Thursday, February 25, 2016

Projek Langsir - Rod Kayu #7

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah siap urusan jahit menjahit langsir... kena la pulak cari kayu atau rodnya. Untuk langsir bawah saya guna rail biasa saja, dah dah jumpa orang yang buleh pasang. Pening juga rasanya nak dapatkan rod untuk satu rumah...  Memula saya survey di kedai yang saya beli kain... harga sekaki RM10. Dah terfikir macam murah jugak tu... campur malas nak gi cari kat tempat lain. Saya ada juga search dekat internet tapi kebanyakan yang saya jumpa harganya belas2 ringgit sekaki.


Masa saya ke Salem Aziz Tanah Merah, kebetulan masa tu tengah sale hujung tahun. Bila tengok rod tu harga dalam RM8.50 sekaki tapi x beli sebab masa tu tak dapat ukuran yang betul2 lagi. Lepas tu dari anggaran kasar kalau saya beli rod dengan ukuran yang ada masa tu... banyak pulak yang saya kena potong untuk fitkan  dengan ukuran langsir dan pintu.


Monday, February 22, 2016

d'jahit by Cheq Sue

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini bukanlah untuk berniaga, tetapi lebih kepada untuk kepuasan dan pencapaian diri sendiri. Segalanya bermula pada penghujung tahun lepas. Saya saja fikir2 nak ada label sendiri. Selama ni dok jahit baju, jahit tudung, untuk pakai sendiri atau untuk orang lain, sayang rasanya jika tidak ada "sesuatu" yang menyatakan itu adalah titik peluh saya. Kadang2 bila jahit, dah siap, dan pakai, bila ada label yang menunjukkan ia milik kita, memang lain sangat2 feelingnya. He he he...


Melalui FB Geng Jahit, saya mula skodeng page label dan survey harga. Tapi sayangnya saya dah lupa pulak apa pagenya yang saya buat ni... Saya buat tak banyak, hanya 100 pieces aje. Cukuplah untuk kegunaan sendiri. Puas jugak fikir nak taruk nama apa. Yang penting taknak sama dengan label orang lain. Rasa2nya dah tak sama ni. Oleh sebab tahun lepas tema bunga saya adalah orkid maka saya mintak design orkid lah. 


Saturday, February 20, 2016

Cinta - Asmara

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lagu... yang selalu didengar di TV. Sedap liriknya. Zaman2 menghala ke tua ni banyak layan lagu2 slow aje... maklumlah memory dah takleh nak support lagu2 macam zaman muda dulu. Saya tak kenal pun siapa penyanyinya. Tak koser nak ambil tahu... 

Layankan ajer...


Semat2 penyanyinya. Orang sini ke dari Indonesia?



Thursday, February 11, 2016

Tabung Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahun ni merupakan tahun kedua saya melaksanakan TABUNG MERAH. Kalau tahun lepas agak lambat sikit bermula, tahun saya bermula sejak 1.1.2016 lagi. Bukan nak menunjuk atau nak berbangga, tapi lebih kepada nak berkongsi apa yang saya buat.


Kenapa saya namakan tabung merah? Ini kerana tabung ni khas untuk simpanan duit RM10 sahaja. Kalau tabung biru atau tabung hijau macam tak berbaloi sebab hasilnya agak kurang. Kalau nak buat tabung oren pun macam tak best sebab biasanya duit not itu tak berapa banyak dalam dompet. Jadi pilihannya adalah not merah ni sebab biasanya agak mudah nak dapat dalam dompet. He he he...


Wednesday, February 10, 2016

Renew Pasport Di Jabatan Imigresen Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ke Jabatan Imigresen Negeri Kelantan untuk memperharui pasport yang dah mati sejak 2015. Oleh sebab tahun ni ada beberapa tempat yang saya target nak pergi, maka keperluan pasportnya memang harus diutamakan. Kalau sebelum ni saya berurusan di imigresen Ipoh dan UTC Ipoh, tapi kali ni saya cuba di Kota Bharu pulak. Ini baru kali kedua datang ke sini. Kali pertama dulu, kebetulan masa tu urusan pemutihan warga asing, sampai penuh limpah dalam pejabat ni. Kali yang kedua ni pun sama, masih juga penuh dengan pengunjung yang mempunyai tujuan sama seperti saya. Nak tak nak memang kena buat jugak sebab malas nak datang lepas CNY nanti. Nak ke Ipoh pun malas jadi target mesti siap juga.






Sunday, February 7, 2016

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dengan kedai kain ni memang xleh nak dok jauh... pantang nampak mesti nak masuk. Kalau dah masuk tu faham2 sajalah nafsu membeli ni mesti nak tangkap sepasang dua. Kalau tak beli kain untuk buat jubah kompom beli kain untuk buat tudung. Sebab itulah kadang2 sengaja mengelak dari lalu kedai kain, baru tak masuk, baru tak habis duit. Ha ha ha...

Bercerita tentang Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ni bukanlah highlight saya nak scerita pasal mana2 parti atau mana2 sokongan kepada pihak tertentu. Tetapi memandangkan saya ni penggemar kain, maka saya suka nak kongsi apa yang saya suka sangat dekat kedai ni.


Memula saya tak ambil kisah sangat pasal KKR1M ni, yang saya anggap lebih kurang adik beradik dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Tapi semasa dok ulang meeting di KL, saya terpanggil nak masuk ke KKR1M UTC Pudu semasa menunggu bas nak balik ke CH.


Thursday, February 4, 2016

Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak tahu nak kata ni apam ke kek... rasa macam lebih ke apam gula hangus, mungkin sebab dikukus dalam acuan besar maka lebih sesuai dipanggil kek. Tapi saya buat ni hanya separuh adunan, dan kukus dalam acuan kecil. Jadi jugaklah takat nak makan sorang tu.

Elok je keluar dari acuan. Guna acuan plastik biasa saja, bukan yang silikon pun. Kalau kata nak buat dalam adunan kecik2 pun buleh, cuma saya ni tak berapa nak rajin kalau guna acuan cinonet tu...


Tuesday, February 2, 2016

Kuih Buah Peria Ubi Kayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa cuti sekolah hujung tahun 2015 lalu, memang ada banyak stok ubi kayu kat rumah. Masa tu memang hari2 ada kuih based on ubi kayu. Masa tu macam2 request dekat My Mek. Antaranya kuih kato, kuih beko dan juga buah peria ni.

Bila sebut buah peria ni bukanlah macam buah peria dari tepung pulut inti kacang tu... mungkin lebih kurang sama cara penyediaan tapi bahan2nya memang tak sama. Untuk resepi ni memang tak ada sukatan tertentu, main agak2 saja. Masa tu My Cek mintak nak makan kuih ni jadi My Mek buat, so saya standby dengan telefon nak ambil gambar dan tukang ngap kendiannya...


Inilah kejadian kuih buah peria ubi kayu yang telah dimasak. Sekali tengok nampak macam lempuk durian. Kuih buah peria ni dibungkus dengan daun nyor (kelapa) lembah. Kat tempat lain tak tahu la dipanggil nama apa. Kalau nak tengok rope pokok tu lihat di sini.