masa hujung minggu saya habis di jalanan. Berulang CH - PP bukan gurauan gaiss, sendirian pulak tu. Masa tu saya fikir dunia saya bukan lagi di CH, ketenangan dikecap bila berada di sisi orang yang tersayang.

2019
Saya meneruskan kehidupan seperti tahun sebelumnya. Cuma pada bulan Februari saya tiba-tiba kahwin dalam masa cuti sakit (MC). Hujung tahun 2018 saya menjalani pembedahan membuang lipoma, dan pada masa tu jugak saya memutuskan untuk berkahwin. Semua orang pelik. Kisahnya berlaku pada Oktober 2024. Pada masa tu saya dah redha jikalau Tuhan tidak memberikan saya pasangan. Saya dah ada segalanya, hidup saya dah stabil, saya menumpang kasih anak-anak buah dan ibu bapa Tetapi rupa-rupanya Allah memberikan seseorang yang tepat, pada masa yang tepat dan untuk tujuan yang tepat. Saya terdetik mungkin Tuhan memberikan seseorang yang saya perlu, bukan seseorang yang saya mahu untuk melengkapkan kehidupan saya. Dengan siapa saya kahwin? Dia hanya selang 2 3 rumah dari rumah saya, sekampung dan kami saling  mengenali keluarga kami. Siapa sangka jodoh saya hanya 2 minit dari rumah. Perkenalan lebih kurang 4 bulan, saya tawakkal sehinggalah hari disatukan. Allah permudahkan segala urusan, maka kahwinlah saya pada umur 39 dengan terus mendapat 2 anak perempuan. Alhamdulillah... Rezeki saya pulak masa tu seluruh dunia dilanda Covid 19, merasalah juga saya berPJJ dan dua tiga kali ke balai polis sebab nak memohon kelulusan merentas negeri. Perit sungguh jika mengenangkan masa tu.