Tuesday, May 15, 2012

Grilled Tiger Prawn With Basil Garlic Butter (II)


 
 
Resepi udang harimau, yang kedua. Kali ni memang dapat saiz besar punyaaaaaaaaaaaaaaa. Seekor tu memang penuh di tapak tangan. Dah lama dok berangan nak masak ala-ala steak gini, macam selalu tengok kat tb. He he he, perasaan!
 
Untuk resepi ni cheq sue cuba suka2 hati aje sebab x sempat nak cari resepi kat tenet. Rasa dia agak ok, tapi ada jugak kelemahan sikit-sikit. Contohnya boleh kasi pedas lagi supaya tak muak. Lagi kena kurangkan garam masa perap. Kalau resepi I tu cheq sue guna rosemarry, kali ni cheq sue guna basil pulak yang dibuat butter spread dengan garlic.
 
Udang ni pulak cheq sue santap bersama potato salad dan tomato, selain dari chicken gravy (instant). Dek kerana rasa plain aje, memang kena letak sos cili masa makan. Apapun next time kalau ada rezeki udang harimau saiz giant ni, bolehlah improve resepi ni. Cheq sue letak jugak sebagai kenang-kenangan, ^^
Selamat mencuba. Wassalam...
 


GRILLED TIGER PRAWN WITH BASIL GARLIC BUTTER
Resepi : Cheq Sue
Bahan A :
1 ekor udang harimau (saiz besar) + 5 ekor saiz sederhana
~ belah bahagian belakangnya hingga kepala, buang segala kotoran dan bersihkan
Bahan B :
Serbuk kunyit
Sedikit garam
Lada sulah
* jika suka pedas boleh tambah serbuk cili / cajun
Bahan C :
1 sb butter
1 biji bawang putih - cincang
5 helai daun basil - hiris halus
~ campur bersama
Cara-cara :
Perap bahan A dengan bahan B selama 15 minit
Panaskan kuali non stick dan grill udang di bahagian dalamnya
Setelah agak masak, terbalikkan di bahagian satu lagi
Kemudian, terbalikkan semula bahagian dalam dan sapu dengan campuran bahan C. Grill sekejap lagi sehingga agak garing
Bila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan potato salad dan chicken gravy
^^
Stylish Thankyou

Monday, May 14, 2012

Chocolate Bottom Banana Square



 
 
Kali kedua buat kek yang memang sedap, memang tip top la kat Bintulu nun.. Cheq sue pun memang dah menjadi kesukaan dengan CBBS ni. Kebetulan ada stok pisang, siap frozen lagi terus cheq sue buat dua adunan. Cuna yang kali ni adunan agak kering sebab cheq sue kurangkan mentega (cheq sue guna marjerin, tu yang kurangkan takut too oily).

Jika dibandingkan dengan hasil pertama dulu, cheq sue lebih suka yang tu sebab terasa pisangnya dan lebih moist. Yang ni bukan tak sedap, tapi agaknya pisang terkurang, tambah itu ini tu yang tak berapa nak kena piawaian. Tapi kena tak kena pun laju aje masuk mulut. He he he...

Oleh sebab choc chips xde, cheq sue tabur aje coklat urai dan pumpkin seed kat atasnya. Makan masa panas2 tu memang sedap la sangat. Sampai tak rasa pun. Kalau sapa yang tak buat lagi, disarankan untuk cuba ya...memang tak menyesal punya.

TQ pada penyumbang resepi... Wassalam...



 
CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES
Recipe : Tammy
Sumber : Tun Telani 

Bahan-bahan :
1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c 
1 bj telur
1 sk vanilla
3 bj pisang- mashed - mine is quite large, lg gemuk dr pisang montel 
1 1/2 c tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 cwn sebuk koko  - tun guna 1 sk choc emulco
1 cwn chocolate chips

Cara2:
 pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
tunggu sejuk, baru potong petak2. 
SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^

Stylish Thankyou

Sunday, May 13, 2012

Udang Bakar Berempah (I)


 
Udang ni adalah pemberian seorang rakan sekolah yang bercuti di Sabah cuti baru-baru ni.  Kering idea nak masak ape. Udang harimau tu beb, takkan nak masak merah, masak sambal aje kan. Koman2 kena masak spesel sikit. Bukan mudah nak dapat. Kalau di sini udang biasa dah 18 - 20 hengget sekilo, kalau udang rimau ni mau puluh2 ya...
Pikir punya pikir, cuba lah masak grill camni. Jenuh jugak nak letak ape. Tapi xpelah, kira hantam aje. Yang penting masak, dan boleh makan. Jadi yang terhasil seperti di bawah inilah. Resepinya tu cheq sue tuliskan bahan2nya aje, kuantiti tu di ejaslah ikut kesesuaian. Selain diratah, cheq sue makan jugak ni dengan nasi kuning, memang sedap la bagi pihak diri pembuat ni... Orang lain wallahu'alam. Kalau nak tahu sila la cuba ya.. Wassalam...



 
UDANG BAKAR BEREMPAH
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
10 ekor udang harimau 
- belah belakangnya, buang kotoran dan bersihkan
Bahan perap :
Serbuk cili, bawang putih, halia, rosemarry kering, serbuk kunyit, garam
- tumbuk lumat dan sebatikan
Cara-cara :
Gaulkan udang dengan bahan-bahan perap
Biarkan seketika (+- 30 minit)
Gril dalam nonstick pan, balik-balikkan sehingga garing di kedua belah
Bila dah masak bolehlah dihidangkan
Stylish Thankyou