Friday, July 19, 2013

Black Pepper Lambchop & Co

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 
  
Lama sungguh tak berupdate blog ni. Dari awal Ramadhan sehingga ke 10 Ramadhan...asyik dengan sambal hitam tu je. Bukan apa, sibuk sikit la bulan puasa ni, tambah pulak baru je balik dari mesyuarat di KL. Dengan pulak line internet yang asyik ting tong. Tengok korang semua dah bersemangat buat biskut raya. Ewahhhh ewahhhhh dah datang mood raya la tu.

Tengok2 dalam draf, ada 2 3 resepi yang belum diupdate. Bulan puasa ni bukan tak masak, tapi masak yang ala-ala saja. Setakat makan saja2 tu bolehlah. Masak ikut suka main campak2...tak sampai hati pulak nak publish. Cuma hari ni saya nak kongsikan apa yang saya dah buat sebelum puasa baru2 ni iaitu lamb chop and the gang.
 


Dengan menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Kak Nor, alhamdulillah sangat kena dengan selera saya. Cuma saya tak mengikut la keseluruhan resepi, ada sikit yang saya ubahsuaikan mengikut selera sendiri. Macam sos black pepper tu saya tambahkan cendawan straw. Untuk mashed potato tu saya ikut je resepi dan alhamdulillah sedap sangat.



Terima kasih pada semua yang share resepi ni. Kalau ada yang nak berbuka ala western tu boleh la cuba resepi ni. InsyaAllah tak mengecewakan.

BLACKPEPPER LAMB CHOP
Resipi & Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.

SOS LADA HITAM
sumber : KasihSalina
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.
  
GARLIC MASHED POTATO
resipi : Mommamia@MyResipi
sumber : HanaMemories & K.Nor

Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper

Bahan-bahan untuk gravy : ~ k.nor skip gravy ni
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter

Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy : 
Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..

CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis ~ k.nor guna lady's choice magic mayo
2 sudu susu fresh
secubit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. Salam Kak,
    Wah complete set siap dgn mash dan gravynya..nmpk sgt sedap walaupun umi tak mkn lamb. Terliurr :)

    ReplyDelete
  2. assalam...
    hari ni saya tempek lambchop versi saya.. simple punya.. yang sini punya lagi complete.. :) sedap.. terliur aihhh..

    ReplyDelete
  3. wahhhh...sedapppnya...
    terliurr tengokk

    ReplyDelete
  4. Salam,, lama x update sekali update pjg Resepinya.. Puas Baca Hihihi
    Mcm Tu Jg Kak Ilah Minggu Ni Baru Merajen Kan Diri BW and Masuk Komen Semua Blog Kwn.. Sejsk Guna Galaxy tab Ni Tak Brp Cekap.. Ni Dah Pandai Dan Rajen Laa Sikit Hihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]