Monday, September 21, 2015

Dating Di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa, bermula pertengahan tahun lepas hingga hari ini, tahap kesihatan pinggang saya ni agak merosot. Saya memang tak ke hospital, kalau ada niat pun memang asyik bertangguh sahaja. Ada 3 tempat saya pergi untuk rawatan tradisional, dan akibat kekangan masa dan juga kurangnya perawat wanita maka saya hanya bertahan dan menyapu minyak serta meletak air sejuk. Ini juga salah satu sebabnya saya tak ke mana-mana naik kapal terbang tahun ni. Last saya ke Korea tu memang dah rasa sebab banyak jalan dan membawa beg di belakang dan beg silang.

Agaknya sebulan dua ni saya banyak buat kerja yang memerlukan saya duduk, bangun serta membuat aktiviti fizikal, maka kesakitan tu memang terasa sangat2. Ada sehari tu memang tak daya saya nak masuk kelas dan terpaksa balik berehat di rumah. Sebenarnya sakit begini orang tak nampak, kita dari luaran nampak steady je gi sana sini. Tapi hakikat sebenarnya nak naik turun tangga, nak bawa beg berat2 memang la seksa.


Jadi pada 11 September @ hari Jumaat saya menggagahkan diri memandu ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata. Saya tak tahu la ngape saya memang tak suka ke hospital. Kalau ke klinik gigi depan unit pesakit luar tu pun kerana terpaksa aje.


Sunday, September 20, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 

Nabila masih menunggu Wari datang menjemputnya. Semalam, keretanya rosak tiba-tiba dan sudah dihantar ke bengkel. Pagi tadi dia ke kolej dengan teksi. Sejak setengah jam tadi dia setia menunggu di lobi Kolej Sutera. Ada beberapa rakan yang mengajaknya pulang bersama tapi dia menolak sopan. Wari sudah berjanji untuk menjemputnya. Hampir setengah jam, kelibat Wari masih belum kelihatan. Nabila resah. Hari semakin menginjak ke malam. Segera dia menelefon Wari tetapi malangnya terus ke peti suara. Gelisah dan geram. Risau turut bertandang. Nabila mencuba sekali lagi tetapi panggilannya tidak bersambut. Tidak ingin menunggu lama, Nabila segera bergerak ke hentian teksi, menunggu jika ada teksi yang lalu di situ. Tak guna terus menunggu…

Selesai solat Isyak, Nabila segera ke dapur untuk makan malam. Deringan telefon membantutkan perjalanannya. Wari. Dengan jiwa yang kosong Nabila menyambut panggilan itu.
‘Sayang, sorry la tadi I tak dapat ambil you.’  Wari bersuara di hujung talian.
‘No problem. You kan dah biasa buat I macam tu. Kali ni apa alasan you nak bagi pada I?’ Balas Nabila dengan nada suara yang sengaja dimanjakan.
‘I betul-betul ada hal tadi. Fon I pulak dah low batt. You balik dengan apa tadi?’
‘Tak perlu la you risaukan I. yang pentingnya I dah selamat sampai di rumah. Lain kali kalau you tak boleh datang tak payahlah nak buat I berharap..’ Nabila segera mematikan perbualan mereka. Geram sungguh hatinya dengan perlakuan Wari yang kini penuh dengan alasan…
 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, September 18, 2015

DIY : Pin Cushion

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebagai seorang penggemar tudung jenis shawl atau halfmoon, saya kira jumlah pin yang ada dalam koleksi ada pelbagai jenis. Saya sendiri mempunyai pelbagai koleksi pin, yang pernah saya upkan pada n3 di sini dan sememangnya saya sangat sukakan benda2 kreatif bersaiz kecil ni. Ada di antaranya saya beli dan ada juga yang saya dapat free semasa membeli online. Jadi di sini saya suka nak kongsikan cara2 membuat pin cushion sendiri yang mana kalau beli tak kurang 10 ringgit rasanya ni. Langkah2nya memang mudah, dan berbaloi dicuba.


