Zainab
memandang wajahnya di cermin. Ada kedukaan dan kesuraman di situ. Di birai
matanya ada sisa-siasa air mata yang mengalir tanpa sedar. Hatinya terguris,
terluka dek kata-kata teman sepejabatnya, Jauhari yang terkenal bermulut
lancang. Kata-katanya tajam bak pedang, luka walaupun tak berdarah tetapi
sakitnya menusuk jiwa. Apa yang dikatakan Jauhari memang benar, memang nyata.
Dia memang anak dara tua. Pada umurnya 35 tahun sudah layak dia berkahwin, bersuami dan
mempunyai anak-anak sebagai pelengkap hidup. Tetapi semua itu tiada..dia hanya
bersendirian. Pun begitu adilkah bagi Jauhari berkata sesuka hati kepadanya?
Adilkah dia dikata anak dara tua sedangkan dia tidak ingin begitu. Dia seperti
insan lain jua, mahu mengecap nikmat hidup berkeluarga, tidak seperti sekarang
hidupnya terlalu sunyi dan keresahan. Namun apakan daya, ajal maut jodoh
pertemuan letaknya di tangan Allah Yang Maha Berkuasa, dia sebagai hamba yang lemah
lagi tak berdaya tak mampu menahan takdir. Akhirnya Zainab mengambil keputusan.
Biarlah apa yang hendak Jauhari katakan. Biarlah puas hatinya menghina. Selagi
dia belum menyalahi undang-undang mahupun hukum alam, biarlah sesiapapun mahu
berkata apa jua kepadanya…biarlah… perlahan Zainab menyapu air matanya. Dia
tersenyum memujuk dirinya sendiri.
*****
‘Kak
Nab ni tak habis-habis kerja. Sampai bawa balik ke rumah.’ Sapa Dayang, teman
serumah Zainab. Anak gadis berumus 24 tahun itu masih menuntut di UKM. Telah
setahun menyewa dengannya.
‘Biasa
la kerja akak ni Dayang, tak pernah habis. Ni akak kene setelkan, besok Cek Mat
nak tengok.’ Zainab menjawab sambil tersenyum kepada Dayang.
‘Agaknya
orang dah kerja memang sibuk macam ni ekk.’ Dayang bertanya lagi.
Zainab
memandang. Betapa naifnya Dayang yang mentah pengalaman.
‘Tak
semua orang macam akak ni. Nanti kalau Dayang dah kerja baru tahu macam mana
keadaannya.’ Zainab mengulas.
‘Nasib
baik akak belum kahwin, kalau tak mesti susah.’
Isk
isk isk… Tajam sungguh kata-kata budak Dayang ni. Terkesima Zainab seketika.
‘Apa
yang susahnya?’ Dia sekadar menduga.
‘Ha
lah…dengan anak-anak lagi, dengan suami lagi, dengan kerja lagi, mesti susah
nak bagikan masa.’ Dayang petah menuturkan kata. Macamlah dia tu pernah merasa
bagaimana.
‘Dayang…kalau
akak dah kahwin nanti pandai la akak ejas timing akak.’ Alangkah hibanya dia
menuturkan kata-kata itu.
‘Allah….’
Tiba-tiba Dayang memandangnya.
Hai…apa
pula ayat nya kali ini. Zainab menunggu.
‘Maafkan
Dayang akak. Dayang tak sepatutnya cakap macam tu.’ Barangkali sedar dengan
keterlanjuran katanya, Dayang segera memohon maaf. Dia baru sedar bahawa urusan
nikah kahwin ni terlalu sensitive buat Zainab.
‘Ish…tak
ada apa lah Dayang. Akak takde apa pun…akak dah lali dengan semua ni. Bagi akak
Allah belum mengizinkan akak untuk berdua. Mungkin ada hikmahnya akak belum
kahwin. Kalau akak dah kahwin dah tentu Dayang tak boleh duduk sini.’ Panjang
lebar Zainab menjawab, dia tidak mahu Dayang berasa ralat. Lagipun dia sudah
nekadkan dalam hati tak akan ambil hati dengan perkara-perkara ini.
‘Kalau
Dayang tanya akak marah tak?’ Pertanyaan Dayang menghentikan kerja-kerja akaun
yang dilakukan Zainab.
‘Apa
dia?’ Zainab memandang Dayang yang memandangnya.
‘Akak
suka lelaki macam mana ya?’ Dayang bertanya.
Amboi…macam
wartawan pencen pulak dia menyoal.
‘Kalau
Dayang, nak yang macam mana?’
‘Eh
Kak Nab ni, Dayang muda lagi lah…’ Merona merah wajahnya. Sebab itulah Zainab
serasi dengan Dayang. Gadis itu ibarat adiknya.
