Thursday, January 14, 2016

Kuih Kato Ubi Kayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih kato?

Apa tu... pernah dengar tak korang?

Kuih kato ni merupakan sejenis kuih tradisional, tak tahulah asal dari mana tapi memang sejak saya kecil sampai ke saya besar2 macam ni, saya memang suka makan kuih kato. Senang nak kata, kuih kato ni macam kiuh lopes, tapi bahagian pulut tu digantikan dengan ubi kayu parut yang dikukus seperti lepat. Hah... panjang lebar penjelasan ni korang faham ke tak... Kalau tak faham sila baca n3 ni sampai ke hujung rancangan. Semoga gambar2 yang saya ambil boleh membantu menguatkan kefahaman.


Inilah kejadiannya kuih kato yang sedia di makan. Bila tengok balik gambar ni rasa nak makan lagi je.... tapi mana nak dapat ubinya.. hu hu hu




Mula2 ubi kayu yang dah diparut halus tu digaul dengan sedikit garam dan di bungkus dalam daun pisang dan dikukus. Kalau nak diperah airnya pun boleh juga tapi nanti kenalah tambah air atau santan cair untuk membuatkannya lembut. Kalau korang biasa membuat kuih guna ubi kayu boleh nampak kan, airnya agak banyak.


Ini pulak rupa parasnya setelah dikukus.


Kelapa parut muda @ kulit hidup 


Air manisan @ nisse yang telah dicairkan dengan daun pandan. Kalau suka boleh tambah gula untuk manis. Manisan tu kalau takde boleh ganti je dengan gula merah


Ubi kayu yang dah kita kukus tadi dipotong kecil2 dan digaulkan dengan kelapa parut. Kalau saya memang suka kelapa lebih, jadi letak la lebih sikit. Kemudian boleh la dituangkan pula dengan air manisan dan sedia dimakan. 

Untuk resepi biasa kita agak2 aje. Guna 6th sense kata orang Kelantan. Eh, boleh gitu????


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Iye lah cheq sue..
    Mcm kuih lopes tapi ganti ubi kayu..
    Macam nak cuba resepi cheq su ni..
    Selalu akak buat lepat ajer atau bingka..

    ReplyDelete
  2. waaaaaaa sedapnya kak... dana tak penah mkn tp dpt rasa compom sedap sbb ubi kan sedap lemak2 gitu... mmg peminat ubi mmg suke lah... nk try time balik kg lah sbb kt kg banyak ubi kayu nih

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]