Saturday, September 24, 2011

Kasih Zakiah Ep. 6

Zakiah memegang erat tangan Azmi saat langkah mereka menjejak masuk ke ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Sunyi sepi keadaannya. Hanya kedengaran sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nur Qarim dari ruang atas. Di manakah gerangan madunya? Mana pulak anak yang abang Azmi cakapkan padanya?
Dari ruang dapur, keluar dua orang wanita yang lebih kurang sebaya dengan ibunya.

"Yah, kenalkan ini Mak Mun dan ini Kak Ana."
"Apa khabar kak?" Zakiah berbasi-basi dengan debaran di dada.
"Khabar baik. Zakiah macam mana?"
"Saya alhamdulillah... Nak jumpa Mastura ye? Jom." Mak Mun menggapai tangannya.
Zakiah memandang ke arah Azmi.
"Tak apa lah Mak Mun, biar saya je bawa Zakiah ke atas. Mak Mun buat lah kerja Mak Mun." Azmi bagaikan memahami pandangan Zakiah itu dan segera menyatakannya kepada Mak Mun.

Bagaikan pengantin baru yang akan melalui malam pertama, Zakiah belum habis debarannya saat Azmi membukakan pintu bilik. Betapanya di dalam hati penuh dengan tandatanya, pelbagai persoalan bertandang di benaknya... Dan ketika wajahnya memandang sebujur tubuh kaku di atas katil, dia lesu tiba-tiba tetapi masih dikuatkan kakinya melangkah...

Friday, September 23, 2011

Silicon Mould ~ Mini

Assalamualaikum & salam sejahtera

Konfius ngan gambar ni, nak tunjuk SM ke nak tunjuk bunga?

Bila sebut tentang SM @ silicon mould ni memang sangat glemer la di kalangan blogger masak2 ni. Cheq sue memula x tahu pun...bila ke kedai bakery, ada la pernah ternampak mould yang kaler maler macam plastik tapi regenye aduiiiii mahal bebenor. Nengok ajelah kawan2 nayang SM ni. Memang tidak dinafikan penggunaan SM ni lebih baik dari mould biasa. Depa kata nak keluarkan tu senang...takyah nak basah2kan bagai.

Kat dalam hati ni memang dah lama dok teringin nak beli 1 2 jenis SM ni. Nak la jugak ada dalam koleksi. Jadi masa ke TESCO beberapa bulan lepas, terjumpa lah dengan SM saiz mini...cheq sue amik satu aje...walaupun mini, regenya dalam 5 hengget jugak. Haduiiiii berkira! He he he... Bukan ape..beli dulu 1, tgk cane kalau berkenan beli pulak yang lain... Macam la buleh caye kalau cheq sue tak suka. Acuan ni cheq sue pernah nampak Mas guna untuk puding coklat


Kalau korang pernah nampak n3 berkaitan SM ni di sini, sini dan sini...korang tengok2 la ye. Cheq sue dah berapa kali dok tahan napas nengok ke SM deme.

 Kalau tgk puding ni, jadik macam n3 Kak Nor yang ni, katanya disebabkan SM tu basah...tapi yang cheq sue ni memang tak basah...kot sebab tekstur puding tu ye dak? 

Untuk mengetest  SM ni, cheq sue cuba dengan puding yang tak ada resepi. Ha ha ha... dalam n3 ni, cheq sue ada buat bahulu tapi tak jadi. Daripada buang gitu aje sayang wehhhhh, so cheq sue pun oter la sesikit dan alhamdulillah jadi jugak pudingnya (boleh makan la kiranya!). Tambah susu cair, serbuk agar-agar dan air masak, blend dengan bahulu tu...masak hingga mendidih...tada......... cuma sukatannya tu xde la, aci campak aje! (Nasib baik la jadi, kalau tak campak dalam cik tong la jawabnya)

Wassalam...

Roti Puri

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pagi2 ni...buat tayangan amal sikit dengan roti puri yang dibuat semalam. Ni kes nak habiskan inti karipap ni tu yang oter sikit jadik kari daging pulak. Pastu dok fikir nak makan dengan apa...teringat kak Rosa ada membuat roti puri ni so cheq sue pun cepat2 buat adunan dalam pukul 8 malam semalam. 


Sebab dah buat kan beberapa kali sebelum ni, kejap aje nak membuatnya cuma tang menggoreng tu yang lama sikit sebab kita goreng sebijik-sebijik. Rasa roti puri ni lebih kurang sama aje dengan roti arab cuma roti arab tu guna susu cair dan roti puri ni guna air aje. Tu yang cheq sue rasa roti arab tu lagi lembut sikit. Tapi dua-dua pun sedap.

Ada jugak  roti yang naik jerawat...



Kalau mengikut resepi katanya dapat dalam 12 bijik, tapi cheq sue ni agaknya buat saiz kecik dapat dekat 30 bijik jugak. Bawa ke sekolah pagi ni dan selebihnya malam tadi dah bagi pada kawan2. Kalau nengok ke ghupenye tu, ada yang kembang, ada yang tak mau naik, agaknya masa goreng tu x dituang minyak dengan sempurna.

Kalau ada sape yang nak cuba tu bolehlah semak resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

ROTI PURI
Resipi asal : yatiezaini@myresipi
Sumber :  Kak Rosaliza

Bahan-bahan :
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil yis mauripan
-1/2 sudu kecil garam *
-3 sudu makan minyak masak *
-2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
-175ml air panas *
-40-50ml air
-Minyak utk mengoreng
 
Cara-cara :
1. satukan bahan bertanda (*) dan panaskan .. kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
3. no.1 dimasukkan kedalam no.2 , dan digaul dgn menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja
4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
6. perap doh 30min .. pastu bolehler dibahagikn doh pd 12 bahagian bulat yg kecil
7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen cheq sue guna cutter no 3
8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ... 

TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembongmasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ...