Wednesday, January 8, 2014

White Chocolate Macadamia Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kek pertama tahun 2014. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk memberikan sebiji kek buat Mok Ja sempena dengan hari ulangtahunnya pada 1 Januari. Dia merupakan orang yang penting dalam hidup saya, jadi tak ada bandingnya dengan sebiji kek yang saya buat ni. Lagi pula, bila dah buat kek ni, boleh la saya tumpang makan jugak barang seslice... kan untung tu.

Jadi, fikir-fikir saya nak cuba WCMC ni. Dah lama jugak nak buat setelah pertama kali merasanya tahun lepas. Ramai yang berkongsi kek ni tapi tak ada resepi. Iyalah, orang bayar ratus-ratus masuk ke kelas buat kek ni tapi kita sesenang je mintak. Ok, saya faham. Sehinggalah nampak kek ni dikongsikan Kak Ita. Saya memang suka kek berkacang, memang heaven gitu. Tambah2 pulak bila blogger sekolah tu dah buat aish lagilah saya tercabar.


Bab kek, sampai ke filling, cream dan kacang tu ok lagi, bila sampai ke nak menyalut kek dengan ganache... geram betul bila fikir balik. Saya ni kalau buat kek yang ber'ganache' mesti tak menjadi dan comot.Cumanya bila fikir kek ni just nak makan-makan anak-beranak je, pedulik apa saya! Dengan comot-comot sikit pun tak apalah... Kalau ada yang komplen lebih-lebih tu saya mintak je dia beli, kalau kat kedai mau tujuh lapan puluh ringgit kek segini.


Di bawah ni adalah potongan kek di bahagian dalam. Sebenarnya untuk ke span badam tu saya just nak kalerkan lite orange tapi tertuang terbanyak pulak. Saya guna pewarna gel, picit punya picit dushhhh gedebuk ha dia keluar. Jadi warnanya agak garang sedikit.

Kek ni serius saya katakan memang sedap, kecuali bahagian ganache tu agak manis sikit. Gabungan cream dengan kacang memang ngam, pas ni kalau ada masa-masa luang boleh la cuba lagi.

TQ Kak Ita atas perkongsian.

Gambar through phone

WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE
Resepi : Kak Ita
Sumber : Cheq Da

1.KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

2.SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Note : Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk

3.SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

4.CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar

5.GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata

KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti

4 comments:

  1. sedap ye kek ni..dlm senarai QH juga resepi ni..bleh ka try juga nti..tliur tgk..xtahan

    ReplyDelete
  2. salam...
    dh lama teringin nk bt...
    bhn2 dh ada tp x terjln jgk..
    huhuhuuu...

    ReplyDelete
  3. ingatkan kek beli kt SR bt sndiri rupenyer

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]