Monday, December 24, 2012

Musim Hujan Kali Ini


 
Sekarang tengah musim hujan di Kelantan. Ianya bermula agak lewat, hampir di penghujung Disember dan dijangka berlarutan sehingga awal Januari 2013. Di kampung saya sendiri sudah berhari-hari hujan tanpa henti. Bila dah hujan ni faham-faham sajalah, beras cepat saja habis. Ubi badak dan kawan-kawan kerap menjadi mangsa. Makan nasi dengan ikan goreng pun lalu. Seksa sungguh macam ni. Tak makan, rugi! -_-
Pagi tadi saya ke bandar Pasir Puteh. Dalam hujan lebat tu tak sangka banyak tempat di jalan raya dah dilimpahi air. Rata-ratanya di kawasan sawah sudah bertukar menjadi lautan. Agak takut jugak bila nak lalu, kereta kita dah la lowered, mintak-mintak jauh jangan mati tengah jalan. Antaranya tempat-tempat biasa seperti di depan SMK Jeram, di baruh Telipot & baruh Jeram, di baruh Wakaf Tukop dan di Saring.
Hala baliknya saya ikut jalan Padang Pak Amat - Jeram setelah mengisi minyak di Caltex Kampung Wakaf. Kata pakcik yang sama ada di situ, 'berat la tahun depe budok nak skoloh, dua la sari baju skoloh ni. Hok keno gi hata jauh tu gak payoh la...' (Nak transete ke? Takyah laaaa...). Dalam radio sudah menyatakan pemindahan berlaku di Terengganu manakala penduduk Kelantan khasnya yang tinggal berdekatan Sungai Golok sudah mula berjaga-jaga dan membuat persediaan awal untuk menerima arahan perpindahan.
Dok fikir jugak ni, macam mana laluan Sungai Durian? Harap-harap masih boleh dilalui. Sekian dikongsikan.
 Wassalam...

Sunday, December 23, 2012

Dan Bunga Pun Berkembang # 4


 
 
Cek Mat memandang Zainab dari biliknya yang hanya dipisahkan dengan kepingan kaca. Hari ini wanita itu mengenakan baju kurung Sutera Thai berwarna hijau pucuk pisang, digayakan denga tudung krim berbelang hijau. Dia tidak pernah menafikan Zainab agak bijak dalam berpakaian, sesuai dengan imejnya ketua akauntan. Wajahnya sentiasa bersih dan dibayangi mekap nipis, tanpa menghilangkan kecantikan aslinya. Sepanjang dua tahun bekerja bersama, Zainab tidak pernah berbeza pendapat dengannya. Segala arahan diikut sempurna.
Peristiwa di PD beberapa minggu lepas masih berbekas di lubuk hatinya. Ingatannya melayang. Dia melihat bagaimana Zainab memujuk dan menenangkan Qasseh. Sifat keibuan Zainab terserlah. Selalunya Qasseh jarang tunduk pada orang lain, agak degil budaknya tetapi dengan Zainab, anaknya bagai hilang taring. Sifat yang ditunjukkan Zainab mengimbau kembali kenangan dengan arwah isterinya… sejak itu Qasseh tak pernah berhenti menyebut nama Makcib Nab. Malah pernah disuruh Cek Mat membawa Makcik Nab pulang ke rumah. Aduhai anak, bagaimana harus aku terangkan kepadamu?
 Dan apabila tiba-tiba Zainab berpaling memandangnya sambil tersenyum, Cek Mat membalasnya. Dia tidak mahu Zainab berprasangka bukan-bukan. Segera dia menunjukkan tanda ‘peace’ dan Zainab membalasnya.
Nab… oh Zainab!
 *****
‘Assalamualaikum mak.’
‘Haaa Nab. Waalaikumussalam.’
‘Mak, Nab nak bagitahu ni. Nab nak ke Johor pagi esok, kakak Dayang kahwin. Hari tu umi dia ada datang ke rumah, dia ajak Nab pergi.’
‘Kalau mak ada di sana boleh mak ikut sama, boleh mak kenal-kenal dengan emak Dayang.’
‘Nab pergi semalaman je mak. Nab nak balik ambil mak pun tak sempat. Maaf ye mak..’
‘Tak apa la Nab…nanti lain kali Nab bawa mak ke sana. Sampaikan salam mak pada keluarga Dayang ye…’
‘InsyaAllah. Nab minta maaf ye mak. Nanti kalau Nab ada masa Nab bawa mak ke sana.’

