Zainab
siap mengemas begnya. Minggu ini dia mahu balik kampung. Sudah lama dia tidak
bertemu emak dan ayahnya. Kekadang, kekangan masa dan tugas menjadi penghalang.
Dayang juga sudah balik ke kampung. Katanya cuti semester selama dua bulan.
Alahai…sunyi lah hidup Zainab tanpa gadis yang suka bertanya itu..
Dua
jam memandu, Zainab sampai di kampung. Emak yang sejak minggu lepas diberitahu,
setia menunggu di birai pintu sambil mengukir senyum. Begitulah selalunya jika
anak-anaknya balik.
‘Assalamualaikum
mak…’ Zainab memberi salam lantas memeluk emaknya erat.
‘Waalaikumussalam
Nab. Meh masuk…’ Mak Jah emaknya menggapai tangan Zainab dan menariknya ke
dalam.
‘Ayah
mana mak?’ Zainab yang menyedari ayahnya tiada bersama segera bertanya. Di
rumah itu hanya tinggal mereka berdua setelah dia dan abangnya Zamani bekerja
di tempat lain.
‘Ayah
ke kedai, beli lauk. Abang Zamani pun cakap nak balik harini, dia bertolak
selepas Kak Aisyah habis kerja. Dah kebetulan semua anak-anak cucu nak balik…mak
suruh beli lauk sikit.’ Mak Jah memberitahu
sambil tangannya menuangkan air untuk Zainab.
Abang
Zamani balik? Seronoknya. Sudah lama jugak Zainab tidak bertemu dengan anak
saudaranya Delaila. Sekali sekala berkumpul bersama-sama memang bahagia.
‘Lama
Nab cuti?’ Mak Nab mengajukan pertanyaan setelah dia melihat Zainab terdiam.
‘Tiga
hari je mak. Ini pun kebetulan Isnin ni memang cuti umum. Kenapa mak?’
‘Kenapa
Nab tak ajak Dayang balik sama?’
‘Dayang
dah balik kampung mak. Cuti dua bulan.’ Zainab tidak memandang emaknya. Dia
terus mengunyah kuih abok-abok yang ada di depannya.
‘Esok
mak ngah buat kenduri, dia ajak kita semua pergi.’
‘Kenduri
apa mak?’ Zainab merenung emaknya.
‘Si
Jamil kan nak kahwin, Nab dah lupa?’ Mak Mah tersenyum memandang Zainab. Anak
dara tunggalnya itu walaupun sudah agak berusia, tetapi kadang-kadang masih
seperti anak remaja.
‘Ye
ke…’ Serasanya Jamil baru berumur 22 tahun, sudah mahu berkahwin. Esok, siaplah
dia menadah telinga mendengar ceramah mak ngah yang selalu sangat bersusah hati
kerana statusnya yang belum berkahwin-kahwin itu. Aduhai mak ngahku….
‘Kamu
bila lagi Nab..si Jamil ni baru 22 tahun, dah jadi laki orang dah.’ Seperti
yang dijangka, mak ngah segera menembaknya dengan kata-kata keramat itu.
Zainab
hanya tersenyum. Emaknya juga tersenyum. Kak Aisyahnya turut tersenyum.
‘Kau
jangan tunggu lama-lama Nab…jangan memilih sangat. Mak ngah ni risau betul kat
engkau.’
Belum
pun sempat Zainab membalas, mak ngah berterusan berceramah.
‘Mak
ngah…bukannya Nab tak nak kahwin, tapi belum ada jodoh lagi. Belum ada rezeki
Nab lagi.’
‘Kalau
mak ngah tolong carikan macam mana?’
Zainab
seperti hendak terguling-guling mendengar kata-kata mak ngahnya.
‘Tak
apa lah mak ngah… Kalau ada nanti Nab bagitahu ye…’ Segera dia menyalami mak
ngahnya dan menghulurkan RM 100 sebagai duit berkat. Walaupun sudah diberikan
hadiah kepada Jamil, dia tidak lokek untuk memberi lagi.
Dan
selepas itu mak ngah terus senyap. Dia tersenyum menggenggam not ungu diberikan
Zainab.
*****
Zainab
termangu di atas buaian yang tergantung di dahan rambutan di depan rumahnya.
