Friday, March 22, 2013

Dapat Doodle ~TQ~

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat bercuti pada semua pelajar dan cikgu-cikgu yang mula bercuti hari ini. Mana yang balik kampung atau yang bercuti di rumah saja tu semoga segalanya berjalan lancar. Saya belum balik lagi, besok nak ke KL. Walaupun baru saja balik semalam, esok pergi lagi untuk berjimba-jimba di sana.

Macam mana dengan keputusan peperiksaan SPM. Alhamdulillah bagi mata pelajaran saya sendiri mencapai target yang ditetapkan. Nilai GPMP menurun berbanding tahun lepas tetapi pencapaian A meningkat kepada 2 orang. Asalnya target seorang, rupa2nya dua yang dapat. Alhamdulillah... Nanti saya nak buat satu n3 pasal ni.

Cerita pasal bermesyuarat di KL awal minggu lalu...memang sangat memenatkan kerana memerah otak untuk memenuhi keperluan mesyuarat. Lokasinya di Bukit Bintang, jadi faham-faham sahajalah. Rasa macam tak duduk di Malaysia pun ada. Dengan kiri kanannya pub dan kelab malam, pendek kata tak keluarlah dari bilik hotel.


Sekarang baru boleh cerita tentang n3 hari ni. Akhirnya dah dapat doodle yang dibuat oleh Ariff. Sebelum ni tak pernah dapat, sama ada beli atau buat. Pernah juga saya cuba nak buat tapi tak menjadik. Bila Ariff buat n3 kat blog pasal nak bagi doodle ni, terus je saya request, nak yang pakai tudung dan memegang kamera. Dengan design yang cute dan comel tu, tiba2 je saya rasa muda 10 tahun. He he he! Tq bebanyak pada Ariff yang sudi bagi free, lepas ni boleh la buat sesuatu dengan doodle ni.

Jadi sekali lagi, Tq dan selamat bercuti. InsyaAllah kita berjumpa lagi.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~ Wassalam ~

Thursday, March 21, 2013

Citarasa Restoran 2 (Restoran Akira - Nasi Ayam), Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan salah satu kedai makan yang selalu juga saya singgah bila balik kampung atau saja-saja ke Gua Musang. Kalau dekat bandar lama Gua Musang tu, kedai makan ni antara yang fofular. Jarang sangat nak tengok kedai makan ni tak ada orang. Mesti penuh sesak dengan pelanggan.

Kedai makan ni juga merupakan cawangan kedai makan nasi ayam di Dataran Guchil, Kuala Krai. Lokasinya sangat mudah untuk di cari. Hala saja ke jalan bandar lama Gua Musang, dan di hujung jalan sebelum selekoh di situlah letaknya kedai ini.


Specialnya di sini sudah tentulah nasi ayam. Nasinya lembut, ayamnya pun sama walaupun digoreng garing. Selain itu, menu2 lain dan masakan panas juga boleh dipesan. Kalau tomyam tu memang ada style Thai la sebab kebanyakan pekerja di sini datangnya dari sana.


Antara set menu yang di pesan. Sebenarnya nak ambil gambar banyak sikit, tapi segan pulak sebab ramai jugak orang masa ni. Jadi snap di meja sendiri saja. Bukan apa, takut pulak ada yang kata nak menunjuk-nunjuk nanti.

3 set nasi ayam
1 nasi putih + tomyam campur
1 teh o ais
1 air laici
1 air suam
1 ais kosong

Jumlah : RM 24

Kalau sesiapa yang berkesempatan tu boleh la singgah ya.

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

Wednesday, March 20, 2013

Chocolate Banana Mousse Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salah satu kek di dalam list untuk dicuba. Kebetulan ada pisang kapas, maka terjadilah kek idalam ni. Sebenarnya bukan rasa nak makan pun, tapi rasa nak cuba buat, gian agaknya dah lama tak membaking dan mendeco. Baru2 ni pulak Kak Ita ada menayangkan banana mousse choc cake, jadi terus membangkitkan semangat saya untuk mencubanya.



Untuk kek ini, pada saya penggunaan pisang kapas agak kurang sesuai kerana bau dan rasanya yang agak kuat. Guna jugaklah sebab pisang itu aje yang ada. Lepas tu jumlah mousse yang terhasil jugak agak banyak bagi kek coklat yang digunakan. Kalau tengok dalam slice kat bawah ni memang agak mewah la dengan mousse. Saya apatah lagi, dah ada banyak saya letak je semuanya. Bukan ape, malas nak buat benda lain untuk habiskan balace mousse tu.

Walau bagaimana pun, mousse dengan resepi ni pada saya agak 'kurang' berbanding mousse yang selalu dibuat. Mungkin jugak disebabkan ada rasa gelatin yang kurang hancur di dalamnya. Baru2 ni juga Kak Ita ada berkongsi cara2 nak cairkan gelatin, tapi nak buat camana kek ni dah dibuat lebih awal, kalau tak mesti hasilnya lagi memuaskan. (Alasan???)

Untuk ganachenya pula, saya belum lagi mendapat cara dan hasil yang terbaik di kala membuatnya. Memang agak kecewa, namun belum letih mencuba. InsyaAllah lepas ni akan di cuba lagi. Untuk kek ini juga, memang comot sangat salutan ganchenya. Tak rata pulak tu. Ganache yang terhasil ni jugak ada rasa macam jem coklat gitu. Sedap tapi agak manis pada saya.


Walau apapun, saya berpuas hati kerana dapat mencuba. Sekurang-kurangnya dah tahu di mana kelemahan dan kekurangan. Selepas ni kalau ada masa kita buat semula. Jadi saya copy semula resepinya di sini buat panduan akan datang.


CHOCOLATE BANANA MOUSSE CAKE

Chocolate Sponge cake:
250 gm tepung (sponge mix)
300 gm telur
60 gm air
1 sudu besar coklat emulco
60 gm mentega cair
170 gm gula cator
saya menggunakan resepi kek coklat ini

Chocolate mousse:
250 gm Whip Cream
1 tsp. Vanilla essence
1 sb serbuk Gelatine - campur dgn 4 Tbsp.dan masukkan dalam microwave selama 20 min
50 gm serbuk koko+80 gm gula icing
1 1/2 sb Nescafe+1 1/2 sb air panas

Chocolate Ganache
35 gm serbuk koko
50 gm gula
150 gm whipping cream
80 gm chocolate dicincang
30 gm mentega
3 biji pisang montel-dibelah dua

Cara-cara
Cara buat sponge cake:masukkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pukul dgn kelajuan tinggi sehingga gebu.Akhir sekali masukkan mentega cair,kacau dgn spatula dan bakar selama 25-30 min dlm oven 180c.Keluarkan dan sejukkan
Cara buat mousse: pukui whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse.
Cara buat Ganache coating: Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil.Masak sehingga ganache pekat.Sejukkan sebelum dituang keatas cake.
Potong kek kepada 2 bahagian.Sapukan 1/3 dari mousse keatas satu lapisan kek.Letakkan pisang yg dibelah tadi.Kemuadian lapiskan dgn satu lagi lapisan kek.Sapukan baki mousse tadi kesemua bahagian kek dan sejukkan sehingga mousse keras.
Bila mousse dah keras,tuang coklat ganache tadi dan biar dia mengalir secara semulajadi.Hiaskan sesuka hati.

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
 ~Wassalam ~