Antara bahan2 yang diperlukan. Rasanya semua bahan2 ni ada di rumah. Cuma saya nak ingatkan kalau boleh gunalah kain yang agak nipis seperti jenis chiffon atau lycra. Yang saya guna ni jenis agak tebal sikit.



Tuesday, September 15, 2015

Mee Rebus Muar - Perencah ADAMI

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Untuk makan seorang, kadang2 memang sangat malas nak masak. Sebab itulah saya suka nak beli perencah segera yang banyak terdapat di pasaran. Begitu juga dengan Perencah ADAMI ni, saya beli semasa bermesyuarat di Melaka, sepeket RM5, dapat buat 4 kali. Yang saya beli ni adalah perencah mee rebus Muar.


Saya tak pasti pulak setakat mana glemernya jenama ini di Johor. Tapi pada saya ianya secukup rasa. Yang sebenarnya saya pun tak tahu nak describe macam mana rasa mee rebus sebab jarang2 makan. mungkin berbeza bagi setiap negeri. Kalau nak bandingkan mee rebus ni dengan mee rebus Kelantan memang jauh la bezanya.


Monday, September 14, 2015

Ceritera Pertama Kali Guna NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agak lama jugak cik periuk NOXXA saya dok bertapa di dalam kotak sebelum dapat dirasmikan. Bukan tak nak guna, memang jeles sangat dengan kawan2 yang dah guna, tapi nak buat macam mana, dengan 1 mulut yang nak di isi saya tak tahu nak masak apa, kang masak bebanyak hari2 kena makan benda sama aje. Hi hi hi...

Jadi masa saya balik kampung sempena cuti Merdeka, maka saya angkutlah periuk ni sekali. Memang dah target nak balik cuba di rumah sebab ahli jemaahnya lebih ramai.


Maka berpandukan tips yang telah diberikan oleh seorang kawan pengguna tegar NOXXA, maka saya pun buat jugaklah, setelah dibasuh innernya dengan air suam. 


Sunday, September 13, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 4

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 








Hari minggu. 

Usai sembahyang subuh di masjid berdekatan rumahnya, Zubir  bercadang  untuk ke taman tasik. Elok juga kalau pagi-pagi begini berjogging sambil  menghirup udara nyaman dan menikmati kehijauan ciptaan Tuhan.  Kalau dulu dia setia bertemankan Aqilah yang sangat suka ke taman tasik. Sekarang walaupun bersendirian dia masih juga melakukan rutin tu.

Sesampainya di tapak letak kereta taman tasik, pengunjung masih belum ramai lagi. Jam baru saja melepasi angka 7. Zubir menarik nafas dalam-dalam, menyatukan dirinya dengan alam. Dia melakukan pemanasan badan. 

Kiri, kanan, kiri, kanan. 

Dengan lafaz Bismillah, dia memulakan langkah. Zubir hanya berlari – lari anak. Bermacam-macam ragam manusia dapat dilihat. Dan dari kejauhan itu Zubir dapat melihat seraut wajah yang kini sering singgah di layar matanya. Dia segera menghentikan langkah dan menyapa si gadis di depannya.
‘Hai.’
Si gadis nyata terkejut dengan sapaan itu lantas berhenti berjalan. Dia memandang Zubir dan mengerutkan dahi, mungkin cuba mengingati. Akhirnya dia tersenyum.
‘Hai.’ Balasnya.
‘Sorang je?’
‘Ha ah. Awak?’
‘Saya pun sorang je. Anyway, saya Zubir.’
‘Nabila.’
Mereka lantas bersalaman dan bergandingan jalan berdua.
‘Dah lama ke awak berkawan dengan Wari?’ Tanya Zubir sekadar ingin tahu.
‘Baru je lagi..dalam 3 bulan. Saya kenal dia melalui seorang student saya.’
‘Awak ni cikgu ke?’
‘Mmmm…lebih kurang la tu tapi saya mengajar di kolej.’
‘Kolej mana?’
‘Kolej Sutera.’

Zubir mengangguk. Kolej itu hanya setengah jam perjalanan dari pejabatnya. Dalam tidak sedar, sudah hampir satu keliling mereka berdua berjalan bersama. Jam pun sudah menunjukkan jam 8.30 pagi. Begitu cepatnya masa berlalu. Zubir begitu senang berdamping dengan Nabila yang jelas begitu banyak persamaan dengan Aqilah. Nabila juga nampaknya begitu ceria di samping Zubir.