Matanya memandang rumah yang di diami emak dan ayah. Rumah itu sudah banyak
berbeza berbanding beberapa tahun yang lalu. Semuanya hasil perubahan yang
dilakukan oleh Zainab dan abang Zamaninya. Mereka ingin memberikan keselesaan
maksima buat insan-insan terpenting dalam hidup mereka. Dan seketika kemudian
matanya melihat kereta Toyota Camry putih miliknya. Sebagai ketua akauntan di
Mesra Iklan, dia mampu dan berhak memiliki kereta itu yang diistilahkan ibunya
sebagai kereta orang kaya. Zainab tersenyum. Dia memiliki segalanya dalam hidup
ini. Ibu bapa yang terbaik, kerjaya yang bagus, kewangan yang stabil, kasih sayang
yang melimpah ruah dari keluarga serta raut wajah yang sedap dipandang. Apa
yang dia tiada hanyalah seorang suami. Ya…dengan kata lain dia belum berkahwin.
Agaknya orang lelaki takut nak dekat dengannya. Takut jika tak mampu memenuhi
keperluan lahiriahnya sedangkan dia tidak mahukan semua itu. Dia teringat kata-kata
mak ngah pada hari perkahwinan Jamil. Dia tahu bukan mak ngah sahaja yang
risau. Emak, ayah, abang Zamani, Kak Aisyah
mahupun Delaila sangat bimbang kerana dia belum
dimiliki. Kalau dulu dia pun agak risau dengan statusnya, tapi kini dia redha.
Allah Maha Berkuasa, Dia yang merencanakan semuanya. Masakan Dia membuat semua
ini tanpa alasan apa-apa. Zainab mengambil ini sebagai dugaan Allah kepadanya. Allah
tidak akan menduga seorang hambaNya jika dia tidak mampu mengatasinya.
Zainab
sebenarnya bukanlah tidak pernah bercinta..bukan tidak pernah menyulam impian
bahagia dengan kekasihnya. Mak Jah dan Pak Din memang tahu kisah itu dan amat
memahami. Tiba-tiba terlintas di fikirannya Syed Hamdan.
Di mana agaknya dia sekarang? Sudah berapa orang anaknya? Lelaki berketurunan
Arab itu pernah bertakhta di hatinya, yang dirindui saban waktu. Lima tahun
Zainab dan Syed Hamdan bercinta tetapi apakan daya keluarga Syed itu tidak mahu
menerimanya sebagai menantu. Mereka bertegas ingin mengekalkan status Syed dan
Syarifah yang tidak dimiliki Zainab. Dan sudahnya cinta yang bersemi hancur
begitu sahaja. Apabila emak Syed Hamdan, Paduka
Syarifah Zahrah memberi kata dua, memilih Syurga atau Neraka kepada Syed
Hamdan, Zainab segera berundur dalam paksaan. Dia tidak mahu menjadi penyebab
keberantakan keluarga ternama itu. Dan berita terakhir didengari, Syed Hamdan
sudah bernikah dengan Syarifah Soffea, sepupunya
dari Pakistan. Dan semenjak ini dia
membuang jauh-jauh Syed Hamdan dari kotak fikirannya.
Zainab
menyeka air mata yang mengalir tanpa dia sedari. Bila mengingatkan kisah
lukanya…mudah sahaja dia dilanda kesedihan. Masakan tidak, setahun dia bangkit
sebelum menjadi sekuat ini. Selepas itu dia tidak pernah menutup pintu cintanya
buat sesiapa pun tetapi belum ada yang datang mengetuknya… Zainab dilanda hiba
tiba-tiba…
‘Nab….sudahlah
tu.’ Teguran ayahnya memintas segala khayalan.
Mak
Jah duduk di sampingnya. Segera dia memeluk anaknya memberi sokongan. Dia tahu
apa yang difikirkan Zainab.
‘Anggaplah
ini semua dugaan Nab. Ayah percaya satu hari nanti jodoh Nab akan tiba.
Bersabarlah.’
Terima
kasih ayah, terima kasih emak. Kalaupun perkara nikah kahwin itu bukanlah
perkara utama, Zainab tidak mampu menghuraikan kekusutan hatinya saat ini. Ya
Allah Engkau kuatkanlah hatiku…
*****
Minggu
ini tersangatlah memenatkan. Zainab perlu menyiapkan akaun
syarikat..mengimbangi mana yang perlu dan membuat laporan. Begitulah selalunya
apabila tiba akhir tahun, banyak yang perlu diselesaikan sebelum membuka akaun
baru tahun berikutnya.
