Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kata orang, pada bulan puasa ni la selera kita menjadi lebih sukar untuk dimengertikan. Ewahhh...kalau di siang hari tu awal2 lagi dah fikir nak makan apa, nak masak apa. Kalau ke pasar Ramadhan tu rasa semua macam nak beli. Begitu juga halnya dengan saya. Satu hari tu tetiba je saya rasa nak makan nasi ayam. Pergi ke pasar Ramadhan Brinchang tak ada pulak rupa nasi ayam yang menarik perhatian. Nak buat sendiri di rumah geng masak tu nak habiskan lauknya dulu. Jadi nak tak hendak saya buatlah jugak dua hari kemudian dengan menggunakan resepi Kak Amie.
Memang dah lama pun saya nak cuba resepi tu, tapi dari sehari ke sehari tak buat2 jugak. Sebenarnya kalau sebut nasi ayam, ada pelbagai versi dan cara yang saya pasti masing2 sedap semuanya. Dengan menggunakan resepi Kak Amie ni, ada sedikit kelainan dalam penyediaan nasi. Kalau sebelum ni saya buat ikut suka je, tapi cara yang dikongsikan Kak Amie ternyata kena dengan selera saya. Gabungan semuanya ni memang lengkap dan sedap. Puas hati dapat menikmati nasi ayam buatan sendiri. *_*

Untuk resepi ni saya hanya buat 1 cawan beras sahaja. Cukup makan 2 orang dan ada sedikit lebih untuk bersahur. Tengoklah ayam tu kecil bebenor bila dah masak. Hiiii... Untuk kawan2 sampingannya tu ada yang saya ikut resepi, ada yang tidak. Seperti kicapnya tu saya ikut macam Kak Amie. Untuk sos cilinya saya cuma guna sos cicah Thai dan dicampur dengan air dan cili. Untuk supnya tu macam biasalah.
Terima kasih pada Kak Amie yang berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula dibawah untuk rujukan akan datang.
NASI AYAM
Resepi : Kak Amie
Resepi Nasi
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
(rendam selama 20 minit) - boleh gunakan beras wangi atau beras biasa saya guna beras Moghul Faiza (1 cawan : 2 cawan air)
5 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan stok ayam
pekat MAGGI
4 sudu makan marjerin
3 ulas bawang putih -
hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan -
siat-siat
Cara:
1. Panaskan marjerin di
dalam periuk sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih,
halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Tumis sehingga harum
dan layu.
3. Masukkan air rebusan
ayam dan stok ayam pekat.
4. Setelah air mendidih,
masukkan beras dan tutup periuk.
5. Biarkan sehingga nasi
masak.
Resepi Ayam (Goreng)
Bahan-bahan:
2 keping daging ayam
bahagian peha
3 ulas bawang putih -
tumbuk
4 cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada putih -
tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu makan minyak bijan
- jika tidak suka, tak perlu bubuh
minyak
Cara:
1. Cuci dan toskan daging
ayam sehingga kering.
2. Perap ayam bersama
bawang putih, halia, lada putih, serbuk kunyit, sos tiram, kicap pekat dan
minyak bijan selama 1 jam.
3. Goreng di dalam minyak
yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Angkat setelah daging
ayam masak atau berwarna emas keperangan.
Resepi Ayam (Rebus)
Bahan-bahan:
1 keping daging ayam
bahagian peha
3 ulas bawang putih -
pecahkan
1 labu bawang besar -
belah 6
3cm halia - pecahkan
1 sudu makan serbuk pati
ayam MAGGI Cukup Rasa
1 liter air
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan kicap cair
1 tangkai daun ketumbar -
hiris
Cara:
1. Didihkan air di dalam
periuk.
2. Masukkan daging ayam,
bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Renih daging ayam
dengan api sederhana.
4. Setelah daging ayam
empuk, masukkan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
5. Keluarkan daging ayam
dari periuk dan cincang / potong ikut suka.
6. Taburkan hirisan daun
ketumbar dan renjiskan minyak bijan dan kicap cair ke atasnya.
7. Sedia untuk
dihidangkan bersama Nasi Ayam.
Resepi Sambal Cili
Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang
biji
9 biji cili padi
minyak
2 biji tomato merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji limau kasturi -
ambil jusnya
garam / gula / perasa
pilihan secukupnya
Cara:
1. Campurkan kesemua
bahan di atas dan kisar halus.
Untuk mendapatkan rasa
yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam
sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.
Resepi Kicap
Amie gunakan lebihan bahan perapan
daging ayam dan dicampur dengan kicap manis serta sedikit air bancuhan tepung
jagung serta 2 sudu makan minyak bijan. Caranya mudah sahaja, iaitu masukkan
kesemua bahan di dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan
kuah menjadi pekat.
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~