Zainab dikelilingi keluarga Dayang di saat kakaknya Darlina ingin diijabkabulkan. Bertemakan warna ungu dan putih, Darlina kelihatan sungguh cantik dan berseri-seri. Ahli keluarga yang lain turut mengenakan pakaian senada warna. Nasib baik Zainab ada sepasang baju kurung ungu, disesuaikan dengan tudung putih, maka jadilah dia diantara ahli keluarga Dayang. Sungguh asing rasanya berada di majlis begini. Ini adalah kali pertama Zainab menyertai majlis perkahwinan. Semasa perkahwinan abang Zamani dulu, dia masih di UK.
Zainab begitu berdebar, perasaannya tidak dapat digambarkan. Apa agaknya perasaan Darlina kini? Adakah Darlina berdebar seperti yang dirasainya? Eh…kenapa pula aku hendak berdebar? Yang kahwinnya Darlina, aku hanya menyaksikan sahaja. Zainab berusaha mengawal perasaannya. Dia tak mahu berlebih lebih.
‘Akak tahu tak?’ Dayang yang setia di sisi mengajukan soalan kepadanya.
‘Apa?’ Zainab berbisik sambil matanya melihat Darlina menerima satu persalinan barang kemas ketika membatalkan air sembahyang.
‘Akak cantik sangat malam ni. Macam pengantin pulak Dayang tengok.’ Ish…mengampu betul budak Dayang ni.
‘Jangan nak mengada ok…’ Zainab mencucuk pinggang Dayang dan mereka sama bergelak berdua tanpa menyedari ada sepasang mata memandang sejak tadi.

Zainab membawa diri ke dapur semasa kaum keluarga yang lain berada di ruang tamu bersama-sama pengantin baru. Tiba-tiba tekaknya berasa haus. Saat dia ingin meneguk air, satu suara garau menegur dari belakang.
‘Hai…’ Dek kerana terkejut, gelas yang dipegang terlepas dari tangan lalu berderai di lantai.
Zainab memandang gerangan empunya suara. Di dadanya penuh debar yang hebat. Dup dap dup dap tiada henti.
Siapa ni?
Seisi keluarga Dayang berkumpul di dapur, barangkali terkejut mendengar bunyi gemerincing kaca terhempas.
‘Kenapa ni Nab? Apa yang kau dah buat ni long?’ Puan Kamsiah bergegas menuju Zainab yang jelas terkejut. Dia mengusap bahu Zainab dan mendorongnya duduk di kerusi.
‘Haaaaaaaaaaaaa, apa yang abang long dah buat pada Kak Nab ha… semua orang ada kat luar, abang dengan Kak Nab ada kat dapur…’ Dayang cuba menyerkap jarang. Dia sememangnya gadis yang suka mengusik.
‘Nab minta maaf makcik…Nab cuma terkejut saja. Dah pecah dah gelas makcik.’
‘Janganlah kau susahkan gelas makcik tu Nab. Yang penting kau tak apa-apa. Jom-jom kita keluar.’ Puan Kamsiah menarik tangan Zainab.
‘Nab nak kemaskan kaca-kaca ni dulu makcik.’
‘Tak payah Nab. Biar Mak Non je uruskan.’
Zainab hanya menurut. Semangatnya belum kembali…

Keeseokan harinya, Zainab bersendirian balik ke Kuala Lumpur. Dayang akan balik beberapa hari lagi. Dan sebelum dia bergerak, Dayang menghulurkan sekeping namecard kepadanya.


