Thursday, August 9, 2018

Sardin NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama juga sebenarnya saya tak membuat sardin sendiri. Saya ni memang tak berapa suka makan sardin, kecuali bila terasa nak makan, masa tu la kena buat. Kalau sesaje nak buat sebab takde lauk or else memang lambat sikitlah nak habis. Baru baru ni kan kecoh sikit pasal ada cacing dalam sardin. Haaaa kalau saya secara peribadinya memang tak beli sardin yang agak murah (sebab ikannya hancur). Cuma itulah, bila beli makanan dalam tin itulah risiko yang perlu kita hadapi sebagai pengguna. Iyalah, bukan kita nampak pun benda dok berenang renang di dalam tu kannnn....

Jadi moh la buat sardin sendiri, guna Cik NOXXA kita tentunya...


Saya dah pernah buat sardin NOXXA sebelum ni. Dan resepi kali ni memang komplete masak boleh terus makan je (kecuali kalau nak tambah bawang atau cili kena masak semula lah)

Saya buat menggunakan ikan selayang, baby baby lagi sebesar 2 jari je sebanyak 1 kilo. Cuma itulah se[erti masalah yang saya buat sebelum ni ikannya (tulang) masih belum empuk sepenuhnya walaupun sudah di HP selama 60. Selepas tu bila dah sejuk sikit saya HP kan semula selama 60 lagi dan barulah ikannya lembut.



Kalau yang saya buat dulu ikannya agak besar dan saya tak potong maybe sebab itu ikannya tak lembut. Kali ni bila guna ikan kecil, saya ingatkan dah mencukupi HP60 tu rupa rupanya belum. Kenapa ya? Kalau nak potong 2 kang jadi besar ibu jari aje pulak. Haishhh..


Ikan yang dah masak ni saya masukkan dalam tupperware kecil kecil dan saya frozenkan. SAtu bekas tu adalah dalam 5 ekor, tinggal di kampung dan bawa ke CH. Ingatkan sempat nak buat laksa, rupa rupanya terus dimakan aje bila tak sempat nak masak lauk bekal. Apapun boleh cuba resepi ni. Sedap...

HOMEMADE SARDIN

BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan sardin
4 biji baeang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia ~xyah letak banyak2
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato potong n belah je~nk tambah lgpon boley lg sedap
5 biji cili ~xyah belah..nk bg cantik je.xisipon xpe
4 sudu besar cili sos n sedijit sos tonato jika suka
1/2 tin tomato puree dlm tin tu
Garam
2sudu besar gula
1 kiub pati ayam ~ optional xsuka xyah letak
1 sudu besar sos tiram ~ aku tambah
sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah ajoshio~ aku tambah
2 cawan air ~ikut suka nak banyak mana..
limau nipis 2 biji utk perap

CARA:
Ikan dipotong ekor n kepala..buang perut n bersihkan...pastu perap 10 minit dgn 1/2sb garam n 2 biji limau nipis atau kasturi...dah perap basuh semula n toskan air...ketepikan...

1. Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato..tumis hingga wangi dalam minyak yg banyak sikit lebih kurang suku cawan
2. Dah garing n wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul2 garing n pecah minyak
3. Masukkan pati kiub...sos tiram...tomato puree...tomato potong...dan bahan lain kecuali air kacau lagi bagi sebati...rasa la masin manis n masamnya..kalau dah ok tambah 2 cawan air...xyah banyak2 sangat...kacau sebati...masuk ikan
4. tutup periuk tekanan n setkan masa dalam 1 jam 20 minit lebih kurang....actually 1 jampon dah ok..tulang dah agak lembut tp xdelah mcm yg dlm tin tu sampai tekan sikit dah mcm reput...heheh
5. Bila dah cukup masa..lepaskan wap tekanan...ikut arahan pressure cooker masing2 la ye...aku guna periuk noxxa tu je...stir fry sikit dlm 2 minit bagi kuah pekat...pastu sedia di simpan....

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]