‘Kau
tak balik lagi Nab?’ Teguran Jauhari mengejutkan Zainab yang memejamkan mata
seketika.
‘Sekejap
lagi la aku nak siapkan ni ada sikit lagi.’ Dia membalas seadanya.
‘Macam
ni la nasib orang bujang ye…sibuk manjang di pejabat.’ Dengan nada berbaur
sindiran, Jauhari berkata perlahan.
‘Ha
ah la. Kalau dah kahwin, asyik kena layan suami pulak. Si suami pun bukan boleh
harap, balik kerja bukan nak tolong isteri, sibuk nak ke dangdut la bagai.’
Zainab menjawab geram. Sesekali Jauhari perlu diajar.
Jauhari
terkesima. Biasanya Zainab jarang membalas kata. Dia termalu sendiri. Nampaknya
sikap buruknya yang suka ke kelab dangkut telah diketahui.
Hah…padan
muka. Asyik mengenakan orang saja. Kau ingat orang tak tahu perangai buruk kau
tu…bebel Zainab, tapi hanya dalam hati.
Zainab
sebenarnya tidak tahu kenapa Jauhari begitu suka mengusiknya. Kalau la dilihat
dalam pejabat ni Azura pun belum berkahwin…Kamal pun masih bujang tetapi tak
pula diusiknya. Agaknya Jauhari sukakan Zainab? Sebab itu lah selalu
diusiknya. Alamak…tak mungkin…tidak….
Zainab
tergelak kecil. Cek Mat yang kebetulan lalu di situ menegur..
‘Amboi
Nab. Apa yang awak gelakkan tu?’
‘Eh..Cek
Mat tak balik lagi?’ Zainab tidak menjawab soalan Cek Mat tetapi mengajukan
soalan pula.
‘Saya
kena keluar sekejap ni. Awak jangan lama-lama Nab..kerja tu kalau tak siap
besok aje awak sambung.’ Cek Mat sentiasa prihatin dengan staf-stafnya.
Zainab
menghantar Cek Mat dengan ekor mata sehinggan bosnya hilang di balik daun
pintu. Sekelilingnya sudah senyap sunyi. Jam sudah menginjak ke pukul 6 petang.
Dia memasang rangkaian lagu-lagu Maher Zain sebagai peneman. Zainab tenggelam dalam kesibukan. Dia tekun
menyiapkan kerja. Tanpa sedar sudah pukul 8 malam. Kerjanya juga telah siap.
Alhamdulillah…
Sebaik
sahaja dia ingin keluar dari pejabat, baru dia perasan lampu di bilik Cek Mat
masih menyala. Dia segera mengetuk pintu.
‘Masuk…’
Terdengar suara dari dalam. Eh…ada orang lagi rupanya. Zainab segera menguak
daun pintu.
‘Bila
Cek Mat masuk? Saya tak nampak pun tadi. Saya ingat tak ada orang, jadi nak
tutup lampu.’ Sungguh, dia ingat Cek Mat sudah balik.
‘Macam
mana awak nak perasan Nab oi… khusyuk benar dengar Maher Zain… Eh jom kita
makan dulu Nab sebelum awak balik. Emak dengan anak-anak saya tak ada hari ni,
balik ke kampung. Awak teman saya boleh Nab?’
‘Saya
pun belum makan lagi ni Cek Mat. Saya tunggu dekat restoran depan ni ye. Cek
Mat siap-siap la dulu.’ Khusyuk dengar Maher Zain? Aduiiii malunya ditegur bos
begitu.
Zainab
sebenarnya tidak mahu berlama-lama di dalam bilik itu. Dia sentiasa sedar akan
dirinya dan seboleh-boleh ingin mengelak dari sebarang fitnah. Sekarang ni
macam-macam boleh berlaku.
salam
ReplyDeleteSilap bace. Ada part 1 rupanya..jap back post dulu
Salam kenal cikgu.
salam..lor cheqsu..CW ingat silap blog tadi..lame tak menjenguk..dah siap tulis novel lak?hihi...
ReplyDelete