InsyaAllah
Dayang…kalau ada rezeki akak, ada izin Allah, satu hari nanti akak akan
kahwin…ada suami, ada anak-anak…tetapi masanya akak belum pasti….detik Zainab
di dalam hati…
*****
‘Bagus
Nab…saya suka dengan cadangan awak untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan
kewangan syarikat kita. Lepas ni awak boleh kemukakan kertas cadangan untuk
saya bawa ke mesyuarat lembaga pengarah.’ Ketua jabatan kewangan tempat Zainab
bekerja, Encik Mohamad atau lebih dikenali
dengan panggilan Cek Mat di kalangan staf-staf Syarikat
Mesra Iklan sentiasa bersetuju dengan apa jua cadangannya.
‘Mesti
lah bagus Cek Mat, naik pening kepala saya memikirkannya. Sampai tak tidur saya
malam tadi.’ Zainab menjawab dengan nada yang senang. Dia dan juga staf lain
senang berurusan dengan lelaki bermisai itu. Masih muda, baru 40 tahun tetapi
sudah menduda. Isterinya meninggal ketika melahirkan anak sulung. Bukan
seorang, tetapi tiga orang semuanya.
‘Awak
takpe Nab, belum ada komitmen lagi. Macam saya ni, mana nak fikir hal ofis,
mana nak fikir hal budak-budak lagi. Nasib baik emak saya boleh temankan kami.’
Cek Mat berkata dan memandang tepat ke arah
Zainab.
Aikkk…
Cek Mat pun sama nak ngenakan dia.
‘Nak
buat macam mana Cek Mat…orang bujang la katakan.’ Zainab hanya tersenyum
hambar.
‘Jangan
terasa ye Nab…’ Agaknya terperasan dengan perubahan wajah Zainab, Cek Mat
segera meminta maaf.
Zainab
mengukir senyum lagi… dia segera meminta diri. Ada juga saudara Jauhari di
pejabat ni…detiknya. Malas dia nak fikir…segera dia menyambung kerjanya.
*****
Zainab
mengajak Dayang menemannya ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur yang
telah habis. Selalunya mereka memang senang keluar berdua. Sedang Zainab
memilih bahan-bahan mentah,bahunya disentuh seseorang. Segera dia memalingkan
diri. Dahinya berkerut. Cuba mengingati gerangan raut wajah yang tersenyum
kepadanya.
‘Zainab
kan?’ Tegur wanita yang cantik berbaju kurung bertudung litup.
‘Ini
siapa ya?’ Zainab masih belum mengingati raut wajah itu. Memorinya low.
Processornya sudah slow.
‘Ini
Zetty la Kak Nab. Sama course di UK dulu. Ingat tak?’ Zetty? Zetty? Aduh…yang
mana ye?
‘Haaaaaa
baru akak ingat. Ye ye…akak dah ingat dah Zetty. Maklumlah dah tua-tua ni
ingatan pun dah kurang.’ Balasnya sambil tersenyum. Segera dia bersalaman dan saling berpelukan.
‘Lamanya
tak jumpa akak. Macam mana sekarang?’ Alamak…ni mesti terkeluar bab tu nanti…
‘Akak
macam ni la Zetty…’ Lemah aje jawabnya..tetapi masih tersenyum.
‘Akak
datang sorang je? Mana suami akak?’ Zetty berterusan bertanya. Suami? Gulp….
Dia dah agak dah…
‘Ni
suami saya kak, Amran. Ni pulak anak saya Karmilla.’ Zetty mengenalkan suami
dan anaknya yang baru datang.
Zainab
tersenyum memandang Amran dan mengagah Karmilla di atas dukungan.
‘Comel
anaknya. Akak ni kahwin pun belum.’ Zainab tersenyum lagi.
‘Hah…maafkan
saya kak. Saya tak tahu.’ Zetty memaut bahunya, serba salah.
Zainab
tersenyum lagi…dia memandang Dayang…
salam cheq sue...kawan2 dan sedara mara akak ramai yang masih belum berkahwin walau sudah berumur...tapi kalau dpt kawin dgn lelaki yg teruk pun tak guna jugak kan!
ReplyDeletejodoh itu , Allah yg tentukan...akak ni pun dulu org dah label kan dgn gelaran andartu....pada hal umur akak baru 25 tahun....sebb nya akak ni jenis tak ada boypren dan tak reti kawan2 dgn lelaki...tapi sapa tau...tup2 akak jugak yg kawin lebih awal dari teman2 akak yg sibuk berpacaran ke hulu hilir...hihi...mcm2 lumrah dunia!
setia menanti sambungan cite nih!
ok..
ReplyDeleteDone !
Sensitif ni..erm..