Thursday, September 27, 2018

The Baker Stand Mixer

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 




Beli di Lazada aje pun, sebab nak menggantikan mixer Kenwood yang dah rosak, tapi till now belum berkesempatan nak cuba sebab semua aktiviti bakery menggunakan hand mixer, plus dengan malas nak keluarkan mesin gedabak ni. Nantilah bila bila cuba kita update.Sekarang hantar dok kampung dendiam... kurang sikit napsu nak membaking tu kat sini, ha ha ha...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Wednesday, September 26, 2018

Brownies Kedut (Cik Daa House Of Sugar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak berapa suka nak makan brownies. Entahlah, memang agak kureng sikit sejak dulu. Tapi perasaan nak mencuba tu tetap ada. Nak tahu camana membuatnya, bagaimana kejadiannya, memang tak pernah surut. Kalau kita tak makan pun apa salahnya buat untuk dijamu pada orang lain. Ehhhh, bukanlah tak makan langsung, seketul dua tu kompom dah masuk ke mulut. Cuma itulah tak gemor sangat. Brownies pun ada macam macam jenis ye dak. Saya Google aje resepi ni dan cuba membuatnya pada Julai lalu. Kemain lama eh terperap baru update.


Paras ropa kejadiannya yang diberi nama brownies kedut. Cukup tak kedutnya tu? Sebenarnya memang teruja sangat bila dapat kedut kedut camtu. Macam ajaib pulak bila memula tengok saat keluar dari oven.



Monday, September 24, 2018

Blueberry Cream Cheese Crumble

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertama sekali saya nak minta maaf sebab dah agak lama saya mencari siapa empunya resepi ni. Saya pun tak ingat dari sumber mana, tapi agak pasti saya mendapatnya dari IG. Saya ada menulis resepinya tapi agak tak berapa rajin nak menulisnya semula. Nantilah kalau saya  ada angin rajin yang entah bila nak datang tu saya akan rewrite dan kongsikan.


Saya nak share ni bukan apa. Sebab resepi ni memang sedap sangat sangat. Tahu tahu sajalah kan, apa apa yang bercheese bergandingan pulak dengan blueberry memang tak salah, memang pasangan yang sepadan bagai pinang dibelah dua gitu. Makan sepotong memang tak cukup. Dan saya sarankkan sape sape yang tengah diet toksah dok berangan nak buat crumble ni lah ya. Kang menyesal tak sudah pulak.

Korang doa doakanlah saya ada keyakinan nak menulis semula resepi ni ya. Memang malas tahap gaban ni. Nak SC kamera telefon dah rosak, memang nak tak nak kena salin jugak. Saya pun nak ada simpanan di sini apa apa nanti senang nak rujuk. Tolong doakan eh..


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Sunday, September 23, 2018

Oyster Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Biskut ni tak cadang pun nak buat. Tengah tak ada kerja, boring dok saja godek satu adunan. Saya memang selalu je guna resepi ni. Cuma itulah, belum lagi dapat shape yang sepatutnya dan rasa sentiasa berubah. Kali ni guna butter mahal, tapi belum sampai piawaian lagi nampaknya. Sekadar nak makan makan tu lepas lah.


Kali ni saya guna acuan samperit je, sebab bukan saya yang buat. Saya bancuh adunan je dan suruh anak saudara saya yang paipkan.



Saturday, September 22, 2018

Sampai Bila - Misha Omar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama tak ada update pasal lagu pilihan. Bukan tak layan cuma tak berkesempatan nak update. 
Lagu ni tersangatlah menyentuh hati. Rasa macam gedebak gedebuk kena tumbuk bila dengar bait bait liriknya yang sangat berkisahkan cerita saya akhir akhir ini. Memang menangis mula mula dengar.  Dengn suara gemersik Misha dan kekuatan vokal, penekanan kepada perkataan perkataan tertentu, terus sampai maksudnya kepada sesiapa yang mendengar.


Apa kisah di sebalik lagu ini biarlah menjadi rahsia, cukuplah jika liriknya difahami barangkali kalian sudah boleh meneka. Doakanlah yang baik baik sahaja..



Wednesday, September 19, 2018

Kiub Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya selalu ada stok kiub halia di dalam esbok, sebabnya saya memang suka minum teh halia, dicampurkan dengan madu atau lemon. Jadi dengan adanya kiub halia macam ni dah tak payah nak sedia sikit sikit bila rasa nak minum tu. Alaaa ini macam kita buat ais kiub tu la, bila nak minum je ambil 3 4 ketul dah setel. Nak bekukan tu terpulanglah pada alat apa yang ada. Macam saya ni guna bekas ais je.


Dah siap. Dah beku, boleh disimpan dalam bekas bertutup dan masukkan semula dalam peti sejuk. Biasa kalau saya nak minum ambil 2 / 3 ketul kiub ni cairkan dulu dalam mug lepas tu baru letak air panas. Kalau terus campur air panas nanti teh tu jadi suam pulak.



Wednesday, September 5, 2018

Fluffy Pankek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kata omputeh pankek, kata kita tak berapa nak putih ni macam lempeng la ya. He he he. Pada saya setiap orang mempunyai versi pankek yang berbeza, dan tidak salah untuk mencuba sebarang resepi yang dijumpai. Kata pun suka masak, suka nak mencuba.


Resepi ni saya jumpa masa stalk IQ Surianti Ramli. Macam biasalah screen shot aje dan simpan dulu till masa yang sesuai nak cuba. Oleh kerana saya ni seorang yang membawa bekal ke sekolah, everyday, maka resepi ni pilihan yang tepat untuk memulakan hari. Pertama kali saya buat (gambar atas) saya buat plain aje tak bubuh garam dan gula, manakala yang kedua tu saya masukkan semuanya includes choc chip. Yang plain ni rupanya sedap jugak dimakan dengan sambal hitam.



Tuesday, September 4, 2018

Chocolate Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek ni sebenarnya saya bikin sebagai alternatif untuk RVC, disebabkan oleh adanya lebihan aising masa buat RVC di kampung. Sebenarnya plan nak buat mini RVC sebagai my proper birthday cake, tapi bila fikir fikir loyang yang suitable pun tak ada, saya godek godeklah buku resepi dan mencari kek yang bersesuaian untuk digandingkan dengan cheese frosting tu. Paling sesuai rasanya macam brownies la kan, tapi saja saya buat jenis coklat ni sebab nak test resepi baru (dah lama salin tapi tak buat buat lagi)


Nak dijadikan cerita, masa membuatnya tu takde masalah, memang penuh konfidenlah katanya. Saya menggunakan loyang rendah 10x10 untuk brownies ni. Biasa pun memang saya guna loyang itulah kalau nak buat brownies, lagi pula hanya itu saja loyang yang saya tinggalkan di CH ni. Sekali bila dah masak terkejut berok weh bila tengok brownies ni menggebu sampai penuh dalam loyang tu, memang takde can nak letak frosting.Brownies ni pulak teksturnya lebih cakey gitew berbanding yang biasa agak padat sedikit.Kiranya bila dah siap rasa macam makan sliced cake pulak.

Tapi saya sukalah, puas hati dengan kejadiannya tu.