Thursday, June 28, 2018

Pulut Mangga Harumanis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salah satu sebab saya tak update sepanjang 2017 adalah sebab saya jarang masak. Mulai Febuari, saya memulakan program diet dan mengubah gaya hidup pemakanan. Tu yang tak masak merapu meraban, baking pun tak sebab nak mengelakkan dari makan. Iyalah, dah masak kompom la kena makan. Dan bila dah masak tu kompom la mengikut sukatan bukan untuk seorang, itu yang saya berdiam aje, wak lek wak pis tengok orang masak sesedap.

Tapi mulai tahun ni saya dah slow down sikit dan lebih kepada nak mantain berat, namun dalam masa sama masih jugak nak menurunkan lagi few kilos. Masak pun tak adalah beriya lagi, tapi menikmati makanan dengan cara berhemah. Kecuali bila balik kampung tu, makan tak sedar sikitlah time mak masak yang sedap-sedap.


Alkisahnya harumanis ni saya beli masa bulan puasa, beli online aje pun dari Perlis. Walaupun agak mahal (kos pos aje RM45) saya pejamkan dua belah mata sebab dah terlalu lama teringin nak rasa. 


Wednesday, June 27, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : KL - Solo - Pasar Klewer

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak ingat bila tarikh fly ni, nak kena godak dalam pasport tengok semula. Cuma yang saya ingat flight ni sebelah pagi, jadi dalam gelap kelam dinihari tu saya dan Anne gerak ke airport, tak tahulah mana cik adik tu parking, saya hanya ngikutkan aje sampailah selesai semua benda dan menunggu untuk boarding. Walaupun flight awal, tapi bila cuti tu tahu-tahu sajalah, memang beratur panjang dan sedikit sesak.


Dari KL, kami touch down ke Solo, di Airport Adi Soemarmo, yang mana taklah berapa besar tapi agak sesak dengan manusia.


Tuesday, June 26, 2018

Kembara 9D8N : Solo-Jogja-Dieng-Semarang (SJDS)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun trip ni dah lama, dan tersadai kat draft up and down, saya tetap nak update, bukan ape, sebab nak tengok gambar lain kali, nak baca-baca, nak tunjuk dekat anak cucu (kalau ada). Kalau diikutkan cerita disebalik entry ni memang ada yang saya dah lupa, tapi tak apalah, saya letak mana yang saya ingat aje, paling tidak ada gambar sekeping dua..


Geng geng yang join trip ni datangnya dari trip sebelum (SUMUT), yang mana kali ni rasa yakin sikit sebab ada kawan yang saya dah kenal, dah bertepuk tampar gitew kata orang. Oleh sebab Anne dah pun up trip ni, bolehlah saya skodeng untuk remind balik... tak gitu ker cik adik... Btw, untuk trip ni jugak thanks bebanyak pada Anne yang menumpangkan saya di rumahnya, bawa ke airport, bawak makan, bagi sabun mandi, dan gitu gini lah. He he he...

Kiranya pada 2016, 2 kali saya ke Indonesia, sampai boss pun tegur kenapa asyik ke sana, ada apa-apa ke... Apa-apa tu apa boss? Aihhh...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, June 25, 2018

Aidilfitri 2k18

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Raya tahun ni, seperti juga raya raya yang sebelumnya. Saya masih beraya di rumah bonda, walaupun hajat di hati nak beraya di rumah sendiri. Bila difikirkan balik agak mementingkan diri jika saya membiarkan bonda tercinta yang membuat segala persiapan itu dan ini. Tambahan pula bila kanak-kanak riang mula bercuti dan saya pastinya tidak mahu melepaskan peluang bergaduh gaduh manja dengan diorang. Sepanjang dua minggu hanya 3 malam di rumah sendiri dan selebihnya pergi pagi balik petang. Tak apalah, maybe next year kot, raya tempat lain pulak mana tahu..

Saya tempekkan sekeping dua gambar raya, tak banyak pun sebab kamera rosak, boleh selfie aje, bertabahlah dapat gambar muka sebesar pinggan tu... Yang lawaknya raya ke 3, telefon saya missplaced, tak keruan weh cari serata tempat, last last jumpa di bawah toto, kalau tak memang saya tangkap P9 laaaa...


#teamrayasingle katanya...


Comeback Post 2018

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama sungguh aihh...makan tahun dah rupanya tak update blog. Bukan lupa, bukan tak ingat, tapi ada beberapa masalah problem yang menyebabkan saya melupakan seketika hobi yang satu ini.
Pada tahun lepas, lappy saya rosak, pastu telefon pun buat hal, lagi pula saya tidaklah berminat nak menulis through skrin telefon yang cinonet itu.


Beberapa kali juga saya cuba up kan satu dua post, tapi penulisan nampaknya tak sampai. Baru nak start enjin, tak sempat nak on terus tolak tepi. banyak sebenarnya yang nak cerita, nak dikongsi tapi itulah tidak kesampaian.

Harap-harap kedatangan kali ini, dengan penyapu mop bagai ni dapatlah menyemarakkan semula semangat nak berkongsi, nak  bercerita, dan dapat meredakan emosi yang sentiasa libang libu ni...

BTW, selamat hari raya Aidilfitri pada semua kenalan, kalau kalau ada yang datang melintas di sini...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"