Mohd Daus Bin Daud
Pengarah Urusan DD Auto, Pasir Gudang.
019-7766554


Ooooo….. Zainab hanya tersenyum. Dia segera bersalaman, malah berpelukan dengan keluarga Dayang, kecuali Encik Daud, he he he… dan Encik Daus, yang menyergahnya malam semalam…
Sampai jumpa lagi semuanya….
 *****
Deringan telefon berbunyi di saat Zainab selesai mengaminkan doa sembahyang Isyak.
Dia melihat nombor yang tertera. Asing. Tiada dalam phonebooknya. Dia tidak mahu melayan. Segera dia ke dapur membancuh susu, rutin malamnya. Sekali lagi Maher Zain memanggilnya. Nombor yang sama… Siapa ni? Zainab cuba mengingat. Ini nombor selatan, siapa ya… Alamak, ini nombor abang Dayang… tiba-tiba jantung Zainab berdegup kencang. Dengan lafaz Bismillah dia menekan butang answer…
‘Assalamualaikum.’
‘Waalaikumussalam.’
‘Nab, ni Daus ni.’
‘Ya..saya tahu.’
‘Saya dapat dari Dayang no telefon awak ni.’
Hummm…siapa lagi yang dapat memberikan nombornya kecuali cek mek itu.
‘Awak tak kisah kan Nab?’
‘Xpe la Daus…saya no problem.’ Betul ke kata-kata ni…
‘Pukul berapa tadi awak sampai?’
‘Dah lewat dah. Dekat Maghrib dah.’
‘Nab, awak selalu ke drive jauh-jauh ni?’
‘Saya dah biasa dah. Kalau tak siapa yang nak bawak saya.’
‘Awak kena jaga diri baik-baik tau Nab..sekarang ni kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku.’
‘Terima kasih la Daus, kerana ingatkan saya.’
‘Nab, saya nak mintak maaf dengan awak ni.’
‘Kenapa pulak?’
‘Saya tak sengaja sebenarnya semalam. Saya bukan sengaja nak kejutkan awak. Kebetulan saya lalu di dapur, tengok awak ada di sana, tu saya say hai.’
‘Awak betul-betul mengejutkan saya. Kalaulah saya ada penyakit jantung…hai selamat dah rasanya.’
‘Jangan la cakap macam tu Nab. Sebenarnya saya tak tahu awak siapa. Umi ada cakap kawan Dayang ada datang, tapi dia tak mention pulak yang mana satu.’
‘Dayang pulak tak bagitahu saya dia ada abang yang suka skodeng.’
‘Hi hi hi…Awak jangan percaya sangat kata-kata Dayang tu Nab…karang macam-macam dia cakap pasal saya.’
‘Dayang tu istimewa Daus…saya sayangkan dia seperti adik saya sendiri.’
‘Betul kata awak tu Nab, dia terlalu istimewa buat kami. Tapi umi cakap, awak pun istimewa jugak Nab.’
‘Apa la istimewanya saya ni Daus…’
‘Umi kata awak pandai masak.’
‘Semua orang pun pandai masak..’
Hai, bijak sekali si Daus ni berbicara, serasa seperti telah kenal lama…selesa bersembang dengannya.
‘Nab…’
‘Mmmm…’
‘Izinkan saya mengenali awak lebih dekat ya…’
Zainab terpana. Kata-kata Daus menusuk hati. Apakah maksudnya. Dia dilanda debar sekali lagi.. Debar seperti saat-saat pertama kali hatinya dimiliki….
Stylish Thankyou

Saturday, December 22, 2012

Kemabukan Perfume

 
Cerita tentang perfume pula. -_-
 
Cheq sue bukan tak pakai perfume ni. Dulu2 ada juga pakai Euchanteur, lepas tu pakai wangian AVON, ada pulak Ralph Lauren, Burberry dan Channel, semuanya dalam botol kecik2 ala tester gitu. Tapi tak tahu la ya, sejak beberapa tahun kebelakangan ni, hidung dah tak boleh bau perfume. Jangan kata perfume badan, wangi-wangian untuk kereta, toilet, sabun/softlan atau  wangian dalam rumah pun tak boleh. Senang kata, apa2 saja yang ada bau memang alah betul. Kalau guna pelembut pakaian tu kira tahan nafas jelah sebab terpaksa. Asap rokok jangan cite la, tetap dok no 1.
 
Kadang2 nak aje bagitahu sape2 yang wangi sangat tu, ERRR, JANGAN PAKAI PERFUME BOLEH TAK? Tapi tak senonoh la pulak kan? Apa kes pulak kita, orang beli sampai 2 3 ratus kita yang sibuk tak bagi dia pakai. Kadang2 nak je bagitahu, ni pakai ke mandi perfume. Duduk 4 batu dah boleh bau. Biasanya kalau dah tak tahan sangat, memang cheq sue akan tutup hidung, bernafas ikut mulut. Kalau pagi2 tu lagi la, dengan bau perfume bermacam jenis, campur asap rokok, adehhhh kejap aje sakit kepala mencucuk. Silap gaya satu hari angin satu badan.
  
Konon2 nak miliki perfume ni, tapi dah x jadi, blh tengok aje
 
Saya ada la jugak bertanya pada seorang cikgu sains di sekolah. Kenapa jadi macam ni. Katanya mungkin saya alahan alkohol (bukan arak tu ya *_*). Eh, macam tu pun ada ya...baru tahu. Tak tahu la pulak di mana sahihnya, apa kaitannya secara saintifik. Yang penting, sape2 yang nak naik kereta saya tu sila la jangan pakai perfume, kalau tak kena tukar driver :). Kalau saya naik kereta orang yang ada Ambi Pur atau yang sewaktu dengannya, memang saya akan offkan. Hai, tak tahu la spesies mana saya ni. Agak2 kat luar tu ada tak orang mcm saya?
Wassalam