Monday, March 2, 2015

Mac & Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Mmmmmmm.... lama dok tenung, dok ingat2 balik... bila saya buat ni. Sampai dah tak ingat, yang pasti masih ingat ini adalah mac & cheese yang saya buat sebab rasa nak makan sangat-sangat. Yang geramnya plan nak buat sikit, tapi masa rebus macaroni, nampak acam sikit, dok tambah2 macaroni kering... last2 dapat sekoli kau....

Kalau tengok ke gambar, memang agak kekuningan sikit sebab saya tambahkan serbuk cili. Pastu ada jugak saya masukkan bahan2 lain yang ada kat dapur. Ikut kesesuaian sendiri la...


Yang ni bekas ke 3. Simpan dalam peti sejuk maka hari selepasnya.





Yang ni buat dinner. Masak je terus makan. Memang kebaboom la. 


Yang ni bawak bekal ke sekolah. Nasib baik dah ada pemanas, tak la rasa sejuk beku nak telan cheese...

MACARONI DAN KEJU
Resepi : Azian Hassan

1 bungkus macaroni
2 cawan susu segar
2 /3 cawan keju cheedar
2 sudu besar tepung gandum
2 /3 sudu besar mentega
sedikit garam dan lada sulah
optional-brocolli/daun ketumbar/bawang/ hirisan ayam
 
Rebus macaroni bersama sedikit garam
Toskan dan gaulkan dengan sedikit mentega
Cairkan mentega dan masukkan tepung
Kacau selama lebih kurang 1 minit
Masukkan susu sedikit demi sedikit
Kacau sehingga ianya berbuih/mendidih
Tutup api dan masukkan keju cheddar dan gaul sehingga semuanya cair
Masukkan macaroni ke dalam mangkuk dan gaul bersama sos keju
Hidangkan bersama parutan keju

Nota- Jika hendak masukkan brocolli, rebus dahulu dan masukkan ke dalam macaroni bersama sos keju.



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Replies
    1. Sesekali makan ok, sebab bukan fav saya hi hi hi

      Delete
  2. salam cheq sue.. mmg puas hati mkn 2/3 cawan cheese tu.. patut la sedap.. hihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]