Thursday, March 26, 2015

Bubur Nasi Ayam & Oat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bubur pilihan orang tidak sihat?

Tidak semestinya kerana bubur merupakan makanan berkhasiat yang boleh dimakan oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja untuk sarapan, tetapi baik juga semasa makan tengah hari atau makan malam. Bagi saya pulak kalau rasa nak makan bubur tu on aje.




Bubur yang saya buat ni sama macam bubur yang lain2 juga cuma saya masukkan sekali oat for rice (oat kasar), kira2 ini adalah bubur sihat la ya. Cuma dari segi kuantiti tu tak berapa banyak la saya guna sebab nanti takut tak boleh makan pulak. Saya guna dalam 2 sudu besar je untuk secawan beras.  Oat tu pulak memang jenis yang keras, kena rebus sekali dengan beras barulah dia lembut. Kalau guna oat biasa tu boleh je masuk lambat2 sikit. Kalau ada yang nak cuba resepinya ada saya letak di bawah ni ya...


BUBUR NASI AYAM & OAT
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Beras
Oat flakes (oat rice)
Kiub ayam
Ubi kentang - dadu
Lobak merah - dadu
Isi - ayam (dadu)
Sedikit garam (jika perlu)
Air secukupnya

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan (kecuali isi ayam) dan rebus di dalam rice cooker. 
Bila beras sudah kembang (3/4 masak masukkan isi ayam0
Air hendaklah sentiasa di tambah berdasarkan keperluan beras.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. nampk sedap bubur nasi cheqsu ni

    ReplyDelete
  2. bbr yg menyihatkan nih kak sbb ada oat

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue.. tun pon selalu juga letak oat dlm bubur.. rasa la mcm sihat sikit.. hihi.. sbb tun mkn instant oat kt umah, jd bila bubur dh masak baru campur oat.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]