Dan dalam pertemuan singkat itu barulah Zubir tahu yang Nabila berasal dari Terengganu. Senegeri rupanya mereka. Tetapi sedikit terkilan di hatinya apabila memikirkan Nabila sudahpun dimiliki oleh Wari…
 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, September 11, 2015

Cinta Terbaik - Cassandra

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Terdengar di THR secara tak sengaja... adesss menusuk rasanya ke dalam jiwa, terus sampai tepat ke dalam hati yang masih terluka. Sejujurnya masih ada ingatan dan kerinduan terhadap dia, tetapi pada masa yang sama aku ingin pergi darinya walaupun nyata aku tidak mampu. Pergi dari simpulan cinta yang sangat rumit dan tiada kesudahan. Dan pada akhirnya terperangkaplah aku dalam perasaan yang tidak tentu. Meskipun sedih dan pedih, inilah yang sedang aku alami sekarang...


 Kalaulah dia terbaca n3 ini...


Thursday, September 10, 2015

Kambing Panggang Frozen (Perap Segera)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila cerita pasal kambing ni... memang istimewa la bagi saya. Kalau di CH memang susah nak dapat daging kambing segar, kecuali yang dah disejuk beku. Pernah saya menyuarakan kepada My Mek untuk menyembelih kambing semasa Aidiladha nanti... tapi belum ada kata putusnya. Kalau ikutkan saya ni bukan la suka sangat daging kambing, tapi kalau yang dipanggang atau dibakar ataupun steak memang saya suka sangat.

Pernah juga saya bersembang2 dengan adik untuk mengupah orang membuat kambing bakar, tapi setakat itu sajalah. Sembang2 kosong kata orang. Agaknya nak menjdi rezeki, semasa dalam perjalanan bermesyuarat di Terengganu seorang kawan yang kebetulan tinggal di Jerteh mengatakan beliau pernah makan daging kambing bakar yang sangat sedap. Jadi saya pun menempah la untuk cuba jugak... Kiranya semasa balik tu, hantar dia dan terus dapat daging kambing berkenaan yang diambil oleh suami beliau.


Ini la rupa parasnya daging kambing yang telah siap diperap. Semuanya 1 kilo, ada lebih kurang 6 ke 7 keping daging di dalamnya. Kuah cicahan juga didatangkan bersama. Pada saya kuah ni sangat sedap dan kena bila digandingkan bersama daging yang telah dipanggang.



Tuesday, September 8, 2015

KST Selera Ikan Bakar, Jerteh, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila saya tengok2 balik label JJCM di CTS ni, rupa2nya memang dah agak lama saya tak makan di luar. Yang sebenarnya bukan la tak makan, tapi biasanya makan di kedai yang sama saja jadi dah tak boleh up n3. Tapi bagus jugak sebab zaman2 gawat ni banyak boleh saving, bila makan di rumah ni lebih puas hati.


Kedai KST Selera Ikan Bakar di Jerteh ni saya singgah semasa balik dari Melaka. Tengah ketar lutut sebab kebulur dalam perjalanan. He he he gelak sendiri bila ingat balik. Sebenarnya saya selalu je lalu di kawasan ni tapi tak ada keperluan nak singgah.


Monday, September 7, 2015

Biskut Famous Amos

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Secara jujurnya saya mengaku di sini yang saya tak pernah makan famous amous cookies yang harganya RM10 bagi 100g... ataupun yang dijual di kiosk2 di pasaraya terkemuka... yang dihebahkan sangat sedap rasanya. Yang saya tahu famous amos yang saya buat sendiri menggunakan resepi yang diskodeng dari tenet. Jadi memang tak dapat la nak membandingkan rasanya, apatah lagi untuk mengatakan yang ini atau yang itu lebih sedap. Bagi saya harga yang saya nyatakan di atas sangat mahal jika dibandingkan sekiranya kita beli bahan dan membuatnya sendiri. Ini bukan mengeluh ke apa, cuma sekadar realiti kerana hasil yang saya buat ini pun memang sedap dan tak puas makan, dengan hanya menggunakan bajet tak lebih RM20... itu pun boleh buat dua kali. Jadi moh la buat sendiri.... he he he...


