Friday, July 22, 2016

Kuih Jongkong Mangkuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kuih jongkong ni dah lama saya buat, dah selamat pun masuk dan keluarnya. Kuih ni lebih kurang aje kot dengan kuih tepung pelita, cuma yang ni agak menawan sikitlah sebab ada warna kuning. Kiranya yang ni dah ditacap2 dengan mekap kasi wow! Dari segi rasa tak jauh sangat cuma yang lainnya kuih jongkong ni dimaniskan dengan gula perang. Ala2 bendera Kedah pulak bila sekali pandang.


Nah...dengan pengukus sekali ahkak up kan. Ni separuh adunan saja, dapat la 4 ketui mangkuk taufu fah yang leper sikit tu. Buat pun tak sempurna, tak ikut betul2 resepinya. Yang penting lepas masuk ke mulut jadik laaa. Letak dalam esbok makan time sejuk2 tu aduhhhh sedapnya! Serius cakap kuih ni memang sedap. Kalau kata yang saya buat ni kasi lembik2 sikit mesti lagi umphhhh



Wednesday, July 20, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sambungan dari bahagian 2

Ini acara last, ngail botol. Adik saya yang prepare alat2 ni. Batang kailnya menggunakan batang salak, ambil belakang rumah. Permainan ni untuk sep2 jantan aje. Memula nak kira siapa yang dapat kail botol tapi sampai ke sudah tak dapat. Last baru kira siap yang paling cepat masukkan paku ke dalam botol, dia yang menang.


Sedia...
Test dulu lah jadi ke dok



Monday, July 18, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambungan dari bahagian 1.

Selesai 3 acara, seterusnya diadakan pula acara bagi kanak2. Suka je tengok bebudak dan mak budak berkerumun nak masuk acara.


Alat2 untuk acara baling bola dalam raga.


Friday, July 15, 2016

Program AMAL (Anak Muda Cakno Masyarakat) Dun Gaal #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Program sukaneka ni sebenarnya dah berjalan bulan Mac haritu, cuma saya yang tak sempat nak up N3 sebab tak sempat nak sort gambo banyak sangat. Kalau tak share rasa macam rugi pulak. Tapi suka saya nak ingatkan ini bukan N3 berbaur politik, cuma pada ketika itu program yang dianjurkan ni adalah dari parti pembangkang. Sebab itulah kalau tengok ada banyak gambar2 orang memakai baju hijau putih. Harap faham2 la ya!

Saya sebenarnya tak bercadang nak review aktiviti ni tapi masa saya balik kampung, saya bawa balik DSLR, jadi macam rugi la pulak kalau tak abadikan momen2 ni kan... Segan tak segan saya sempat la snap banyak juga gambar, kira2 jadi wartawan tak bertauliah la sat. Saya bahagikan N3 ni kepada 3 bahagian, sebab banyak nak kongsi.


Program ni diadakan di kampung sebelah, dekat saja dengan kampung saya. Kebetulan nak bawa My Mek ke sana saya pun ikut la sekali dan sempat jugak main boling kelapa walaupun tak menang. 


Wednesday, July 13, 2016

Puding Biskut Krim Kraker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekarang ni macam tak berapa rajin nak masak, sebabnya kalau masak ni 2 3 hari pun tak habis lagi. Kadang2 sampai kena buang. Rasa sedih betul bila membazir makanan ni. Jadi takyah la masak kalau tak habis makan, kan?


Cuma puding ni saya buat sebab kuantitinya tak banyak. Itu pun saya buat separuh saja dari resepi. Dapatlah secoet puding at the end. Kiranya tak la sampai 2 3 hari nak perabis. Sekali pandang dalam gambar ni hudoh bebenor kejadiannya. Bukan apa, bila dah sejuk payah pulak nak keluarkan dari acuan. Jadi terpaksalah guna sudu untuk umpil bahagian tepinya tu.. hu hu hu..


Tuesday, July 12, 2016

Ramadhan & Aidilfitri 1437H / 2016

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Perghhh... lama giler tak update. Nasib baik masih ingat password nak log in. Konon nak steady up N3 tapi hakikatnya tak mampu nak tepati janji sendiri. Sejak lappy semput ni memang tak berapa ada mood nak ngadap, pakai HP lagi la tak koser. Apapun tak kisahlah ada N3 atau tidak. Dah namanya pun berblog untuk sendiri2 je biorkan aje...

Ketupat manis, nampaknya masih ada seni walaupun bungkus 2 kali je setahun