Sunday, March 8, 2015

Tokoyaki Pan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

GAjet paling baru kat dapur. Baru saja sampai minggu lepas setelah lama berfikir nak beli ke tidak.  Saya sebenarnya nak beli yang versi elektrik tapi bila fikir2 takut buat tak buat, macam membazir pulak sebab harganya boleh tahan. Bila jumpa yang ni memang saya makin teruja nak dapatkannya. Saya memang suka makan tokoyaki walaupun tak pernah buat sendiri. Lepas ni boleh la try buat sendiri pulak.




Apa yang tertulis tu sepatah haram tak faham. Saya andaikan itu bahasa Jepun. Saya beli ni di Groupon dengan harga RM45. Masih agak mahal, tapi tak ngapalah.






Di dalamnya ada pan dengan 12 lubang tokoyaki bersaiz diameter 4 cm, sebatang berus boleh laras dan jugak pencucuk untuk membalikkan tokoyaki. Pencucuk tu tajam yang amat rupa2nya. Kalau bebudak main tercucuk kat perut ke mana memang habis lah.

Dan pagi tadi saya sudahpun merasmikan pan ni dengan membuat kaya ball. Memang puas hati sebab ianya langsung tak melekat pastu fit molek atas tungku dapur gas portable. Mmmm memang tak menyesal beli. Pasni memang kena ushar resepi tokoyaki. Hi hi hi...

Selamat berhujung minggu...



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. Salam CheqSue..kak atie pon mkn tokoyaki..TP biasanya mmg beli jer..Sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya pun beli aje kak atie... tapi rasa macam nak beli jugak acuan ni...tu tangkap sebijik

      Delete
  2. pasni jgn lupe share tau resepi takoyaki... dana pun suke mkn tp tak reti nk bt hehehe... tau makan sajo

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak search dulu ye Dana... baru buat kaya ball aje... resepi tokoyaki nan hado... yng kat belakang kotak ada, tapi dalam bahasa Jepun. Tak mampu la den...

      Delete
  3. Replies
    1. Bila dah cuba baru tahu sedap ke idok MKL...

      Delete
  4. best ye ada pan sendiri..masak hari2 tak jemu..hihi

    ReplyDelete
  5. sy jual takoyaki frozen, member yg buat
    so far makan yg dah siap lah
    tak pnh lagi buat sendiri, nampak cam senang

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]