Friday, December 28, 2012

Biskut Green Peas

 
 
  Kembali dengan entry dari dapur. Projek masa cuti sekolah sebenarnya ni, tak dapat nak dishare masa dok kg dek kerana tertinggal USB kamera. Dah lama nak cuba biskut ni walaupun diluar musim perayaan. Apa salahnya kan, sekadar buat kudapan sesaje sambil tengok tv. Bawa balik kg tak sangka la pula emak den gemar memakannya. Ayahanda pulak ingatlan buah mulur (buah melaka *_*).

Yang kelakar masa buat biskut ni, tengah2 adun tu baru perasa tepung yang dibeli tu tajuknya TEPUNG KACANG HIJAU. Errrr, nak tanya soalan bodoh sikit... tepung kacang hijau tu sama ke tak dengan tepung green peas? Rasa-rasa macam tak sama...tapi dah tersilap beli tu saya adunkan juga. Rasa2nya tepung ni sesuai untuk dijadikan kuih apa tu namanya, yang letak tahu minyak tu... tetibe lak tak ingat :(

Bukan hape, masa adun tu dah perasan, kenapa warnanya macam kelabu keperangan sikit, bukan ala-ala hijau. Tak apalah, silap2 pun semua dah habis masuk ke perut. Untuk resepi ni cheq sue ikut sebijik2 resepi yang di cnp dari Kak Nik Ja. InsyaAllah kalau dah betul2 jumpa TEPUNG GREEN PEAS tu, kita akan buat pulak. TQ pada yang berkongsi resepi ni. Tak hancur! Suka sangat. Wassalam..

 
BISKUT GREEN PEAS
Resepi : Along Roz
Sumber : Kak Nik Ja a.k.a Mokwo

Bahan2:
1 cawan tepung green peas (cheq sue beli kat MAIDIN)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung jagung (mokwo tambah)
1 sudu besar marjerin( mokwo tambah)
minyak jagung secukupnya

glaze:
kuning telur secukupnya

Cara:
satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung
tuang minyak jagung sedikit demi sedikit dalam adunan tepung di atas sehingga adunan boleh di gentel atau di bentukkan
ambilkan 1/2 sudu besar adunan dan bulatkan. buat sampai habis
sebelum di bakar, glis dengan telur kuning di atasnya
mokwo guna oven pada suhu 170 C selama 15-20 minit. biskut nih senang nak hangus, so pepandailah adjust oven masing2

Stylish Thankyou

3 comments:

  1. amboii rajinnya ciksue nie..suka mkn biskut nie..nk buat malas btl h ehhe tgok org buat..sedap jew:)

    ReplyDelete
  2. Assalam sue, kuih Koleh kacang yg akk rasa yg sue maksudkan itu.

    Nasib baik menjadi juga guna tepung kacang hijau ya, akk pun tak jumpa tepung green peas tu, mesti sedap sekuk ni

    ReplyDelete
  3. aaaahhh sedapnyer semekut cookies nih

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]