Saturday, January 10, 2015

Belenggu #18 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Alia merenung sekujur tubuh kaku yang dibaluti kain putih.  Dia sudah tidak berdaya untuk menangis. Apa yang mampu dihadiahkan kepada Ikhwan adalah sepotong doa semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Kemudian, perlahan-lahan dimasukkan ke liang lahad dan akhirnya bersemadilah puteranya di tempat yang aman. Saat itu juga airmatanya gugur berjuraian mengenangkan orang yang disayang telah pergi selamanya.
Riki disebelahnya kelihatan turut menyapu airmata. Selepas semua upacara pengkebumian selesai, sahabat handai yang menziarahi mula meninggalkan kawasan perkuburan itu. Tapi Alia belum mahu menginjak dari situ.

Ya Allah… Engkau peliharalah dia di kalangan hambamu yang terpilih. Jadikanlah aku seorang yang tabah dan sabar. Janganlah biarkan aku menuruti kata hatiku… sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Begitulah doanya. Dia bangun dan lambat-lambat mengatur langkah. Seketika kemudian dia berhenti dan kembali merenung nisan yang terpacak.

Selamat tinggal sayang…

Alia kini melangkah ke dunia baru dan asing baginya… dunia tanpa Ikhwan!
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, January 9, 2015

Belenggu #17 ~ Malam Minggu...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Malam minggu…
Alia termenung di halaman merenung bintang-bintang yang bertaburan. Air mata mengalir di pipinya. Dia melihat pula potret Ikhwan yang sedang senyum bersama di sisi porchenya. Alia mengeluh…



Malam ini tak ingin aku sendiri… kucari damai bersama bayanganmu…



Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Fruit Farm / Four Season Farm #9

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Destinasi seterusnya adalah ke ladang strawberry. Oleh kerana pada masa kami datang tu dah penghujung musim, maka aktiviti self pick tak boleh dilakukan kerana kekurangan buah. Tapi kami tetap masuk juga untuk melihat2 dan menikmati sisa buah strawberry yang masih ada.


Selain strawberry, dekat sigboard tu ada jugak tanaman melon, cuma tak nampak pulak bila saya masuk dalam ladang tu.