Monday, February 22, 2016

d'jahit by Cheq Sue

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini bukanlah untuk berniaga, tetapi lebih kepada untuk kepuasan dan pencapaian diri sendiri. Segalanya bermula pada penghujung tahun lepas. Saya saja fikir2 nak ada label sendiri. Selama ni dok jahit baju, jahit tudung, untuk pakai sendiri atau untuk orang lain, sayang rasanya jika tidak ada "sesuatu" yang menyatakan itu adalah titik peluh saya. Kadang2 bila jahit, dah siap, dan pakai, bila ada label yang menunjukkan ia milik kita, memang lain sangat2 feelingnya. He he he...


Melalui FB Geng Jahit, saya mula skodeng page label dan survey harga. Tapi sayangnya saya dah lupa pulak apa pagenya yang saya buat ni... Saya buat tak banyak, hanya 100 pieces aje. Cukuplah untuk kegunaan sendiri. Puas jugak fikir nak taruk nama apa. Yang penting taknak sama dengan label orang lain. Rasa2nya dah tak sama ni. Oleh sebab tahun lepas tema bunga saya adalah orkid maka saya mintak design orkid lah. 



Ok tak? Pada mata saya dah cantik sangat dah. Senyum meleret bila terima label yang dah siap.


Tempek pada tudung. Banggaaaaaa weh pakai tudung dengan label sendiri. Kebanyakan tudung dengan label d'jahit by Cheq Sue  ni adalah dari kain lycra, tudung jenis shawl yang selalu saya gayakan secara dua muka.


Tempek jugak pada baju yang dijahit. Walaupun orang tak nampak, yang penting feeling saya sendiri. Lagi pun tujuaan label ni seperti yang saya bagitahu tadi bukannya untuk menunjuk2... hanya untuk diri sendiri saja.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Untuk kenangan ye cheq sue..
    Bila ada lebel tu, rasa yg kita jahit sendiri kan :)

    ReplyDelete
  2. betul kak... kepuasan tu rasa lain kan.... mcm masa dana jahit manik... kita buat design kita sndiri ngn cara kita takkan sama ngn yg lain2 walaupun di tiru camne pun...

    pastu blh la dana nk oder jahit baju sepasang ek

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]