Sekali lagi attend meeting di PD, kali ni bersebelahan dengan Regency yang pernah dihadiri dulu. Merasa la bersahur dan berbuka di hotel yang pastinya tidak sama dengan bersahur atau berbuka di rumah. Tak apalah, demi kerja yang nak kena siapkan. Jadi maaflah jika tak ada n3 atau n3nya tenggelam timbul, maklumlah bizi the bodi kan. Terima kasih pada yang sudi bertandang ke CTS... sayang korang ketat-ketat.
Akan berada di sini dari semalam 7 Julai hingga 10 Julai, selepas itu baru leh cerita tentang hal-hal puasa yang seterusnya.
N3 JJCM sebelum puasa semasa balik kampung. Biasanya masa balik hari Jumaat, kalau tak makan di Gua Musang, saya akan singgah di Dataran Peladang Kuala Krai. Tapi hari tu nak try satu restoran baru dekat traffic light tapi tutup pulak. Bila dah terlepas payah pulak nak jumpa kedai makan sebab banyak yang tutup pada hari Jumaat. Oleh sebab perut dah keroncong sangat, maka singgah jugaklah di satu kedai makan selepas traffic light UiTM Machang, padahal dah dekat sangat nak sampai ke rumah. He he he...
Kedai ni simple aje, tapi menarik. Open air gitu. Agak airy sikitlah sebab kedudukannya dekat jalan besar. Tempat ni memang tumpuan bebudak UiTM.
Mata melilau dulu di sekitar kedai. Baru je saya duduk, ada dua group bebudak UiTM masuk. Pelaris la katakan... alahai...
T
Saya tetiba je lupa apa kebenda kita panggil ni... Kentang apa ek??? Nasib baik beli dua, saiznya kecik2 nau.
Jus durian belanda. Dok bayangkan datangnya yang warna2 putih gitu, yang diblend dengan ais tapi ghupe2nya macam air manis direndam dengan daun durian belanda. Huk alohhhh, very the spoiled lah.
Nasi goreng pattaya. Kata tuan yang makan rasanya tawar.
Nasi goreng daging merah. Agak sedap jugak walaupun tak berapa banyak. Nasi gorengnya tidak sama denga nasi goreng pattaya tu. Kan ada sesetengah tempat nasi gorengnya sama je, yang ni kira ok lah
Chicken chop. Harga tak sampai RM10. Agak sedap jugak walaupun gravynya agak masin. Sos pun boleh tahan. Saiz pun mengenyangkan.
Kalau agak2 nak try bebuka diluar dengan menu western cuba la singgah di sini.
Order :
Nasi goreng pattaya 2, teh O ais 2, horlick panas 1, jus durian belanda 1, nasi goreng daging merah 1, kentang 2, chicken chop 1 = RM34.00
Semasa bermesyuarat di Ipoh, ahli jemaah kami ada ke Gaharu Tea Valley di Gopeng. Petang esoknya pula kami ke belah2 Chemor untuk melawat ke kebun fertigasi seorang ahli jemaah sambil pekena deghoyan. Pucuk dicita ulam mendatang, dah kemain lama menyebut nak makan durian akhirnya tercapai jugak makan durian fresh di kebun abang ipar pegawai kami. Terima kasih bebanyok le yob!
Kebun ni terletak di Kampung Ulu Kuang, Chemor. Memang banyak pokok duriannya di samping tanaman yang lain. Di situ jugak ada binatang ternakan seperti itik, angsa, ayam belanda, ayam selasih dan ayam api-api. Kalau tengok dalam gambar ni ada penjaganya berwarna hitam tu. Kata pakcik tokey kebun ni, kalau tak jaga alamatnya memang tak merasa laaa...
OST drama Big Man di 391. Saya layan jugak cite tu, memang suka walaupun tak continue sebab selalu miss tiap kali Isnin dan Selasa. Nanti nak tengok bali dekat k-drama. Jalan citenya menarik jugak. Tetambah pulak dek pelakon utamanya Kang Ji Hwan yang pertama kali saya tengok dalam drama Incarnation of Money. Memang sukalah dekat dia. Jatuh chenta gittew...
Yang menariknya lagi tang OSTnya... pertama kali saya dengar lagu Korea yang agak unik, iaitu dengan campuran bahasa Latin barangkali. Kalau sebelum ni digabungkan dengan bahasa Inggeris atau Jepun. Saya memang layan lagu ni, kalau nak tahu jangan lupa dengan sekali...
BIG MAN OST Part 1 "Con Amore Mio" by Kim Tae Woo
Hangul and Romanized Lyrics and English Translation