Thursday, August 18, 2011

Kek Coklat Lapis Keju Untuk Nur Aishah Azman


Assalamualaikum & salam sejahtera


Kek di bulan Ramadhan? Mmmmm sebenarnya kek ni dibuat khas untuk Aisyah sempena harijadinya yang ke 9. Walapun jatuh dalam bulan puasa, namun kira halal ajelah makan kek malam2... dah berulang kali disebut bila nak sambut besdaynya...kebetulan jatuh dalam bulan puasa...uminya hanya tersenyum... mmmmm apa nak kata ya??


Cheq sue dengan mok ja sepakat untuk membuat seperais kek untuk Aisyah. Mmmmmmm senyum sampai ke telinga dak Esah tu.. Dengan carian di Google, cheq sue terjumpa kek ni di blog Sari Yusa Ibrahim. Bahan2nya senang, langkah2 membuatnya juga simple. Dan rasanya sudah tentulah sedappppppppppppppppppppppp. 

Kek ni pun dah selamat dikerjakan malam tadi, semasa berbuka puasa bersama2 teman kuarters. Alhamdulillah ramai jugak yang dapat merasa kek ni... ada pulak yang mengidam nak makan kek...tercapai la akhirnya hasrat dia... 



Gandingan coklat dan keju dalam kek ni tersangatlah kena...xde la rasa muak sangat...manis pun sedang2 aje...kena pulak dengan strawberi yang agak2 masam sikit. Kalau ada sape yang nak cuba memang cheq sue cadangkanlah guna resepi ni...insyaAllah tak menyesal!!!

 Oleh sebab tak ikut arahan resepi...ganache ni jadik cair2 siket ye...tapi sedang elok jugak jadinya...

KEK COKLAT LAPIS KEJU
Sumber : Sari Yusa

Adunan Kek Coklat:
-2 biji telur
-1 cawan gula halus
-1 sudu kecil vanilla
-2 sudu besar serbuk koko
-sedikit garam
-1/2 cawan air panas
-1/2 cawan susu segar
-1/2 cawan minyak
-1 cawan tepung gandum*
-1 sudu kecil baking powder*
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat* (* ayak bersama)

Cara Membuatnya:
-Pukul telur dan gula halus hingga sebati, kemudian masukkan yang lain-lain mengikut turutan bahan di atas. -Selepas siap bahagi dua adunan. Sementara itu panaskan kukusan. Tutup/ balut tudung pengukus dengan kain atau tuala.
Oleh sebab cheq sue buat dua adunan kek coklat, maka setiap satu adunan dikukus berasingan

Bahan-bahan Krim Keju:
-250gm cream cheese
-60gm gula
-1 biji telur
-25 ml air biasa
-1 sudu besar tepung gandum

Cara Membuatnya:
-Pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan bahan di atas. Pukul hingga sebati.

Cara Melapis:
1. Alas loyang dengan kertas minyak atau kertas biasa (Sapu loyang dengan mentega). Masukkan loyang dalam periuk kukusan supaya adunan tidak bergerak. Tuangkan separuh adunan kek coklat tadi, kukus 15 minit.
2. Selepas 15 minit, tuang adunan krim keju, kukus lagi 15 minit.
3. Selepas 15 minit, tuang adunan kek coklat yang lagi separuh tu, kukus 20 minit. Biarkan sejuk sebelum dituang dengan coklat ganache.

Bahan Coklat Ganache:
-2 sudu besar 'heavy krim'*
-150 gm coklat masakan*
-sedikit mentega (supaya coklat berkilat)*
* masak semua bahan menggunakan teknik double boil, sejukkan pada suhu bilik baru tuang di atas kek yang telah disejukkan.
yang ni cheq sue tak ikut sukatan, main campak2 aje mana yang ada... heavy cream tu cheq sue ganti dengan whip cream biasa..

Akok.... Sape Tak Suka???

Assalamualaikum & salam sejahtera

Akok.... akok... Siapa yang tak suka makan akok ni memang rugi ah... Akok ni cheq sue buat untuk berbuka di kuarters semalam. dapat banyak jugak untuk dua adunan yang cheq sue buat tu. akok ni memang sesangat la glemer di Kelantan...dan tak sesekali sama dengan akok yang dibuat di negeri lain (ye ke????)...


cheq sue tak berapa suka makan akok ni..sebiji dua ok lah..tapi untuk makan2 semalam cheq sue buat dari pagi ke petang menggunakan acuan kuih cara yang kecik tuh...maksudnya akok tu jadi kecik2 mini ajelah.. kalau dilihat tu memang la xde gaya dengan akok yang dijual kat bazar2 tu.. cuma bila buat sendiri ni dapat la ejas manis masin lemaknya tu... nak makan pun puashati...rasanya kalau dijual sekarang 5 keping dua inggit kot....


Kalau ada siapa yang nak mencuba, resepi daripada Zaliana MyR memang antara yang termudah untuk dibuat. Bila cheq sue 1st time buat ni, memang seronok bila menjadi elok aje. apa yang elok2 ni cheq sue awal2 dah kongsi dengan kawan2...ye laaaa diorang ni kebanyakannya dari Kelantan, memang suka la sangat makan akok ni... Kat CH ni jangan harap la nak dapat makan akok kalau tak import dari Gua Musang... perghhhh....


untuk adunan yang dibuat semalam, cheq sue menggandakan semua bahan2 dan menggunakan telur sebanyak 11 biji (telur kecil)...alhamdulillah semuanya habis malah ada pulak yang cakap tak puas makan.... ^-^

AKOK
Sumber : Zaliana MyR

Bahan-bahan :
-5 biji telur
-200 ml pati santan
-100 ml air
-150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
-30 gram tepung gandum
-3 helai daun pandan- disiat-siat
-2 cubit garam halus

Cara-cara :
  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Bila dan lenser acuan dengan minyak, cheq sue panaskan 2 3 minit dalam oven sebelum dimasukkan dengan adunan
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 - 12 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

Wednesday, August 17, 2011

Berbuka Bersama Teman-Teman Kuarters

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam ni jom jamu mata sikit dengan majlis berbuka kuarters petang tadi. Pada cuti Nuzul Quran ni, kami2 geng kuarters ni pakat2 masak untuk sama-sama berbuka. Menu utamanya adalah nasi kerabu + ayam goreng berempah + ikan celup tepung + pelbagai kuih muih. Cheq sue ditugaskan untuk membuat sambal kelapa dalam jumlah 4 biji kelapa. Disamping tu ada jugak buat sedikit kuih.

Tetamunya adala dalam 100 orang. Kemain meriah jugak dengan hiruk pikuk kanak-kanak dan teman-teman semua. Walaupun sejak petang sudah hujan, alhamdulillah majlis berbuka dapat disempurnakan dan tambah meriah juga dengan kehadiran puan pengetua yang sangat sporting... ^-^

Memang seronok kan dapat berbuka puasa ramai2 ni... Terasa benar bezanya berbuka dengan teman2 serumah. Kalau cheq sue yang selalu bising2 kat rumah ni memang suka sgt la kemeriahan semasa berbuka tadi... Alangkah seronoknya kalau hari2 dapat berbuka ramai2 camni kan...

Jom la layan gambar2 ni... Kebetulan online dari rumah member,  so dapat la enjin turbo siket...kalau kat umah dah tertido depan pc nih... BTW...abaikan kualiti gambar ye... maklumlah...............