Tuesday, March 3, 2015

Ayam Bumbu Bali

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lari sikit dari menu ayam biasa. Kali ni buat ayam bumbu bali, yang dah lama nak try. Tak banyak, hanya guna ayam 4 ketul, makan dua kali. Rasanya sedap jugak, complete meal sebab saya masukkan ubi kentang sebagai sayur.

Uniknya lauk ni selain rempah2 yang digunakan, ia juga menggunakan susu cair yang mana saya rasa sangat unik kalau digunakan. Tapi saya tak masukkan buah keras sebab tak ada kat rumah. Kalau masukkan mesti jadi lagi lemak ayam ni. Walau bagai mana pun perut saya tak tahan mana dengan susu cair jadi saya hanya masukkan sikit je. Untuk kuah tu saya masukkan lebih air.


Memang puas hati dapat makan. Cuma kalau nak buat lain kali kena lebihkan kuah sikit, bila pekat2 ni a pun rasa nak tersedak aje........


TQ pada sumber resepi ni...

AYAM BUMBU BALI
Olahan dari  resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
Resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. wah mesti sedap ayam bumbu bali ni cheqsu terasa macam di Bali ni kot kan boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat ke Bali... dapat makan ayam ala Bali ni pun dah ok kak noor...

      Delete
  2. sedapnyaa..anak2 yana suka sgt klu nmpk ayam kaler merah gini..laju je mkn..nnt bleh try ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 suka mak terlebih lagi la Yana kan... maklumlah senang je nak masak ni

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]