Dan Bunga Pun Berkembang ~ Preview
Dengan berkat rahmatNya, dapat juga saya berkongsi noveleg ke 5 di dalam blog ini. Setelah hampir setahun, dengan pelbagai kesukaran, ada masanya melimpah dengan idea, ada masanya terkebil-kebil saja... DBPB masih ada sedikit yang perlu dihabiskan. InsyaAllah akan ada kesudahannya. Selamat membaca semua.
DBPB mengisahkan perjalanan hidup seorang perempuan Zainab Atikah yang ditakdirkan Allah lambat bertemu jodoh tetapi akhirnya dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan melengkapkan hidupnya. Tetapi atas kuasa Allah juga suaminya Daus kembali kepada pencipta sebelum sempat menatap wajah anak-anaknya. Dengan segala kepayahan, kesukaran dan cabaran kehidupan, Zainab membesarkan anak kembarnya dengan penuh kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu. Dalam masa yang sama, dia turut dikasihi dalam diam oleh majikannya sejak dulu. Tanpa sedar dia menjadi ibu dalam diam kepada 3 orang anak majikannya yang sangat-sangat mendambakan kasih sayang seorang ibu.
Dapatkan Zainab menerima huluran kasih Cek Mat? Mampukah dia menjadi ibu sebenar kepada anak-anaknya dan juga anak-anak majikannya itu? Bagaimana pula penerimaan keluarganya? Bersamalah kita membaca....
Best ceritanya tu berdasarkan sinopsisnya...
ReplyDeleteberbakat rupanya ciksu nie kan:)
ReplyDelete