Wednesday, July 3, 2013

Asam Sunti

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 lapuk di dalam draft. Lama jugak terperuk ni. Fikir2 sayang pulak kalau tak dikongsikan dengan kawan2 walaupun bukanlah saya yang menghasilkannya. Alkisahnya semasa ke Acheh cuti lalu, kami semua acapkali dihidangkan dengan Gulai Acheh yang menggunakan asam sunti. Jadi mereka memberikan sedikit kepada kami sebagai buah tangan untuk di bawa balik. Errr, belum sempat lagi nak cuba masak guna asam sunti ni. Nanti la kalau ada kesempatan saya akan buat dan kongsikan di sini.

 Bahan utama membuat asam sunti ni adalah belimbing buluh. Di sana mereka banyak menggunakan asam sunti dalam masakan. Lebih kurang sama dengan penggunaan asam keping la kalau di tempat kita ni.

Dalam pada dok sembang tu sempat la jugak saya bertanya bagaimana asam sunti ni di hasilkan. Tak la susah sangat. Kalau ada banyak buah belimbing buluh tu boleh la cuba buat asam sunti ni. Kalau tak dibuat Gulai Acheh, campur dalam sambal ikan bilis pun sedap juga.

Saya kongsikan resepinya di sini kalau-kalau ada yang mahu mencuba.


ASAM SUNTI
Resepi : Pn Eni

Bahan-bahan :
Belimbing buluh
Garam halus

Cara membuatnya :
Belimbing buluh dibersihkan
Gaul dengan garam halus. Biar seketika
Jemur pagi hingga petang (dibawah matahari)
Toskan di dalam penyejat untuk menapis air dari belimbing buluh.
Ulang langkah ini untuk dua hari yang seterusnya.

Catatan :
Jika kurang garam asam sinti akan menjadi keras

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, July 2, 2013

Nasi Serai, Ayam BBQ Segera & Sos Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama tak buat nasi tumis. Sesekali bila teringin nak makan mula la membelek buku resepi. Berkenan pulak dengan nasi serai yang saya jumpa di blog Ika. Kebetulan ada stok ayam tu yang jadik je projeknya.

Saya buat pun tak banyak, dalam 1 cawan beras saja. Dapat la dua kali makan sampai kenyang. Yang dalam gambar di bawah ni saya buat bekal ke sekolah. Muram dan suram je gambarnya sebab snap pepagi. Nak buat camana, kalau masak banyak2 kang jenuh nak perabihkan. Cara nak membuatnya pun senang, saya guna je rice cooker. Alhamdulillah menjadi elok nasinya. Saya ni bukan pandai sangat guna beras basmathi, main agak-agak. Saya guna beras basmathi Moghul Faiza. Dengan 1 cawan beras tu saya guna 2 cawan air (beras tak rendam dulu). Berdebar jugak kot2 tak jadi tapi nasib baik peroi dan masak elok pulak. I loike!


Untuk lauknya pula saya hanya guna rempah segera BBQ Ummi dan diperap semalaman. Kemudian bakar dalam pemanggang ajaib. Sedap jugak rasanya. Tak payah nak renyah itu ini, tuang atas ayam dan perap je sehingga masa yang sesuai.

Oleh sebab nasi ni agak kering, saya sediakan sos mudah untuk di cicah dengan ayam. Lebih kurang sama je dengan sos untuk ayam bakar mandhi. Cuma yang saya buat ni main agak-agak suka hati je. Sebenarnya nasi ni kalau ada kuah2 macam dalca ke memang jangan cakap lah, terlebih2 sedap pulak jadinya.

NASI SERAI
Sumber : Ika (Arah)

Bahan-bahan :
2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
1 helai daun pandan-simpul
2 cawan air

Bahan tumis:
1-1/2 sudu mkn butter
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1/2 in halia-hiris
2 sudu teh rempah kurma
3 btg serai-ketuk
Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
Garam secukupnya
sedikit raisin hitam>>yg ni sesajer tambah! :D
Bawang goreng utk hiasan

Cara-cara :
Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.Kita makan dgn acar n kari ala rendang!

SOS MUDAH

Daun ketumbar (+ batang) + bawang besar + cili padi + tomato
Gula, garam secukupnya
Semua bahan ni blend separa hancur


 ********** (^__^) **********
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, July 1, 2013

Resepi Bibimbap - 비빔밥

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa la nak jadi dengan saya ni... Sejak balik dari PD memang rasa down sikit nak berblog. Nak kata malas ada la jugak. Semangat dah hilang agaknya dengan kesibukan di sekolah melayan budak2 yang tersangatlah banyak karenah. Tuhan sajalah yang tahu apa yang saya rasakan saat ini. Tapi tak apa, sikit2 rawat perasaan sendiri. *_*


Resepi bibimbap ni merupakan juadah yang terhasil selepas membuat gochujang. Maklumlah mood pun ala-ala Winter Sonata. Nak membuatnya pun senang. Kalau tengok dalam cerita Korea, seronok je bila nampak mereka gaulkan campuran bibimbap tu, penuh semangat dan nampak sedap. Kita pun boleh je buat, kalaupun tak menyerupai masakan sebenar, ada rasa sikit2 tu kira ok lah. Jadi saya cuba la buat bibimbap Melayu berpandukan resepi yang dikongsikan di internet.


Nampak tak tu? Dengan set mangkuk dan chopstick ala-ala Korea. Kuat sungguh la berangan, kan! Beli di DIY je. Bibimbap tu apa? Laaaa, lebih kurang macam nasi campur je. Lebur semua bahan-bahan dan gaul rata. Guna pepper paste dan tambah bahan sesuka hati, jadi je. Cuma bagi saya, bibimbap yang terhasil ni agak pedas kerana gochujang tu agak pedas sikit.


Cuma satu ajelah, masa buat ni saya tak terfikir nak campur gochujang tu dengan bahan-bahan lain. Jadi agak pekat sikitlah bila nak gaulkan semua. Tak apa, kali pertama mesti ada silap di mana-mana. Buat yang nak mencuba saya copy resepinya di bawah ni.




RESEPI BIBIMBAP
Sumber : Myilgi
Olahan : Cheq Sue

Bahan- bahan

Perap
1/4 cup daging/ ayam saya guna daging ayam
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
1/2 ts kicap
1/2 ts gula
1/2 ts lada hitam
1/2 ts minyak bijan

Sos
2 tbs gochujang
1/2 ts gula
1/2 ts minyak bijan
1/2 ts cuka
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
sedikit biji bijan

1 1/2 cup nasi putih
1 biji telur saya buat dadar dan potong memanjang
1 keping rumpai laut
1/4 cup kobis atau salad

1/4 cup kimchi
1/4 cup taughe
1/4 cup timun
1/4 cup cendawan
1/4 cup lobak merah
Saya tambah capsicum dan kangkung celur

Cara- cara

1. Daging dipotong dadu. Kemudian gaulkan dengan bahan perap. Biarkan.
2. Masak telur atas kuali leper. Angkat dan potong panjang2.
3. Potong timun, lobak merah, cendawan, kobis, rumpai laut
4. Letak minyak sedikit dan masak timun, lobak merah, cendawan, dan taughe sekejap + secubit garam
5. Cincang kimchi dan masak sekejap.
6. Masak bahan perap tadi sehingga masak.
7. Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan2 sos.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~