Nah saya kongsikan di sini... Biskut famous amos yang saya buat menggunakan resepi dari blog Sis Azie, yang mana resepi asalnya dari Syari (MyR). Dengan resepi asal tu pun saya dah pernah cuba sebenarnya. Cuma kali ni guna resepi ubahan Sis Azie sebab sukatannya yang tak banyak. Padahal sedikit menyesal buat satu adunan sebab biskut ni memang sedap dan abis tak sampai 5 hari. Teruk kan... hari2 makan famous amos kau... Dari raya sebenarnya nak makan biskut yang ada CC tapi yang saya buat masa raya tu hanya gunakan coklat urai jadi tak berapa tak puas hati sebab tak menepati piawaian biskut sebenarnya.


Sunday, September 6, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Dalam perjalanan balik dari tempat kerja, Zubir singgah sekejap di stesen minyak. Sedang dia mengisi minyak keretanya, sebuah kereta BMW turut singgah berhenti mengisi minyak bersebelahannya. Zubir hanya memandang. Memang cantik la kereta tu tapi baginya, Honda Hybrid yang digunakan sekarang cukup serasi dengannya. Apabila pemandu kereta itu keluar, barulah Zubir tahu bahawa itu adalah kereta Wari.

‘Hai.’ 
Wari menyapa mesra. Zubir hanya membalas dengan senyuman. Sememangnya Wari seorang yang peramah. Hensem dan kaya pula. Jadi tak hairanlah jika setiap masa pasangannya silih berganti. Ni tak tahulah siapa pula yang diangkutnya.

Tiba-tiba pasangannya keluar. Eh, itu kan gadis di restoran tempoh hari. Hati Zubir berdetik lagi…
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, September 3, 2015

Perpisahan Ini Terpaksa Ku Relakan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Susah sungguh rasanya nak bercerita. Tak terluah kata-kata untuk dikongsikan. Perasaan yang hiba, yang sesungguhnya berduka, tetapi apakan daya ini adalah perpisahan yang tidak mampu lagi dielak. Kerana apabila tertulis SAYA YANG MENURUT PERINTAH, maka mahu atau tidak perlu diturutkan juga. Agaknya perasaan yang sama juga dirasai oleh kawan2 SEMEKAR yang lain apabila terpaksa berpisah dengan Puan Pengetua yang bakal berpindah ke SMK Sultan Ahmad Shah setelah dinaikkan pangkat. Walaupun sekolah itu masih di dalam daerah yang sama, di mana kami berkongsi udara yang sama, yang pasti keadaannya tidak akan sama lagi...


Pada hari Jumaat, 29 Ogos merupakan hari terakhir beliau (Pn Nachammal a/p Nachimuthu) di SEMEKAR. Sebelum balik sekolah, kami semua bersepakat bertemu dengan beliau, bersalam-salaman dan memohon maaf atas kesilapan. Sesungguhnya kenangan 6 tahun bersama beliau sangat banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran pada kami semua.


Wednesday, September 2, 2015

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pertama kali ternampak pos ni di blog Intai Dapur, terus berkenan nak cuba. Tambah2 bila ada choc chips yang memang tengah saya idamkan nak makan. Nasib baik jugak pada ketika itu tengah berpuasa Enam, jadi nak kena tunggu masa yang sesuai baru boleh buat, kalau tak tak habis makan.


Saya hanya buat separuh adunan, tetapi tidak menggunakan sukatan yang tepat. Jadi hasilnya pun agak kurang menjadi. Oleh sebab adunannya tidak banyak maka saya hanya membakarnya di dalam papercup sahaja, dapat 4 biji saiz L, itu pun ambil 2 3 hari jugak nak habis. Walaupun kejadiannya CCB ni agak padat, tetapi rasanya masih sedap dan ok2 saja... Next time nak cuba dengan proper pulak. Yang ni agak tak puas hati..