Monday, December 24, 2012

Musim Hujan Kali Ini

 
 
 Sumber gambar di sini
 
Sekarang tengah musim hujan di Kelantan. Ianya bermula agak lewat, hampir di penghujung Disember dan dijangka berlarutan sehingga awal Januari 2013. Di kampung saya sendiri sudah berhari-hari hujan tanpa henti. Bila dah hujan ni faham-faham sajalah, beras cepat saja habis. Ubi badak dan kawan-kawan kerap menjadi mangsa. Makan nasi dengan ikan goreng pun lalu. Seksa sungguh macam ni. Tak makan, rugi! -_-
Pagi tadi saya ke bandar Pasir Puteh. Dalam hujan lebat tu tak sangka banyak tempat di jalan raya dah dilimpahi air. Rata-ratanya di kawasan sawah sudah bertukar menjadi lautan. Agak takut jugak bila nak lalu, kereta kita dah la lowered, mintak-mintak jauh jangan mati tengah jalan. Antaranya tempat-tempat biasa seperti di depan SMK Jeram, di baruh Telipot & baruh Jeram, di baruh Wakaf Tukop dan di Saring.
Hala baliknya saya ikut jalan Padang Pak Amat - Jeram setelah mengisi minyak di Caltex Kampung Wakaf. Kata pakcik yang sama ada di situ, 'berat la tahun depe budok nak skoloh, dua la sari baju skoloh ni. Hok keno gi hata jauh tu gak payoh la...' (Nak transete ke? Takyah laaaa...). Dalam radio sudah menyatakan pemindahan berlaku di Terengganu manakala penduduk Kelantan khasnya yang tinggal berdekatan Sungai Golok sudah mula berjaga-jaga dan membuat persediaan awal untuk menerima arahan perpindahan.
Dok fikir jugak ni, macam mana laluan Sungai Durian? Harap-harap masih boleh dilalui. Sekian dikongsikan.
 Wassalam...
Stylish Thankyou

6 comments:

  1. mmg skrg musim ujan..kt klang ni pun tiap2 hari hujan..

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Sue.betul tu...thn ni musim hujan lewat sikit.bila hujan...sejuk2 mmg perut cepat keroncong minta diisi...teringat masa dulu, mak awal2 beli stok mcm2 ubi dan ikan jeruk bila nak musim bah gini....

    ReplyDelete
  3. Assalam sue, akk seronok musim banjir kalo balik kampung, minggu lepas masa akk balik tu pun dah hujan..kalo berjalan basah kaki seluar heheh seronok sangat, nasib baik merasa juga.

    Masa akk blk tu sekitar pasir mas belum naik air lagi, sawah2 masih ada lagi anak2 padi yg ditanam, agaknya la ni mesti dah jadi lautan.

    Klao kampung akk bukit nan hujai je ada, dpt rasa hujan je lah

    ReplyDelete
  4. cikgu sue.
    moga semua dipermudahkan ya..kasihannya..

    ReplyDelete
  5. tu la.. hujan kuat2 ni.. dengar berita mmg sana banjir sudah... harap2 beransur baik dengan cepat lah... dah nak bukak skolah ni kan.. sian budak2 nak gi skolah plak..

    ReplyDelete
  6. Di pantai timur Sabah pun hari2 hujan.... ada juga kawasan yang tenggelam... harap buka sekolah tahun depan semuanya okey.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]